part 11

22.8K 772 27
                                    

"Aku terima nikah Ayla Ayuni binti Aril dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.."

Dengan bersaksikan kaum keluarga,kawan rapat serta Puan Hajar,Ayla Ayuni sah menjadi milik Azrif Ayril.

Setelah selesai majlis,Ayla Ayuni yang masih lengkap berpakaian pengantin berdiri di tepi kolam renang.

"Ayla.." ujar Nasya Eleena.

"Nasya.."

Dia memeluk sahabatnya.

"Semua ni ada hikmahnya.."

"Betul ke apa yang aku buat ni?"

"Ayla,tak baik cakap macam tu.Azrif dengar nanti kecil pulak hati dia.." ujar maksu yang baru tiba.

Terkejut mereka berdua.

"Maksu..

"Ayla,maksu harap kamu terima Azrif.Keputusan Azrif menikahi kamu betul.Sebab tu maksu dengan paksu sokong bila dia nak kahwin dengan kamu.."

Flashback

Azrif Ayril berjumpa dengan maksu dan paksu.

"Ada apa kamu nak jumpa kami ni?" soal paksu.

"Paksu,kalau saya kahwin dengan Ayla,paksu dengan maksu okay?"

"Kamu nak kahwin dengan adik tiri kamu?Kamu biar betul?Soal kahwin ni jangan dibuat main,Azrif.." soal maksu terkejut.

"Saya serius,maksu.Saya dah fikir masak-masak.Lagipon papa Ayla dah pesan pada saya suruh jaga Ayla.."

"Paksu percayakan kamu,Azrif.Paksu harap kamu tak sia-siakan Ayla.Kami dah anggap kamu berdua ni macam anak kami.."

"Insya-Allah.."

End flashback

"Erm..Ayla,aku balik dulu lah.." kata Nasya Eleena.

"Okay.."

"Maksu pon balik dulu lah.Ingat pesan maksu ye.."

Ayla Ayuni menyalam maksu.

***

Malam itu,Ayla Ayuni masih bertudung seperti selalu.Dia menuju ke dapur.Dia memegang gelas lalu diisinya air.

"Aduh,nak makan apa ni?" ujarnya.

"Dalam rumah ni kita berdua je.Kenapa pakai tudung lagi?"

Serentak itu,terjatuh gelas yamg dipegang Ayla Ayuni.

"Ya Allah.." kata Ayla Ayuni.

Ayla Ayuni segera mengutip kaca yang berterabur.

"Tak pe,biar aku yang buat.." halang Azrif Ayril.

Dia mengutip serpihan kaca.

"Arhh.."

"Weh,kau okay?"

Ayla Ayuni segera memegang tangan suaminya.Ditiupnya jari yang luka itu.

Azrif Ayril terkejut dengan tindakan drastik isterinya.Namun dibiarkan sahaja.

Ayla Ayuni segera mengambil plaster.Di tampal pada jari suaminya itu.

"Kau nak makan pape ke?"

Azrif Ayril mengelengkan kepalanya.

"Kau nak minum?"

"Tak pe.Tak payah susah-susah.."

Ayla Ayuni hanya mengangguk.

"Ayla.."

"Ye?"

"Thanks.."

"Hah?"

"Sebab terima aku.."

"You too.Maksu ada cerita kat aku tadi.."

"Ohh.Erm..jom lah masuk tidur.."

"Jom.."

Mereka tiba ditingkat atas.

"Ayla.." panggil Azrif Ayril tiba-tiba.

"Hurm.."

"Tidur dengan aku.."

"Hah?Err..tak pe.Aku tidur bilik aku je.Lagipon aku tak selesa lah.."

"Okay.Aku faham.."

Mereka masuk ke dalam bilik masing-masing.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now