SPM sudah habis.Mereka berdua duduk di rumah.Tiba disaat itu,muncul paklong dan maklong Azrif Ayril.
"Kenapa tak bagitau nak datang,maklong ni.Suka bagi Rif surprise.."
"Dah kamu tu tak nak datang rumah kami,nak buat macam mana?" ujar maklong.
"Rif,Rif dah sedia ke nak ambik alih syarikat paklong?" soal paklong pula.
"Erm..kalau Rif nak sambung belajar dulu boleh tak,paklong?Rif bukan apa,Rif ni masih budak mentah lagi.Tak tahu menahu pon pasal syarikat ni.Lagipon paklong,syarikat tu milik paklong.Sepatutnya Han yang ambik alih,bukan Rif.."
"Kamu ni,rendah diri sangat.Syarikat tu milik kamu juga,Rif.Arwah papa kamu ngan paklong yang usahakan.Jadi kamu pon berhak atas syarikat tu.Kalau kamu nak sambung belajar,paklong boleh uruskan semuanya.Rif jangan risau ye?"
"Paklong ni.Susah-susah je.."
Dalam hati,Azrif Ayril bersyukur dia kerana masih mempunyai bapa saudara yang masih caring pasalnya.
"Tak de susah lah.Err..Ayla klau nak kerja dengan paklong,Ayla bagitau ye?" kata paklong lagi.
Ayla Ayuni hanya mempamirkan senyuman.
"Rif bagi ke Ayla ni kerja?" soal maklong pula.
"Kalau Ayla nak kerja,Rif tak kisah.Asalkan dia ada dengan Rif.."
"Amboi,romantik betul kamu berdua ni.Bila lah maklong nak tengok anak kamu berdua ni?Mesti comel kan?"
Ayla Ayuni menelan air liurnya.
"Err..Han tak ikut ke?"
Sengaja Azrif Ayril menukar topik.
"Dia ada dekat rumah tu.Paklong ni pelik lah.Salah paklong ke sampai perangai dia macam tu?" ujar paklong seakan kesal dengan perangai anaknya itu.
"Paklong dah buat yang terbaik.Jangan risau,insya-Allah.Satu hari nanti,mesti Han berubah.." kata Azrif Ayril.
Setelah lama disitu,paklong dan maklong meminta diri.
Ayla Ayuni kembali duduk di sofa.
"Ayla,kau nak kerja?" soal Azrif Ayril tidak lama kemudian.
"Mestilah aku nak kerja.Kenapa?Tak boleh erk aku nak kerja?"
"Bukan tak boleh.Aku saja je nak tau.Erm..nanti kau nak sambung belajar kat mana?"
"Wah,kemain jauh kau fikir?Aku ni SPM pon tak lepas lagi tau.Erm..aku kalau diberi kesempatan,aku nak belajar kat luar negara.Baru lah best.."
Ayla Ayuni tersenyum disaat menyampaikan hasratnya.
"Luar negara?Kau sanggup ke nak tinggalkan aku kat sini?Arhh tak de,aku tak benarkan kau sambung belajar kat sana.Kita mana ada saudara mara kat sana.Kau tu bukannya boleh harap.."
"Suka hati aku lah nak belajar kat mana pon.Lagipon Myra ada sekali.Aku ni dah pandai jaga diri.Aku ni bukan budak kecik lagi.."
"Bagi kau.Bagi aku,kau tu masih baby lagi.."
"Ishh..aku dah besar lah.Tak payah lah cakap aku ni baby.Tapi tak pe,baby comel kan?So aku dalam kategori comel lah kan?"
"Perasan!"
"Kau pulak nak sambung belajar kat mana?" soal Ayla Ayuni pula.
"Aku?Kalau aku dekat-dekat sini je.Senang sikit nak tengok-tengokkan kau.."
"Apa lah kat sini je?Orang pergi lah merantau.Baru best.."
"Pape jelah.Ermm..Ayla.."
"Apa?"
Ayla Ayuni memandang Azrif Ayril.
"Kalau satu hari nanti ada seseorang cintakan kau,kau akan cintakan dia tak?"
Ayla Ayuni ketawa disaat mendengar.Pelik dia dengan soalan itu.
"Kau buat lawak apa ni?"
"Jawablah.."
"Okay.Kalau aku,tak kot.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku hanya akan jatuh cinta dengan orang yang bergelar suami pada aku je.."
Azrif Ayril tersenyum.
"Jadi,kau cintakan aku lah kan?Sebab aku suami kau.."
"Tak semestinya.Macam-macam boleh jadi kat kita.Sebab kita ni hanya erm..mungkin luaran nampak kita sebagai suami isteri,tapi dalamannya kita still adik beradik tiri.."
Azrif Ayril terdiam seketika.
"Err..aku nak keluar kejap.Nak lepak dengan member.."
"Okay.."
Azrif Ayril beredar dari situ.Ayla Ayuni pula kembali menghadap tv.
***
Jejaka-jejaka hot itu menuju ke domino's pizza.
"Rif,kau okay tak?Dari tadi diam je.." kata Heidy Rykarl.
"Okay je.." balas Azrif Ayril bersahaja.
"Korang mohon universiti mana nanti?" soal Nazrief Nauffal ingin tahu.
"Aku dekat London kot.My parents tu yang beria sangat nak hantar aku kat sana.." ujar Adam Daniel seakan sedih.
"Lah,apa ni Dam?Kita dah janji kan nak belajar sama-sama?" kata Heidy Rykarl.
"Aku tahu,tapi nak buat macam mana?Erm..nanti ada rezeki kita jumpa lagi.."
"Ohh,ni lah sebab kau ajak kitaorang keluar ni?Nak cakap kau nak sambung kat luar negara lah ni?Kurang asam punya kawan!" kata Nazrief Nauffal pula.
"Sorry arhh,korang.Rif elok je.Yang korang melebih ni kenapa?"
"Rif memang lah okay.Sebab dia tak de dekat sini.." kata Heidy Rykarl.
Pelik Nazrief Nauffal dan Adam Daniel mendengar Heidy Rykarl berkata.
"Kau ni.Lawak kau tak menjadi lah,Heidy.." ujar Adam Daniel.
"Apa pulak?Ni.Kau tengok lah ni.Termenung je.Memang lah badan dia dekat sini tapi tu otak dia tu,kat rumah agaknya.." kata Heidy Rykarl.
"Rif.." panggil Nazrief Nauffal.
"Kenapa?Korang nak balik dah ke?Jom lah.." soal Azrif Ayril tatkala tersedar dari lamunannya.
Azrif Ayril bingkas bangun namun dihalang mereka bertiga.
"Teruk sangat dah angau kau ni.Lek arhh,Ayla tu tak lari mana lah.." kata Adam Daniel.
"Hah?"
"Dah,makan.." arah Nazrief Nauffal.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...