Amyra&Affan

6.7K 281 28
                                    

💐Special chapter 4💐

"Af rasa Af dah jumpa bakal menantu untuk mama dan papa.."

Kata-kata Syed Affan menghentikan kedua ibu bapanya yang sedang enak menjamu selera pada malam itu.

"Af cakap apa tadi?Bakal menantu?Bila nak bawa dia jumpa kami?" kata Puan Afirah sedikit teruja apabila anak bongsunya berkata begitu.

Tidak sabar mahu mendapat menantu baru!

"Sabarlah,ma.Af nak kenal hati budi dia dulu.." balas Syed Affan.

"Maksud kamu?Kamu dengan dia belum bercinta lah.Ke kamu syok sendiri?" ujar Encik Syed Arfan pula.

"Erm..Af ni bukan lah pandai cinta-cintun ni,pa.Tapi,Af rasa ada sesuatu yang special tentang Putri Amyra.."

Ye,dia bukanlah seorang yang arif dalam bab percintaan.Ramai sahaja perempuan yang cuba mengambil hatinya namun dia tidak layan.

Dia hanya menganggap mereka sebagai kawan.Tetapi,Putri Amyra lain.Dia dapat rasa sesuatu apabila menatap wajah gadis itu.

"Putri Amyra.Sedap nama dia.Mama dapat bayangkan dia perempuan yang cantik dan  baik.Sebab anak mama yang ni suka dia.."

Syed Affan hanya mendengar.Tidak langsung menidakkan kata-kata mamanya.

"Cepat sikit bertindak.Takut nanti dikebas orang.." pesan Puan Afirah.

***

Pada hujung minggu itu,mereka berempat keluar bersama ke Aeon.Maklumlah sudah lama tidak keluar sama-sama.

Kalau ada pun,sekejap sahaja.Semua fokus pada rumahtangga kan?

Mereka mula melangkah ke secret recipe setelah puas membeli apa yang mereka hendak beli.

"Ayla,kau ada teringin nak makan pape tak?" soal Hanees Hafeera.

"Hurm..buat masa ni tak de.." balas Ayla Ayuni.

"Aku nak order kek kejap.Korang nak kek apa?" ujar Nasya Eleena seraya berdiri dan memandang wajah ketiga-tiga sahabatnya.

"Indulgence.." kata Putri Amyra.

"Okay,semua nak indulgence eh?Aku beli dua potong cukup kan?"

"Terlebih cukup sebab kita bertiga je makan.Ayla tak boleh.Azrif awal-awal dah bagi amaran kat aku.." kata Hanees Hafeera.

"Aku tak kira.Aku nak jugak.." bantah Ayla Ayuni.

Tidak puas hati dengan amaran dari suami kesayangan.Bila masa pula dia bagi amaran itu pada Hanees Hafeera?

Mungkin waktu dia bersiap tadi kot.

"Kau nak jadi isteri derhaka ke tak dengar cakap suami?" ugut Hanees Hafeera.

"Ala,tak payah lah bagitahu dia.Lagipun,baby aku cakap dia nak makan.."

"Pandai betul baby kau.Belum lahir lagi dah pandai bercakap.."

Putri Amyra dan Nasya Eleena silih berganti memandang Ayla Ayuni dan Hanees Hafeera yang sedang berperang mulut itu.

Sudahnya mereka berdua menuju ke bahagian kek lalu memesan.Malas mahu mendengar dua mak budak yang sedang bergaduh mulut.

"Sya,aku nak pergi tandas.Kau pergilah dekat dorang.." ujar Putri Amyra selepas itu.

"Okay.."

***

Keluar sahaja dari secret recipe,mereka berempat menuju ke pintu keluar Aeon.Dalam perjalanan itu,mereka terserempak dengan Syed Affan dan Zain.

"Putri Amyra.." ujar Syed Affan ramah.

"Weh,siapa ni?" kata Hanees Hafeera sedikit teruja ingin tahu siapa jejaka hensem yang menegur sahabatnya yang seorang itu.

"Saya Syed Affan.."

Syed Affan mula memperkenal dirinya kepada tiga gadis itu.Putri Amyra hanya mendengar.Dengan sahabat-sahabatnya,boleh pula bahasakan diri tu 'saya'?Dengan dia?Ber'aku kau' lagi.

"Myra,ni ke mamat yang.."

Belum sempat Ayla Ayuni menghabiskan kata-katanya,Syed Affan sudah memintas.

"Yang apa?" soal Syed Affan ingin tahu.

Pasti Putri Amyra ada menceritakan tentang dirinya kepada tiga gadis itu.

"Tak de pape.." kata Putri Amyra laju.

Kalau dia tidak jawab nanti,mesti mamat itu akan berfikir yang bukan-bukan.

"Ye ke tak de pape?Tah-tah kau burukkan aku depan kawan-kawan kau.."

"Mana ada!"

"Err..awak Syed Affan ye?Saya Hanees Hafeera.Yang sebelah Myra tu,Ayla Ayuni dan yang sebelah saya ni,Nasya Eleena.."

Hanees Hafeera mula memperkenalkan dirinya dan dua lagi sahabatnya.Disaat itu,terasa bahunya dicubit seseorang.

Syed Affan hanya tersenyum.

"Kami ni isteri orang.Myra je yang single.." tambah Ayla Ayuni.

Geram melihat Hanees Hafeera yang tidak sedar dia sedang pegang title 'isteri' orang.Gedik semacam.

"Ohh.Selamat berkenalan.Ni pula sahabat baik saya,Zain.Kami minta diri dulu lah.Jumpa lagi.."

Syed Affan dan Zain segera beredar dari situ.

"Myra,Syed Affan tu helok lah.." ujar Hanees Hafeera tidak lama kemudian.

"Kau ni kan.Kalau aku report kat Heidy,sia-sia je kau ni.Gatal!" kata Ayla Ayuni.

"Kalau kau bagitahu Heidy,aku bagitahu kau makan kek indulgence kat Azrif.Okay tak?"

Masing-masing saling mengugut.Kedua-duanya memberikan pandangan tidak puas hati.

Putri Amyra dan Nasya Eleena sudah mula mengatur langkah.Macam-macam lah perangai dua perangai sahabatnya itu.





Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now