Amyra&Affan

6.7K 293 25
                                    

💐Special chapter 3💐

Syed Affan meraup wajahnya beberapa kali.Entah mengapa wajah gadis yang bernama Putri Amyra berada di fikirannya ketika itu.

Beberapa kali juga dia berulang alik ke bilik air untuk membasuh mukanya.Adakah dia sudah jatuh hati pada gadis itu?

Mustahil.

Dia baru dua kali bertemu dengan gadis itu.Mustahil hatinya sudah terpaut pada gadis itu.

Dia kembali membaringkan tubuhnya.Mata dipejam erat.Berharap dia dapat tidur dengan lena dan hilangkan wajah Putri Amyra dari ingatannya.

***

Putri Amyra duduk di bangku bersebelahan Syed Affan.Syed Affan merangkul erat pinggang gadis itu.

Mereka menikmati angin yang sepoi-sepoi di sebuah tasik.

"Sayang,thank you sebab sudi jadi pemilik hati aku.." ujarnya sambil mengucup dahi Putri Amyra.

"Sama-sama.." balas gadis itu.

Tiba disaat itu,Syed Affan tersedar dari mimpi yang agak indah.

"Apasal aku mimpi minah tu pulak ni?Siap jadi pemilik hati aku pulak tu.." rungutnya sambil menggosok matanya.

Jam yang tergantung pada dinding dilihatnya.Lagi seminit tepat pukul 6 pagi.

"Aku ni angau dekat dia ke?" soalnya sendirian.

Tidak lama kemudian,dia menggeleng-gelengkan kepalanya.No!

Dia segera mencapai tuala dan menuju ke bilik air.Tubuhnya perlu dibersihkan sebelum menunaikan solat subuh.

***

Pada waktu lunch,entah mengapa dia gatal mahu pergi ke pejabat yang dia pergi dua tiga hari lepas kerana dia tahu gadis itu bekerja di pejabat itu.

Entah mengapa juga dia sangat ingin mengambil tahu tentang gadis yang bernama Putri Amyra itu.

Dia keluar dari kereta.Rambutnya dibetulkan.Dia berdiri di hadapan  sebuah kereta sambil memeluk.Kata mata hitamnya masih tersarung elok di matanya.

Putri Amyra melangkah keluar dari pejabat.Di saat dia ingin melangkah ke keretanya kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di hadapan keretanya.

Pelik.

"Err..encik.." tegurnya teragak-agak.

Syed Affan menanggalkan kaca mata hitamnya.Putri Amyra sedikit terkejut melihat lelaki itu di hadapannya.

"Ingat aku tak?" ujar Syed Affan sekadar ingin menguji gadis di hadapannya itu.

"Encik Syed Affan kan?"

"Tak nak tambah bin sekali ke?"

Kedengaran tawa kecil dari lelaki itu.

"By the way,terima kasih sebab ingat nama aku.Kau mesti tak boleh lupakan aku kan?" sambung lelaki itu lagi.

Dahi Putri Amyra sedikit berkerut.Suka hati je mamat itu buat andaian sendiri.

"Excuse me?"

"Abaikan je lah apa yang aku cakap tadi.Jom lunch together.." ajak Syed Affan.

"Err..sorry.Saya dah janji dengan mummy nak lunch dengan dorang.."

"Tak pe lah kalau macam tu.Aku nak ikut kau.Itu pun kalau kau tak kisah.." selamba Syed Affan menyatakan hasratnya.

Teragak-agak Putri Amyra ingin memberikan balasan.Dia sebenarnya masih tidak faham dengan apa yang sedang berlaku sekarang.

"Boleh tak ni?" soal Syed Affan apabila lama menunggu balasan dari gadis itu.

"Err.."

"Kau naik aku.Tunjuk jalan.Jom.Habis lunch,aku hantar kau semula.."

Pintu kereta sudah siap dibukakan oleh Syed Affan.Teragak-agak Putri Amyra ingin masuk ke dalam kereta yang agak mewah kepunyaan lelaki itu.

Mereka tiba di banglo dua tingkat kepunyaan Encik Putra Aiman dan Puan Alya.

Puan Alya yang sudah sedia di luar rumah itu sudah memandang pelik ke arah kereta yang memasuki perkarangan rumahnya.

Salah rumah ke?

Putri Amyra dan Syed Affan keluar dari kereta.

"Lah,Myra.Mummy ingatkan siapa tadi.Erm..kereta kamu mana.Err..anak ni siapa pula?"

"Saya Syed Affan.Panggil Affan je.Saya kawan anak aunty.."

Putri Amyra sudah menjeling sedikit ke arah Syed Affan.Bila masa mereka kawan?

"Ohh,jemput masuk.." kata Puan Alya.

Encik Putra Aiman yang sedang menonton televisyen itu,memandang ke arah mereka bertiga yang masuk ke dalam rumah.

"Haih,Myra.Tak cakap dekat kami pun nak bawa bakal menantu kami ni balik lunch?" ujarnya.

Syed Affan menyalam dengan penuh hormat tangan Encik Putra Aiman.

"Kawan je lah,daddy.." kata Putri Amyra.

Sungguh dia tidak selesa dengan keadaan sekarang.Mummy dan daddynya sudah menganggap Syed Affan sebagai bakal menantu mereka gara-gara lelaki itu mahu ikut dia lunch di rumah.

Semuanya salah lelaki itu!

Makanan sudah pun siap dihidangkan di atas meja.Mereka mula menjamu selera.

"Tambah,Affan.Jangan malu-malu.." ujar Puan Alya.

Putri Amyra pula hanya menguis-guis nasi yang ada di pinggannya.Seleranya mati kerana lelaki itu ada bersama.Sudahlah duduk di sebelahnya.







Kenapa dgn Affan tu?Dia dh mula suka Myra ke?😉😉

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now