part 43

15.8K 521 16
                                    

Ayla Ayuni bersiap untuk ke universiti.Azrif Ayril pula sudah duduk di meja makan.

Setelah siap,Ayla Ayuni turun ke bawah.

"Kelas kau pagi ke?" soal Azrif Ayril.

Ayla Ayuni hanya mengangguk.

"Kau ni tak de mulut ehh?"

"Tak de.."

Azrif Ayril tersengih.

"Okay,aku minta maaf pasal semalam.Aku tau aku tak patut marah kau macam tu kan?I'm sorry,okay?"

"Tak kisah pon.Tak pe lah,aku dah lambat.Hanees dah sampai tu.."

"Balik nanti dengan aku tau.."

"Tengok lah dulu macam mana.Nanti aku wasap kau.."

"Kau kena berusaha lah sampai dapat balik dengan aku.."

"Perlu ke aku balik dengan kau?"

"Perlu lah.Kau tu tanggungjawab aku.."

"Dah lah.Aku gerak dulu.Assalamualaikum.."

"Waalaikumusalam.."

Ayla Ayuni segera keluar lalu masuk ke dalam kereta Hanees Hafeera.

Mereka sampai di universiti.

"Good morning,Ayuni.."

Mereka bertiga berpaling.

"Awak tak ingat saya?Saya,Zhaf.Yang semalam awak terlanggar tu.." kata Zhafran Amirul.

"Ohh yea.I know you.." balas Ayla Ayuni ramah.

"Awak tak kisah kan saya panggil awak Ayuni?"

"Tak pe,tu kan nama saya juga.Err..saya rasa saya dah lambat nak masuk kelas,saya pergi dulu lah.." kata Ayla Ayuni sambil matanya memandang ke arah dua sahabatnya itu.

"Jumpa dekat kafe nanti.." kata Zhafran Amirul.

Ayla Ayuni hanya mengangguk.Segera dia dan dua sahabatnya itu beredar.

***

Azrif Ayril dan gengnya menuju ke kafe setelah habis kelas.

Sedang mereka asyik makan,Indah datang menyapa.

"Hi,guys.Azrif,kenapa you tinggalkan I?"

Indah mula menggedik.

Nazrief Nauffal dan Heidy Rykarl mula membuat muka menyampah.

"Indah,sorry.Ni hah dua malaun ni nak makan sangat.Lapar katanya.." balas Azrif Ayril.

"Kitaorang pulak yang salah?" kata Heidy Rykarl tidak puas hati.

"It's okay.I faham you.You ni jenis utamakan kawan dalam semua hal.." balas Indah.

"Thanks,Indah.Kau ni macam tahu-tahu je.Ehh,duduk lah.Kau tercegat kat situ kenapa?"

Indah mengambil tempat di sebelah Azrif Ayril.

Disaat itu,Hanees Hafeera dan Nasya Eleena baru sampai di kafe.

Mereka juga mengambil tempat.Tidak lama kemudian,Ayla Ayuni dan Zhafran Amirul sampai.

"Woww,siapa dengan Ayla tu?" kata Heidy Rykarl.

Azrif Ayril yang baru hendak menyedut air minumannya terbantut tatkala mendengar nama Ayla Ayuni disebut.

Matanya memandang ke arah Ayla Ayuni yang duduk di sebelah seorang jejaka.

"Ehh,Zhaf?" kata Indah.

"Kau kenal ke?" soal Nazrief Nauffal pula.

"Zhaf?Siapa je tak kenal dia?Dia tu junior I and playboy hot kat sekolah I dulu.." ujar Indah.

Membuntang mata Azrif Ayril.

Tiba waktu pulang,Azrif Ayril sudah berdiri di depan keretanya,hadiah dari paklongnya.Matanya mencari Ayla Ayuni.

Tatkala itu,Ayla Ayuni sedang bergelak ketawa dengan Zhafran Amirul sambil diikuti dua sahabatnya dari belakang.

Tawa Ayla Ayuni berhenti tatkala melihat Azrif Ayril yang berdiri sambil merenungnya dan berpeluk tubuh.

"Ehh,siapa ni?" soal Zhafran Amirul.

"Err..ni..ni abang saya.." balas Ayla Ayuni.

Membulat mata Azrif Ayril.

"Err..Zhaf,saya balik dulu ye.." kata Ayla Ayuni.

Dia segera menuju ke kereta Azrif Ayril.

"Ayuni.."

Ayla Ayuni memandang Zhafran Amirul.

"Take care.Awak jaga hati awak untuk saya tau.I love you,beauty.." ucap Zhafran Amirul.

Azrif Ayril mengepal penumbuknya.Namun hatinya masih boleh bersabar.

Kalau tidak difikirkan dia dimana sekarang,mahu saja dia menumbuk lelaki yang berada di hadapannya ini.

Sampai sahaja di rumah,Azrif Ayril menghempaskan pintu keretanya.Terkejut Ayla Ayuni.

Mereka masuk ke dalam rumah.

"Sejak bila kau kawan dengan Zhaf tu?!" tengking Azrif Ayril.

"Apa masalah kau hah?Balik-balik nak marah?"

"Cuba kau fikir!Suami mana yang tak marah kalau ada lelaki cakap macam tadi tu dekat isteri dia hah?Kau cakap dengan aku!Suami mana?!"

"Zhaf gurau je lah!"

"Kau ingat benda ni satu gurauan ke?"

"Zhaf tu memang suka bergurau.Dia tak maksudkan pon.."

"Kau back up dia?Baguslah.Teruskan!"

Azrif Ayril naik ke biliknya.Ayla Ayuni pula hanya memerhati.

Dia juga naik ke biliknya.Dia membersihkan dirinya.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now