part 42

16.2K 532 39
                                    

2 tahun kemudian,

Sudah hampir seminggu mereka masuk ke universiti itu.

Setelah habis kelas,mereka menuju ke kafe.Masing-masing mengambil tempat duduk.

"Tak sangka kan?Kita masih sama universiti.Tapi tu lah,Myra tak de.Kalau ade mesti best kan?Dapat lah kita hari-hari usik dia.." ujar Hanees Hafeera sambil sedikit kecewa dengan ketiadaan Putri Amyra yang terpaksa mengikut kehendak ibu bapa untuk melanjutkan pelajaran di London.

"Untung kau,Ayla.." kata Nasya Eleena pula.

Hanees Hafeera dan Ayla Ayuni berpandangan.

"Apa yang untungnya?" soal Ayla Ayuni.

"Yelah.Kau satu universiti dengan Azrif.Kau tak excited ke?" kata Nasya Eleena.

"Biasa je.." balas Ayla Ayuni.

"Kau ni.Kalau aku dah melompat tau,dapat satu universiti dengan my husband.Wow,best tu.." kata Nasya Eleena lagi.

Di kafe itu,mereka bertiga terpandang ke arah Azrif Ayril dan seorang gadis.

"Rif,you pandang apa tu?" ujar gadis itu.

Azrif Ayril dan gadis itu menghampiri meja Ayla Ayuni.

"Siapa dorang ni?" soal gadis itu lagi.

"Ohh,kenalkan ni Nasya,ni pulak Hanees dan yang ni,my sister,Ayla.Korang,ni Indah.."

Membulat mata Ayla Ayuni tatkala mendengar Azrif Ayril memperkenalkan dirinya sebagai adik.

"You tak cakap pon you ada adik?" kata Indah.

"Adik tiri.." balas Azrif Ayril.

"Ohh,I see.You,jom makan.You kata nak belanja I makan hari ni.." kata Indah dengan nada manja.

Ayla Ayuni sudah panas hatinya.Dia bangun lalu beredar dari kafe itu.

Kedua sahabatnya itu mengejar Ayla Ayuni.

"Ayla,slow lah sikit jalan tu!" laung Hanees Hafeera.

Ayla Ayuni tidak mempedulikan kata-kata sahabatnya.

Serentak itu,dia terlanggar seseorang.

"Sorry,saya tak perasan.." ujarnya.

"Tak pe.."

Ayla Ayuni membantu mengutip barang gerangan yang dilanggarnya.

Dia memandang wajah gerangan itu.

"Saya gerak dulu.." ujar Ayla Ayuni.

"Kejap,cik.Err..saya Zhafran Amirul.Just call me,Zhaf.."

"Ayla Ayuni.."

"Ayla?Uniknya nama awak.Sedap.."

"Thanks.."

"Ehemm.."

Hanees Hafeera dan Nasya Eleena berdeham.

"Siapa ni?" soal Zhafran Amirul.

"Err..ni my friends,Nasya dengan Hanees.."

"Ohh.."

"Kitaorang gerak dulu lah.." ujar Ayla Ayuni.

"Okay.."

***

Hari sudah hampir larut malam.Ayla Ayuni masih di rumah sewa Nasya Eleena dan Hanees Hafeera.

"Amboi,Ayla?Kemain kau dengan Zhaf tadi kan?" kata Nasya Eleena.

"Apa kau?Kitaorang just berkenalan kan?"

"Kau tak nak balik ke,Ayla?Nanti Azrif cari lah.." ujar Hanees Hafeera pula.

"Biarlah dia.Aku ni 'adik tiri' dia je.Dia takkan risau pasal aku lah.Dia tahu aku ni pandai jaga diri.Lainlah kalau aku ni 'wife' dia.." kata Ayla Ayuni yang seakan merajuk.

"Kau marah ehh bila dia cakap kau tu cuma 'adik tiri' dia?" soal Nasya Eleena.

"Orang tak betul je yang tak marah!Huh.."

"Kau cintakan Azrif?"

Giliran Hanees Hafeera pula bertanya.

"Korang nampak macam aku cintakan dia ke?"

"Kitaorang boleh nampak lah.Kau memang boleh nafikan tapi mata kau tak penah nafikan hal tu.Ayla,kitaorang ni tak de lah pandai sangat bab-bab cinta ni,tapi Azrif suami kau.Hak kau.Kau boleh cakap yang korang hanya anggap hubungan korang ni sebagai adik dengan abang,tak pun sebagai kawan.Tapi kitaorang ni kenal kau,Ayla.Terus terang jelah perasaan kau.." nasihat Nasya Eleena.

Air mata Ayla Ayuni mula mengalir.

"Aku..aku takut.Korang sendiri dengar kan?Dia anggap aku adik dia.Bukan isteri dia!Korang nak aku terus terang macam mana?Dia mungkin cintakan Indah!Bukan aku!"

Hanees Hafeera memeluk bahu sahabatnya itu.

"Ayla,aku yakin Azrif cintakan kau.Mungkin dia tak berani nak terus terang sekarang.Aku yakin nanti dia akan terus terang jugak.." kata Hanees Hafeera pula.

Serentak itu,fon Ayla Ayuni berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Dia pantas mengambil fonnya.Ternyata Azrif Ayril.

"Kau dekat mana?Balik sekarang!" ujar Azrif Ayril.

Ayla Ayuni hanya diam.Kemudian,panggilan dimatikan.

"Siapa tu?Azrif?"

Soalan Nasya Eleena hanya dibalas dengan anggukan.

"Weh,aku balik dulu lah.Azrif dah bising tu.." kata Ayla Ayuni.

"Jom lah aku hantar.." kata Hanees Hafeera.

"Tak pe lah.Aku balik naik teksi je lah.."

"No,Ayla.Biar aku hantar.."

Hanees Hafeera segera mencapai kunci keretanya.

Sampai di depan rumah,Ayla Ayuni segera keluar.Dia masuk ke dalam rumah.

Azrif Ayril yang duduk di ruang tamu itu sudah berdiri.Dia menghampiri isterinya.

"Baru tahu nak balik ke?Belum sampai seminggu kau masuk universiti,dah buat perangai?"

Ayla Ayuni hanya diam.

"Dah bisu ke?Aku tanya ni!"

"Aku penat lah,Rif.Esok jelah kita borak.Selamat malam.."

Ayla Ayuni segera naik ke bilik.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now