Pagi itu,mereka berdua sampai awal ke pejabat kerana ada meeting.
Azrif Ayril dan Ayla Ayuni masuk ke bilik mesyuarat.Satu-satu mata memandang mereka.
Mata Ayla Ayuni terhenti pada seseorang.
'Zhaf?Apa dia buat dekat sini?' getusnya.
Zhafran Amirul sempat menghadiahkan senyuman ke arahnya.
Ayla Ayuni tidak membalas.Matanya memandang ke arah skrin di hadapannya.
Dia juga risau jikalau Azrif Ayril perasan.Dia cuba berlagak cool.
Setelah satu jam setengah berlalu,mesyuarat tamat.
Semua berlalu keluar dari bilik mesyuarat itu.
"Ayuni.." ujar Zhafran Amirul tatkala melihat Ayla Ayuni ingin keluar.
Azrif Ayril sudah lama keluar bersama paklong.
"Err,maaf.Saya ada kerja.."
"Kenapa sejak saya balik sini awak berubah,Ayuni?Apa salah saya?"
"Awak tak salah pape.Saya keluar dulu.."
Zhafran Amirul menarik Ayla Ayuni ke dinding.Dikuncinya pergerakan gadis itu.
"Aw..awak nak buat apa ni?" kata Ayla Ayuni yang nyata takut dengan tindakan lelaki itu.
"Apa salah saya sampai awak layan saya macam ni,Ayuni?Saya dah balik.Saya dah ada depan awak.."
"Zhaf,tolonglah!Ni pejabat,okay?Nanti apa orang kata klau ada yang nampak?"
"Apa salahnya?Kita bakal berkahwin kan?Awak bakal isteri saya.."
"Ayla!"
Jeritan seseorang membuatkan Ayla Ayuni tersentak.
"Apa awak buat ni,Zhaf?Lepaskan Ayla!" kata Nasya Eleena.
Zhafran Amirul menjauhkan dirinya dari Ayla Ayuni.
"Sorry,sayang.." ucapnya.
Dia berlalu keluar dari bilik mesyuarat itu.
Ayla Ayuni sudah memeluk Nasya Eleena.
"Apa aku patut buat sekarang?" ujarnya sambil menangis.
"Ayla,kau tak de pilihan.Kau kena berterus terang.Kalau tak,keadaan makin parah.Benda ni dah 5 tahun berlalu,Ayla.Kau tak terima kan lamaran dia?So?Apa lagi yang kau nak tunggu?Kau nak tunggu Azrif tahu ke?Jangan buat kerja gila,Ayla!"
"Aku..aku takut.."
"Kau nak takut apa?Aku ada.Kau takut Zhaf marah?Biarkan dia.Cuba kau fikir,kalau Rif tahu hal ni.Macam mana?"
"Tak.Rif tak boleh tahu.Nasya,tolong aku.."
"Ye.Aku akan tolong kau.Tapi tolong lah,Ayla.Selesaikan hal ni cepat.Zhaf tu macam-macam dia boleh buat.Aku takut kau dengan Azrif jadi mangsa.."
"Tak.Rif tak boleh terlibat langsung dalam hal ni.."
"Dah lah.Sekarang ni kita sambung buat kerja.Kesat air mata kau tu.Karang kalau siapa nampak pelik pulak dorang.."
Ayla Ayuni mengangguk.
***
Balik sahaja dari pejabat,Azrif Ayril terus naik ke bilik.
Pelik Ayla Ayuni dengan suaminya itu.
Dia juga naik ke bilik.Dia menanggalkan shawl yang dipakainya.
Diletakkan satu persatu jarum peniti dan pin.
Azrif Ayril yang sudah selesai mandi keluar dari bilik air itu.Dia menuju ke almari pakaian.Ayla Ayuni hanya memerhati.
"Abang.."
Azrif Ayril langsung tidak menyahut.Bahkan menoleh pun tidak.
"Abang,sayang panggil ni.Abang tak dengar ke?"
"Abang penat sangat.Sorry.."
Azrif Ayril turun ke bawah.Dia masuk ke bilik bawah itu dan menunaikan solat isyak.
Setelah selesai,dia keluar.Ayla Ayuni terkejut melihat suaminya keluar dari bilik bawah itu.
"Abang buat apa dekat bilik bawah ni?" soal Ayla Ayuni.
"Saja.Cari ketenangan.."
'Ketenangan?' getus Ayla Ayuni.
Azrif Ayril bergerak ke arah pintu.
"Abang nak keluar ke?"
"Ha'ah.Tak payah tunggu.Tidur je dulu.."
Azrif Ayril segera masuk ke dalam kereta.
Dia sampai rumah Heidy Rykarl.
"Woi,kau buat apa kat sini?Ayla mana?" ujar Heidy Rykarl yang nyata terkejut dengan kehadiran sahabatnya itu.
"Ayla tak de.Aku tumpang sini malam ni boleh?"
"Woo..kau pahal?Ada rumah kan?Rumah aku jugak kau tumpang kenapa?"
"Suka hati akulah.."
Azrif Ayril dengan selamba memasuki rumah sahabatnya itu.Fikirannya serabut.
"Korang gaduh ke?"
"Boleh tak kau tak payah cakap pasal Ayla sekarang ni?Aku datang sini nak hilang stres.."
"Aik?Apa yang Ayla dah buat?"
"Kau rasa dia ikhlas ke kahwin dengan aku?Dia ikhlas ke terima aku?"
"Rif,kau merepek apa ni?Dah tentulah dia ikhlas kahwin dengan kau.."
"Kalau dia ikhlas kahwin dengan aku,dia takkan buat aku macam ni!" kata Azrif Ayril benar-benar kecewa.
"Apa yang Ayla dah buat sampai kau marah sangat ni?"
"Dia rahsiakan hal Zhafran.Kau tau tak si Zhaf tu pernah lamar isteri aku?Ayla tu anggap aku ni apa?!"
"Rif,kau tak boleh macam ni.Cuba kau dengar penjelasan dia dulu.."
"Penjelasan apa?!Dia buat aku macam tak de perasaan!Dia abaikan aku!Dia tak cerita pon pasal hal ni dekat aku.Sanggup dia simpan benda ni sorang-sorang?5 tahun Heidy.5 tahun dia buat macam tak de apa yang berlaku.Aku ni siapa pada dia?Dia buat aku ni macam orang bodoh!"
"Rif,cuba kau tanya dulu.Janganlah nak tuduh melulu.." nasihat Heidy Rykarl.
"Yang kau nak menangkan sangat si Ayla tu kenapa hah?Cuba kau cakap kat aku suami mana yang tak marah bila dapat tahu isteri dia dilamar seseorang?Kau ingat aku ni tunggul?"
Perasaan marah Azrif Ayril membuak-buak.Disaat dia terdengar perbualan isterinya dan Nasya Eleena hatinya mula terasa panas.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...