💐Special chapter 1💐
Jari Putri Amyra gatal untuk menekan IG milik Adam Daniel.Kelihatan banyak gambar dia dan isteri serta gambar cahaya mata mereka.
Baru-baru ini,Asyrina baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata mereka yang kedua.Ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Dia kembali menutup aplikasi instagramnya.Keluhan dilepaskan.
Setelah selesai minum dan makan di sebuah kafe,dia mula mengatur langkah ke kaunter pembayaran.
Dia beratur di belakang seorang lelaki yang berkemeja putih itu.Agak lama juga dia menunggu gilirannya memandangkan lelaki di hadapannya ini rancak berbual dengan lelaki yang menjaga di bahagian kaunter pembayaran.
Mungkin mereka berdua ini bersahabat baik.Itu yang rancak sangat berbual sampai tidak sedar yang ada pelanggan lain mahu membayar.
"Ehem.."
Putri Amyra mula berdehem.Kedua lelaki itu mula memandang pelik ke arahnya.
"Ye,cik?" kata lelaki yang berada yang menjaga kaunter pembayaran.
"Saya pun nak bayar juga.Kalau awak berdua nak berborak,ingatlah sikit pada pelanggan lain.Kesian dorang yang beratur panjang.." kata Putri Amyra berbaur sindiran.
Syed Affan mula memandang tajam ke arah perempuan yang berada di hadapannya itu.
"Aku tengok kau sorang je.Mana ada orang lain.." ujarnya sambil memerhati sekeliling.
Kosong je.Mana ada orang lain sedang beratur.Perempuan itu sahaja yang beratur di belakangnya.Pelanggan lain semua sedang enak menjamu selera.
"Saya bagi situasi,encik.Kalau ada pelanggan tadi,tak ke akan menimbulkan kemarahan mereka?"
Putri Amyra mula terasa panas hati dengan balasan lelaki itu.Dia nak ajak perang mulut ke macam mana?
"Hurm..pape jelah.Zain,aku blah dulu.Kesian minah ni nanti berjanggut pula nak bayar.Pape nanti roger.."
Syed Affan mula beredar dari situ.Putri Amyra sudah menjeling lelaki itu.Dia mula memandang ke arah lelaki yang bernama Zain.
***
Putri Amyra tiba di rumah Ayla Ayuni dan Azrif Ayril.Teruja mahu berjumpa dengan si kembar yang sudahpun memasuki 3 tahun.
Makin comel kedua-duanya.Lagi-lagi apabila si kembar itu dihiasi dengan baju gaun yang sama warna.
"Myra,kau tak kerja ke hari ni?" soal Ayla Ayuni sambil menatang dulang.
"Kerja separuh hari je.Nasib boss aku bagi.." balas Putri Amyra selamba.
Majikannya itu merupakan kawan baik daddynya.Dia dapat kerja di situ pun atas bantuan daddynya.
"Ohh.."
Ayla Ayuni juga sudah tidak bekerja.Sejak adanya si kembar,dia bernekad mahu berhenti.Azrif Ayril pun hanya menyokong kehendak isteri kesayangannya itu.
"Weh,kau nak dengar satu cerita tak?Aku tak puas hati dengan mamat kat kafe tadi.Saja je bagi hati aku ni panas.."
Ayla Ayuni memandang sahabatnya pelik.
"Dia buat apa dekat kau?" soalnya ingin tahu.
"Dia boleh borak pulak dengan mamat kat kaunter pembayaran.Aku elok je beratur kat belakang dia.Rancak pulak tu.Pastu aku tegur lah.Dia pandang aku tak puas hati.Salah dia.Yang dia nak pandang aku semacam tu kenapa?" balas Putri Amyra sambil melepaskan kegeramannya.
Sakit hatinya datang kembali apabila teringatkan kejadian di kafe tadi.
"Apa nama dia?"
"Mana lah aku tahu.Tak sempat berkenalan pun.Kalau diberi peluang pun,tak nak aku berkenalan dengan mamat annoying macam tu.."
Ayla Ayuni ketawa perlahan.Suka dia melihat wajah Putri Amyra yang sedang membara itu.
"Sabarlah.Ragam orang ni lain-lain.."
***
Syed Affan mengambil tempat di sebelah mamanya di sofa itu.Puan Afirah memandang anak bongsunya itu.
"Af,bila nak kenalkan mama dengan calon isteri Af?Mama nak tengok jugak anak bongsu mama ni kahwin.Along dengan angah dah kahwin.Siap bagi mama dengan papa cucu lagi.." ujar Puan Afirah.
Sudah berbuih mulutnya menyatakan soal itu.Namun,anak bongsunya itu hanya sambil lewa sahaja dengan permintaannya.
"One day,okay?" balas Syed Affan.
Dia bukan tidak mahu memenuhi permintaan kedua orang tuanya namun dia masih belum jumpa dengan calon yang sesuai.
Dia hanya berserah kepada takdir.Dia yakin satu hari nanti pasti dia akan ketemui juga dengan pemilik tulang rusuk kirinya itu.
"Af ni.Nanti mama carikan jangan menyesal.." ugut Puan Afirah.
"Tak nak.Okay,Af janji nanti Af dah jumpa,Af bawa dia jumpa mama dengan papa.Sabar lah sikit.." pujuk Syed Affan.
Encik Syed Arfan yang dari mendengar perbualan dua beranak itu hanya diam.Malas mahu masuk campur.
Disebabkan ramai yg request kisah Myra,saya buat special chapter ni.So,Affan hero dia.Dapat ke Affan menggantikan tempat Adam Daniel dalam hati Myra?Stay tuned😍Saya update bila saya ada idea je.Okay?
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Fiksi Remaja#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...