Sejak kejadian Azrif Ayril demam,mereka mula tidur sebilik.
Ayla Ayuni tersedar dari lenanya.Dia dapat merasakan pinggangnya dipeluk.Dipandangnya wajah suaminya itu.
Lama dia menatap wajah itu.Azrif Ayril mula membuka matanya.Dia memandang Ayla Ayuni yang masih menatap wajahnya.
"Hensem sangat ehh,aku?" katanya.
Ayla Ayuni bagaikan tersedar.Dia pantas bangun namun dihalang suaminya.
"Tak payah lah malu.Aku usik je.."
"Err..aku nak mandi.Kejap lagi nak masuk subuh dah.." ujar Ayla Ayuni tanpa memandang wajah suaminya itu.
"Okay,tapi kiss pipi aku dulu.." pinta Azrif Ayril manja.
"Nanti lambat lah.Kelas aku pagi.."
"Kelas aku pon pagi.Tak de hal pon.Cepatlah.."
Ayla Ayuni teragak-agak.Dia mendekati suaminya.
Azrif Ayril tersengih nakal.
"Kenapa kau gelak?" soal Ayla Ayuni pelik.
"Muka kau tu macam apa je.."
Ayla Ayuni cepat-cepat mencium pipi suaminya lalu segera mengambil tuala dan berlalu ke dalam bilik air.
"Comel lah kau ni,Ayla.." kata Azrif Ayril.
Dia tersengih lagi.
Setelah selesai solat Subuh,mereka turun ke bawah.
Ayla Ayuni segera menuju ke dapur.Dia menyediakan nasi goreng.
Setelah beberapa minit,nasi goreng itu siap dihidangkan di atas meja.
"Rif,jom sarapan.." ujar Ayla Ayuni.
"Suapkan aku.." pinta Azrif Ayril.
"Kau ni mengada lah.."
"Cepatlah.Kita kena lah practice jadi pasangan sweet.Baru best.."
Ayla Ayuni duduk di kerusi.Dia mengambil pinggan lalu mencedok nasi itu.
Diberikan kepada Azrif Ayril.Azrif Ayril langsung tidak menyambut huluran itu.
"Ala,Rif.Sejak bila kau ni jadi manja ni?Okay,fine!Aku suap kau!Tapi sekali je erk?Pastu kau makan sendiri.Ishh,mengada betul baby boy sorang ni.." rungut Ayla Ayuni.
Dia menyuap nasi itu ke dalam mulut suaminya.Azrif Ayril tersenyum puas.
Setelah selesai bersarapan,mereka berdua berlalu ke universiti.
***
"Amboi,happy semacam je,Rif?Ada pape ke?" soal Heidy Rykarl.
"Happy pon salah ke?" kata Azrif Ayril sambil matanya memandang ke arah prof yang sedang memberi penerangan.
"Okay,class.Next week bentangkan ape yang kita bincang hari ni ye?" ujar Profesor Hamid di akhir kelas.
"Rif,kita pergi perpustakaan nak?" kata Indah.
"Boleh,jom.."
Azrif Ayril dan gengnya serta Indah beredar ke perpustakaan.
Dari jauh,Azrif Ayril ternampak Ayla Ayuni dan Zhafran Amirul duduk bersama.
"Ayuni,kenapa awak tak nak bagi nombor fon awak?Senang kita nak chat.." ujar Zhafran Amirul.
"Err..tak perlu kot.." balas Ayla Ayuni.
"Kenapa?Awak takut mak awak marah ehh?Jangan risau.Saya takkan papekan anak dia yang cantik ni.."
"Ermm..mama saya dah lama meninggal.."
"Ohh,sorry.Saya tak sengaja.."
"Tak pe.."
"Ayla,saya suka kawan dengan awak.."
"Saya pon suka kawan dengan awak.Awak baik.." puji Ayla Ayuni.
Mereka ketawa bersama.Azrif Ayril menahan amarahnya.
"Rif,adik you tu rapat semacam je dengan si Zhaf tu.Zhaf tu dah lah playboy.I risau je adik you jadi mangsa dia.." kata Indah.
"Err..aku nak cari buku jap.."
Azrif Ayril berlalu ke rak buku.Dia mencapai fonnya lalu dia menghantar whatsapp ke Ayla Ayuni.
You
Ko dtg kat rak buku ni.Aq tunggu😒Ayla Ayuni💕
Okay👌"Err..Zhaf.Saya nak pergi rak buku jap.." ujar Ayla Ayuni.
"Jom saya temankan.."
"Ehh,tak pe.Saya boleh sendiri.Saya pergi dulu.."
Ayla Ayuni pantas berdiri.Dia menuju ke rak buku.Dicari-carinya Azrif Ayril.
Tiba di satu rak,dia ternampak Azrif Ayril yang sedang berpeluk tubuh.
"Rif,ada apa ni?" soalnya.
"Kau buat apa dengan Zhaf berdua je?" kata Azrif Ayril dengan nada yang sedikit kasar.
"Aku buat apa?"
"Kenapa kau dengan Zhaf kat sini?Berdua pulak tu!Mana Hanees dengan Nasya?"
"Ohh,dorang kat kafe.Aku malas nak pergi kafe.Tu sebablah aku kat sini.Pastu tetiba Zhaf pulak ada kat sini.Tu lah kitaorang study sama-sama.Kau jeles erk?Ala,janganlah jeles.Aku kan sayang kau.Aku takkan curang dengan kau.Sebab kau jantung hati aku.Selamanya.."
"Betul?"
"I'm promise.."
"Okay.."
Azrif Ayril sempat bermain-main tangan isterinya itu.
"Ehem.." seseorang berdeham.
Mereka berdua cuak.Mereka berdua berpaling.
"Amboi,sweetnya.." ujar Heidy Rykarl.
"Kau ni jahatlah!Aku ingatkan siapa lah tadi.Nak terkeluar jantung aku ni tau?Kalau Indah tadi macam mana?" marah Azrif Ayril.
"Kau datang dengan Indah?" soal Ayla Ayuni sedikit kecewa.
"Ayla,jangan lah macam ni.Kitaorang nak buat discussion je.Tak buat apa pon.." pujuk Azrif Ayril.
"Aku pergi dulu lah.Kesian pulak Zhaf tu tunggu lama-lama.."
Ayla Ayuni beredar dari situ.
"Kau lah ni!Tengok!Ayla merajuk siap kau!"
"Aku pulak?"
Azrif Ayril dan Heidy Rykarl beredar dari situ.Mereka menuju ke meja mereka.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...