"Korang,aku nak minta tolong,boleh?" pinta Ayla Ayuni.
"Apa?Macam serius je bunyinya.." ujar Nasya Eleena.
"Teman aku pergi rumah parents Zhaf.."
"Hah?"
"Aku nak pulangkan cincin tu.."
"Rif tahu tak pasal ni?" soal Hanees Hafeera.
Ayla Ayuni menggelengkan kepalanya.
"Kenapa kau tak bagitau dia?Dia suami kau,Ayla.Dia berhak tahu.."
"Aku rasa hal ni aku masih boleh handle.Jangan risau,ehh?"
"Bila kau nak pergi?" soal Nasya Eleena.
"Kalau boleh lepas habis kelas.Aku dah tak nak tangguh-tangguh.." nekad Ayla Ayuni.
"Aku boleh temankan kau.."
"Kau Nees?"
"Sorry.Aku ada hal family.." balas Hanees Hafeera.
"Tak pe lah,janji ada salah sorang dari korang pon aku dah okay.." kata Ayla Ayuni.
Setelah habis kelas,Ayla Ayuni dan Nasya Eleena menuju ke kereta Nasya Eleena.
Ayla Ayuni mencapai fonnya.Dia menghantar wasap kepada Azrif Ayril.
You
Rif,aq kluar jap ngan Nasya.Ade hal..😚😚My hubby💞
Okay.Jgn balik lambat sgt😍😍Ayla Ayuni mematikan fonnya.
Beberapa minit kemudian,mereka sampai di rumah ibu bapa Zhafran Amirul.
Berdegup kencang jantung Ayla Ayuni.Sungguh dia seram dengan situasi yang bakal berlaku sebentar sahaja lagi.
"Kau dah sedia?" soal Nasya Eleena.
Ayla Ayuni hanya membalas dengan anggukan.
"Assalamualaikum.." laung mereka berdua.
"Waalaikumusalam.." balas Datin Zarina.
"Ya Allah,Ayla!Kamu buat apa kat sini?" sambungnya lagi.
"Ayla ada hal sikit nak cakap.."
"Meh,masuk.Lama mummy tak jumpa kamu.Rindu.."
Mereka masuk ke dalam rumah itu.
Mereka berkumpul di ruang tamu.
"Ni siapa?" soal Dato Amril.
"Ni kawan Ayla.Nasya namanya.."
Nasya Eleena hanya tersenyum.Datin Zarina tiba di ruang tamu sambil menatang dulang.
"Erm..jemputlah minum.." kata Datin Zarina.
"Ada apa kamu berdua datang sini?" soal Dato Amril lagi.
"Ayla rindukan saya lah tu,bang.." kata Datin Zarina sambil tersengih.
"Erm.."
Ayla Ayuni mengeluarkan sekotak cincin dari handbagnya.
Dato Amril dan Datin Zarina berpandangan sesama sendiri.
"Saya minta maaf.Saya tak boleh terima Zhaf dalam hidup saya.." jujur Ayla Ayuni.
"Tapi kenapa,Ayla?Apa yang Zhaf dah buat?" kata Datin Zarina tidak puas hati.
"Daddy,mummy.Saya..saya sebenarnya isteri orang.."
"Apa?"
Terkejut Datin Zarina dan Dato Amril.
"Ayla,kamu tak main-main kan?"
"Tak,mummy.Saya serius.Saya nak jujur dengan Zhaf waktu dia lamar saya tapi tak sempat.."
"Jangan panggil aku mummy!"
Datin Zarina melepaskan keluhan.
"Kalau kau tu bini orang,kenapa kau goda anak aku?Ohh,anak aku kan anak orang kaya.Senanglah kau bolot semua harta dia kan?!Aku tak sangka begitu teruk perangai kau ni,Ayla.Muka nampak baik tapi sebenarnya hati busuk!" sambung Datin Zarina geram.
Terus Datin Zarina menukar bahasanya.
"Datin!Ayla tak salah.Anak datin tu yang sukakan Ayla!" sampuk Nasya Eleena pula.
Geram dia melihat Datin Zarina melemparkan kata-kata sebegitu kepada sahabatnya.
"Kau siapa?!Kalau tak dia ni mengedik,anak aku tu takkan cair lah!Kau kata dah kahwin tapi kenapa sibuk sangat dengan Zhaf?Laki kau tu dah miskin sangat ke sampai kau kena kejar si Zhaf tu?"
"Cukup!Datin boleh cakap apa je pasal saya tapi bukan pasal suami saya!Saya tahu saya dah buat anak datin terluka.Saya minta maaf.." kata Ayla Ayuni.
"Kau ingat dengan maaf kau tu boleh happykan balik anak aku ke?Kau bernasib baik tau dia tu dekat England.Kalau dia ada dekat sini,aku tak tahulah.."
"Zarina,dah lah tu.Ayla,daddy faham perasaan kamu.Tak pe,pasal Zhaf tu biar daddy yang uruskan.Kamu berdua baliklah.Nanti risau pulak laki kamu.." kata Dato Amril dengan tenang.
Ayla Ayuni dan Nasya Eleena keluar dari rumah itu.
"Abang ni kenapa nak back up budak tu?" marah Datin Zarina.
Di luar rumah,mereka berdua bertembung dengan Alisya.
"Kau ni memang suka cabar aku kan,Ayla?Kau tak faham bahasa ke?Kan aku dah cakap jangan ada kena mengena dengan Zhaf lagi!Kau ni.."
Alisya mendekati Ayla Ayuni.Dia menampar Ayla Ayuni sekuat hatinya.
"Kau ni siapa hah nak buat kawan aku macam ni?!" kata Nasya Eleena.
"Kawan kau tu hah yang degil!Tak nak dengar cakap aku!"
Alisya menolak Ayla Ayuni dan membuatkan Ayla Ayuni jatuh terhentak.Dia menendang Ayla Ayuni dengan kasut tumit tingginya.
"Biar kau mampus,Ayla!Puas hati aku!"
Alisya segera masuk ke dalam keretanya.Puas hatinya.
Ayla Ayuni dapat merasakan sakit di bahagian perutnya.
"Ayla,kau okay?" soal Nasya Eleena.
"Sa..sakit.." ujar Ayla Ayuni sambil memegang perutnya.
Nasya Eleena memandang Ayla Ayuni.Terkejut dia melihat darah di bahagian seluarnya.
"Ayla,darah.."
Hanya itu yang dapat didengarinya sebelum matanya ditutup rapat.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...