part 46

16.7K 534 18
                                    

"Rif,are you okay?" soal Indah.

"Hah?"

"You fikir apa ni? I tanya you okay tak ni?Nampak macam ada masalah je.."

"Aku okay.Biasalah.Sibuk fikir assignment tu.Dah lah banyak.." dalih Azrif Ayril.

"You,kita ni dah hampir dua tahun macam ni.Bila you nak propose I?"

Terkejut Azrif Ayril mendengar kata-kata Indah.

"Apa kau merepek ni?Aku anggap kau kawan aku je.Tak lebih dari tu.."

"What?Selama ni you hanya pergunakan I je?Sampainya hati you!"

"Dah lah,aku nak balik.Jumpa esok.."

Azrif Ayril menuju ke keretanya.Ayla Ayuni sudah berdiri di tepi keretanya.

"Kau balik dengan aku ke?" soal Azrif Ayril.

"Ye lah.."

"Hari ni kau balik sendiri.." kata Azrif Ayril kemudian terus masuk ke dalam keretanya.

Dia laju menggerakkan keretanya.

"Azrif!" laung Ayla Ayuni.

"Kenapa dengan abang awak tu?" soal Zhafran Amirul.

"Saya balik dulu lah.."

Ayla Ayuni pantas bergerak namun dihalang Zhafran Amirul.

"Jom saya hantar.." ujarnya.

"Tak pe,saya boleh balik sendiri.."

"Awak nak balik dengan siapa?Kawan-kawan awak pon dah balik.Awak nak harapkan siapa?"

"Tak pe,bro.Aku boleh hantar dia.." ujar Heidy Rykarl yang baru tiba.

"Siapa ni?" soal Zhafran Amirul.

"Dia..dia kawan abang saya.." balas Ayla Ayuni.

"Abang awak tu memang tak sayang adik dia ke?Kejamnya abang awak.Tak pe lah,saya balik dulu lah.Awak jaga diri tau.." pesan Zhafran Amirul.

Kini tinggal mereka berdua.

"Jom,Ayla.." ujar Heidy Rykarl.

Mereka berdua berlalu ke kereta Heidy Rykarl.

Di dalam kereta,Ayla Ayuni hanya diam.

"Kenapa Rif buat aku macam ni?" kata Ayla Ayuni tidak lama kemudian.

Heidy Rykarl hanya mendengar.

"Kau cintakan Rif?Ayla,kalau kau tak cintakan dia,please jangan mainkan perasaan dia.Terus terang je kalau kau tak cintakan dia.Rif tu kalau dia sayangkan seseorang dia akan setia.Aku dengan Naz akan selalu doakan korang bahagia.Tolong,Ayla.Jangan kecewakan Rif.." ujar Heidy Rykarl panjang lebar.

"Aku sayang Rif.Aku cintakan dia.Tapi dia yang tak bagi aku peluang untuk cakap semua ni.Jujur aku cakap,aku dengan Zhaf tu hanya kawan.Tu je.."

"Balik ni kau pujuk dia.." pesan Heidy Rykarl lagi.

"Aku tak sangka Rif akan jadi macam ni.."

"Aku nak kau terus terang.Buang ego kau.Kalau tak Indah akan musnahkan segalanya.."

"Indah?"

"Indah cintakan Rif.Tapi Rif tak pernah layan dia.."

"Kau rasa Rif akan percaya ke apa yang aku cakap nanti?"

"Kau pujuk dia dulu.Kalau tak jalan jugak,biar aku dengan Naz yang basuh otak dia tu.Ego sangat.."

Ayla Ayuni hanya mendengar.

"Ayla,Zhaf tu suka kau?Kau tak bagitau dia ke yang kau ni isteri orang?" soal Heidy Rykarl tidak lama kemudian.

"Tak lah.Kitaorang kawan biasa je.Aku tahu dia anggap aku ni kawan je so aku rasa tak payah lah bagitau status aku sekarang ni.."

"Aku faham.Tak pe,kau anggap je yang Rif jeles sebab dia tak nak kehilangan kau.Dia terlalu sayangkan kau lah tu.."

Ayla Ayuni hanya mengangguk.

Setelah itu,mereka sampai di rumah.

"Aku masuk dulu tau.Thanks sebab sudi tumpangkan aku.." ucap Ayla Ayuni ikhlas.

"Okay.."

Dia berlalu keluar dari kereta.Masuk sahaja ke dalam rumah,Azrif Ayril menegurnya.

"Awal balik?" ujar Azrif Ayril berbaur sindiran.

"Kau ni kenapa hah?Kalau tak nak aku balik sekali dengan kau,kau patut bagitau aku awal-awal.Bukannya macam tadi tu.."

Azrif Ayril hanya mendengar.Dia kembali menghadap fonnya.

***

Pada sebelah malam pula,Ayla Ayuni turun ke bawah setelah selesai solat Maghrib.

Dia melihat Azrif Ayril yang sudah bersiap itu menonton tv.

"Kau nak pergi mana?" soal Ayla Ayuni.

"Aku ada hal.Kau duduk rumah ni elok-elok.Tidur je dulu.Aku balik lambat kot.."

"Rif,aku minta maaf.Aku tau aku banyak salah dengan kau.Jangan layan aku macam ni.." rayu Ayla Ayuni.

"Aku keluar dulu.."

Azrif Ayril melangkah keluar dari rumah.Dia masuk ke dalam kereta.

Tidak lama kemudian,dia sampai di restoran.

Dia memandang ke arah Heidy Rykarl dan Nazrief Nauffal sudah sampai.

"Sorry,lambat.Ada apa korang nak jumpa aku ni?Macam ada benda serius je.." ujarnya tatkala sudah duduk di kerusi.

"Memang serius!Apa kau buat dekat,Ayla?" soal Nazrief Nauffal.

"Aku buat apa?" soal Azrif Ayril pelik.

"Kau dah gila ke,Rif?Kenapa kau tinggalkan Ayla tadi?Nasib baik aku ada tau.Kalau tak dah lama Ayla balik dengan Zhaf tu.." kata Heidy Rykarl pula.

"Kau tak sayang Ayla ke?Kau ni.Bahaya tau tak?Kalau jadi pape kat Ayla waktu tu macam mana?Kita sendiri dah dengar kan?Zhaf tu bahaya!Playboy!Kau sanggup ke tengok Ayla tu jadi mangsa si Zhaf tu?" tambah Nazrief Nauffal.

"Korang ajak aku datang ni sebab ni je?Dia tu kan dah besar.Zhaf tu pulak kan sekarang ni dah jadi jantung hati dia.."

"Rif,Ayla tu cintakan kau.Sejak bila pulak kau ni pandai cemburu ni?" kata Heidy Rykarl.

"Mana kau tahu dia cintakan aku?"

"Dia sendiri mengaku dekat aku waktu aku hantar dia tadi.."

Azrif Ayril hanya mengeluh.

"Kau tak nak order ke?Malam ni aku belanja.." ujar Nazrief Nauffal.

Azrif Ayril segera memesan.Bukan senang sahabatnya itu nak belanja.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now