Amyra&Affan

6.5K 302 34
                                    

💐Special chapter 7💐

Buka sahaja pintu pejabatnya setelah siap lunch,kelihatan ada sejambak bunga dan sebuah kotak yang bersaiz sederhana di atas meja.

Dahi Putri Amyra sedikit berkerut.Siapa pula yang menghantar bunga dan kotak itu?

Dia mengambil sejambak bunga itu.Dia sememangnya tidak suka bunga.Dia teringat kalau dalam drama selalu si penerima akan mencium sejambak bunga yang diterimanya .

Dia pun mencium bunga itu.Tak bau apa-apa pun.Barang kali hidungnya tersumbat.Dia mula mencari kad si pengirim.

Dia sempat berdoa semoga si pengirim itu ada menulis nama sebenarnya.Tetapi selalunya dalam drama si pengirim itu akan main tarik tali.

Letak secret admirer lah,pencinta dirimu yang ikhlas lah dan macam-macam lah.Sengaja mahu berteka teki.

Apabila tangannya menjumpai sekeping kad,pantas diambilnya lalu dibaca.

Assalamualaikum,

Kau apa khabar?Sihat tak?Susahkan tak de contact each other ni?Nak jumpa pun susah.Btw,terimalah bunga yang aku bagi ni.Jangan buang pulak.Lagi satu,aku ada bagi kau sekotak coklat.Makanlah.Aku tak tahu kau suka bunga or coklat.So aku bagi dua-dua.Kita jumpa hujung minggu ni boleh?

-Syed Affan Syed Arfan-

Putri Amyra tersenyum-senyum membaca kad itu.Dia perasan satu sikap Syed Affan.Suka berterus terang.

Dia memandang sebuah kotak sederhana itu.Bungkusan dikoyakkan.

Membulat matanya melihat pelbagai jenama coklat yang berada di dalam kotak itu.

"Dia ni nak aku gemuk ke apa bagi coklat banyak-banyak macam ni?" katanya sendirian.

***

Seperti yang ditulis oleh Syed Affan pada kad tempoh hari,mereka bertemu di sebuah kafe.

Putri Amyra hanya mengagak pasti lelaki itu mahu berbincang tentang lamarannya masih belum diberikan jawapan.

"Nah,bunga untuk kau.."

Syed Affan menghulurkan tiga kuntum bunga ros merah kepada Putri Amyra.

"Sorry,bukan saya tak nak terima tapi saya tak suka bunga.Saya suka tengok je.." jujur Putri Amyra berkata.

"Tapi ni special dari aku.Kau tak tahu ke maksud tiga kuntum bunga ni?Bukan senang tau perempuan nak dapat dari aku.Kira kau sangat beruntung.."

Sebelum Putri Amyra membalas,sempat dia mencebik.

"Saya tahu lah maksud dia.Maksud dia 'I love you' kan?"

Syed Affan tersenyum.

"I love you more.."

Putri Amyra tercengang seketika.Bukan itulah maksud dia.Dia cuba bagitahu maksud tiga kuntum bunga itu sahaja.Bukannya betul-betul.

"Okay-okay.Aku gurau je.Saja nak usik kau.So,macam mana dengan lamaran aku?"

"Err..awak betul-betul serius ke nak jadikan saya yang halal untuk awak?"

"Kau ingat aku main-main ke?Aku serius lah,Myra.Takkan aku nak ajak bergurau tentang benda yang penting macam ni?Ni soal masa depan kita.Kau ni.."

Putri Amyra memandang wajah Syed Affan.

"Err..saya takut saya bagi awak harapan palsu.Saya rasa macam semua ni berlaku cepat sangat.Kita baru jumpa dua tiga kali,awak dah ajak saya kahwin.."

"Aku tahu lah aku ni tak hensem macam mamat yang kau suka tu tapi dia pun dah kahwin,Myra.Dia dah jumpa kebahagiaan dia.Kau?Takkan kau nak mengharap dekat dia lagi?Aku janji aku akan jaga kau macam mana aku jaga diri aku sendiri.Aku janji aku akan bahagiakan kau.Lagi satu,orang cakap bercinta lepas nikah ni lagi manis.Bagi aku peluang?"

"Erm..okay.." balas Putri Amyra agak perlahan.

"Okay means kau terimalah kan lamaran aku?" soal Syed Affan yang sudah kelihatan teruja apabila lamarannya diterima.

Putri Amyra hanya menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih.." ucap Syed Affan.

"Sama-sama.."

***

Majlis pernikahan antara Syed Affan dan Putri Amyra diadakan di rumah Putri Amyra.Mereka dinikahkan sendiri oleh Encik Putra Aiman.

Dengan sekali lafaz,mereka sah bergelar suami dan isteri.

Selesai menunaikan solat sunat syukur,Syed Affan mendekati Putri Amyra untuk upacara pembatalan air sembahyang.

Syed Affan mencapai tangan isteri yang baru dinikahinya beberapa minit tadi.Dapat dirasakan tangan isterinya panas kerana tangannya kini sangat sejuk.

Mungkin gemuruh punya pasal.

Disarungkan cincin berwarna emas itu di jari manis Putri Amyra.

Putri Amyra menyalam dengan penuh hormat tangan Syed Affan yang sudah bergelar suaminya.

Setelah upacara itu,mereka bergambar beramai-ramai.

Ayla Ayuni,Nasya Eleena dan Hanees Hafeera bersama suami masing-masing mendekati pasangan pengantin itu.

"Tahniah,Myra.Aku doakan kau selalu bahagia dengan Affan.." ucap Ayla Ayuni.

"Terima kasih.." balas Syed Affan dan Putri Amyra hampir serentak.

"Jaga kawan baik saya ni elok-elok.Kalau saya tahu awak lukakan hati dia,siap awak.." kata Hanees Hafeera pula.

"Ehem!Biasa-biasa je bagi nasihat tu,sayang.Bro,tahniah aku ucapkan.Jaga Myra baik-baik.Kalau ada masalah,bincang elok-elok.Biasalah dalam rumahtangga ni ada pasang surutnya.." kata Heidy Rykarl sambil matanya sudah memberi pandangan tajam kepada isterinya.

"Kitaorang pun nak ucapkan tahniah pada korang berdua.Selamat menjalani alam perkahwinan.Jaga Myra,okay?Kitaorang kenal dia dari zaman sekolah lagi.." ujar Nazrief Nauffal sebagai wakil untuk dia dan Nasya Eleena.

Tiba disaat itu,kelihatan Adam Daniel dan Asyrina serta anak-anak mereka tiba di situ.

"Tahniah,Myra.." ucap Adam Daniel dan Asyrina serentak.

"Terima kasih.." balas Putri Amyra sedikit gugup.

Tidak menyangka lelaki itu akan datang ke majlis pernikahannya.Syed Affan hanya memerhati.Pinggang Putri Amyra dirangkulnya agak erat.

Terkejut Putri Amyra dengan tindakan berani suaminya.

"Kamu semua ni tak nak makan ke?Pergilah makan.Nanti habis pulak lauk pauk.." ujar Puan Alya yang baru mendekati mereka.

Masing-masing sudah ke khemah yang berada di luar rumah.Pasangan pengantin itu hanya memerhati.

Syed Affan menghadiahkan senyuman kepada Putri Amyra.Dia mengucup lembut dahi isterinya.Putri Amyra hanya membiarkan.

Nk lg ke?😉😉

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now