part 36

16.8K 578 35
                                    

Azrif Ayril sampai di rumah setelah tiga hari kem.Kelihatan Ayla Ayuni sedang duduk di sofa ruang tamu sambil matanya menghadap fon.

"Assalamualaikum.." ujarnya.

"Waalaikumusalam.Ehh,kau dah balik?" soal Ayla Ayuni seakan tidak percaya.

"Kenapa?Aku tak boleh balik ke?Kau nak buat perangai lagi?Sudah-sudah lah tu,Ayla.."

Ayla Ayuni membuat muka pelik.

"Buat perangai?Maksud kau?"

"Kejap lagi lah aku cakap.Aku nak bersihkan diri kejap.."

Azrif Ayril naik ke bilik.Ayla Ayuni kembali menghadap fonnya.

HANA's BESTIE💕

Nasya Eleena
Ayla,your hubby dah balik ke?

Putri Amyra
Yang kau beria tanya Azrif dah balik ke belum pahal?Kau suka Azrif ehh?

You
Dah,cik Nasya.Dia ada kat bilik dia.Tapi aku rasa macam nak jadi perang besar je kejap lagi.I'm so scare😭😭

Hanees Hafeera
Kenapa pulak?

Putri Amyra
Ha'ah weh.Kenapa?Dia ada marah kau ke?

You
Tah lah.Gaya macam nak marah aku je..

Nasya Eleena
Dia jeles kot.Kan malam ni kita nak pergi makan dengan Sir Faiq..😅😅

Hanees Hafeera
Maybe..

Azrif Ayril yang telah siap membersihkan diri,turun ke bawah lalu duduk di sebelah isterinya.

Ayla Ayuni menelan air liurnya.Dia langsung tidak memandang wajah jejaka itu.Matanya sibuk menghadap fon.

"Apa yang best sangat dekat fon tu?" soal Azrif Ayril.

"Tak de apa.."

"Tutup fon tu.." arah Azrif Ayril.

Ayla Ayuni mengeluh.Dia menutup fonnya.Matanya tertumpu pada tv pula.

"Selama aku tak de ni,kau ada buat pape tak?"

"Buat apa pulak?Kau ni merepek je tahu.Aku macam biasa lah pergi sekolah,balik sekolah pastu makan.Bila malam pulak main fon,buat kerja sekolah and tidur.Tu je.."

"Cari pasal dengan orang?"

"Aku nak cari pasal dengan orang?Memang tak lah.Orang cari pasal dengan aku berlambak lah.."

"Wina kan?"

"Ohh,I get it.Dia mengadu lah ni kan?Dasar minah tak tahu malu!Kau nak buat apa kat aku sekarang ni?"

Azrif Ayril membuat muka pelik.Tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh gadis itu.

"Aku nak buat apa?"

"Yelah.Aku kan dah tampar minah kesayangan kau tu.Kau tak de rasa nak lempang aku balik ke?Nak tumbuk aku bagi pihak dia ke?"

"Ayla,aku tak gila lagi nak buat kau macam tu.."

"Ohh,okay.Erm..aku naik dulu lah.Nak siapkan baju untuk malam ni.Tak sabarnya.."

Ayla Ayuna gembira keriangan.

"Malam ni?Ada apa malam ni?" soal Azrif Ayril pelik.

"Kau lupa erk?Malam ni aku ada makan ramai-ramai dengan Sir Faiq kat KFC.Lupa lah tu.."

"Ohh.Tak payah lah nak lawa sangat.Dengan Sir Faiq je.Dia tu bukan siapa-siapa pada kau.."

"Biarlah.Dia my prince charming.."

"Melebih kau kan?"

Ayla Ayuni hanya buat tidak tahu.Dia naik ke biliknya.

***

"Rif,kau ajak kitaorang pergi KFC ni kenapa?Siap belanja lagi.Ada pape ke?" soal Heidy Rykarl pelik.

"Kau ni.Aku dah belanja tu kira bersyukur lah sikit.Aku tengah baik hati ni.." kata Azrif Ayril sambil matanya melilau ke arah Ayla Ayuni.

"Kau ni pelik lah.." kata Nazrief Nauffal pula.

Kelas 4 Arif kelihatan begitu gembira.

"Okay.Terima kasih kerana sudi hadirkan diri.Saya harap kamu semua enjoy malam ni.." kata Sir Faiq.

"Terlebih enjoy dah ni,sir.." kata Ayla Ayuni.

Dia tersenyum kambing.Tiba disaat itu,terasa bahunya dicubit.

"Aduh.."

Dia mengaduh kesakitan.

"Gatalnya kau.." ujar Nasya Eleena.

"Biarlah.." balas Ayla Ayuni perlahan.

Meja Azrif Ayril

"Aku tak rasa kau ajak kitaorang ni saja-saja.Mesti ada pape ni kan?" kata Adam Daniel.

"Dah lah tu.Aku belanja salah.Tak belanja salah.Dah tu korang nak apa?" balas Azrif Ayril sedikit bengang.

Malu lah dia kalau berterus terang tujuan dia ke situ adalah untuk memerhati Ayla Ayuni.Mahu saja dijadikan bahan gelak oleh gengnya.

"Aku rasa aku tahu kenapa Azrif ajak kita dekat sini.Dia nak skodeng Ayla sebenarnya.." kata Heidy Rykarl sambil cuba mengcover senyuman nakal.

"Serius lah?" kata Nazrief Nauffal pula.

Mata tiga jejaka itu memandang ke arah meja budak kelas 4 Arif.Azrif Ayril pula hanya diam.Dia meneruskan menghabiskan ayam KFCnya.

"Aku nak basuh tangan kejap.." ujar Nazrief Nauffal.

Dia bingkas bangun lalu menuju ke tempat basuh tangan.

Sedang dia membasuh tangan,beberapa pelajar 4 Arif menegurnya.

"Abang Naz lah.." kata gadis itu.

Nasya Eleena yang baru siap basuh tangan juga memandang ke arah Nazrief Nauffal.

"Abang sorang je ke?" soal gadis lain pula.

"Tak lah.Dengan member.." balas Nazrief Nauffal.

"Woww.Abang Azrif ada sekali?"

Nazrief Nauffal hanya senyum.

"Erm..aku pergi dululah.." ujarnya.

Dia menuju ke mejanya.Serentak itu,dia berselisih dengan Ayla Ayuni.

Terkejut dia melihat salah seorang geng suaminya.Dia memandang gerak geri Nazrief Nauffal.

Dia melihat geng suaminya serta suaminya yang duduk berhampiran dengan meja mereka.

'Ni rupanya kau buat?Patutlah beria sangat tanya aku KFC mana.Rupanya dia angkut sekali askar dia untuk skodeng aku.Huh..' getus Ayla Ayuni.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now