part 31

16.7K 494 72
                                    

"Ryana!" kata Syazwina.

"Kau ni apa masalah hah?Tak de angin tak de ribut tiba-tiba je panggil aku.." balas Ryana.

Kebetulan Ayla Ayuni dan gengnya turut berada di kantin.

Semua pelajar yang ada di situ juga hanya memerhati.

"Kenapa kau menggatal dengan Azrif waktu kat kem hari tu?Pura-pura takut pacat konon.Pastu kau sengaja kan hilangkan diri supaya Azrif cari kau kan?Kau memang sengaja kan?"

"Kau jeles lah tu sebab Azrif tak ambil berat pasal kau.."

Ryana ketawa kemudian dia menghadiahkan senyuman kepada Ayla Ayuni.

"Kau tu gedik!Tak sedar diri!" kata Syazwina lagi.

"Sekurang-kurangnya hari-hari aku jumpa dia.Beruntung kan,aku?"

"Kau ni memang sengaja kan?"

Syazwina menampar dan menolak Ryana.Terjatuh Ryana dibuatnya.

Ayla Ayuni dan gengnya cuba membantu meleraikan mereka.

"Kau tak payah nak sibuk,Ayla!Dasar pompuan murah!Dengan Sir Faiq pon boleh sangkut kan?Nampak je baik tapi perangai.Hurm..not bad.." perli Syazwina.

"Suka hati kau lah nak cakap apa pon.." balas Ayla Ayuni.

"Ni kenapa kecoh-kecoh ni?" ujar Azrif Ayril.

"Ayla gaduh dengan Ryana.." balas Syazwina.

Ayla Ayuni terkejut.

"Rif,bukan aku.."

"Kau nak cakap apa,kau cakap kat bilik disiplin.Jadi pape kat Ryana,siap kau!"

Bilik disiplin

"Ni kenapa boleh jadi macam ni,Ayla?Azrif?" kata Puan Idah.

Dhia juga turut berada di situ.

"Cikgu,saya yakin Ayla tak buat pape kat Ryana.Buat apa dia nak cari pasal dengan Ryana?" kata Dhia.

Dia kenal Ayla Ayuni.Peribadi gadis itu pun dia tahu.Walaupun mereka bukan sebaya,dia yakin Ayla Ayuni tidak akan turut  bergaduh jika orang lain mulakan dulu.

"Saya cuba percaya,tapi Ayla,Ryana tu anak PK HEM.Saya takut kamu yang disalahkan.."

"Cikgu,semua yang dekat kantin tu boleh jadi saksi.Wina yang buat semua ni dekat Ryana.Bukan saya.." kata Ayla Ayuni.

"Maafkan saya,Ayla.Kamu digantung dari jawatan biro disiplin.."

"Cikgu!"

"Ayla,kamu boleh keluar.Saya minta maaf.." kata Puan Idah.

Ayla Ayuni merengus geram.Dia berlalu keluar dari bilik disiplin.

"Dia ingat dia anak PK HEM dia boleh buat apa je?Huh.."

Tanpa sedar,dia terlanggar seseorang.

"Sorry.."

"Tak pe.."

Ayla Ayuni memandang gerangan yang dilanggarnya.

"Sir Faiq?"

"Kamu ni kenapa,Ayla?Jalan tu elok-elok.." kata Sir Faiq.

"Sorry,sir.Saya tak perasan.."

Azrif Ayril dan Dhia yang baru keluar dari bilik disiplin memerhati mereka.

"Err,Rif.."

"Apa?"

Dingin sahaja Azrif Ayril membalas.

"Kau percaya ke Ayla yang buat?"

"Tah lah.."

"Kesian dia.Tak pasal-pasal dia kena gantung.."

"Memang padan lah dengan muka dia!Tahu menggatal je!Nak menggatal berhenti je sekolah!"

Azrif Ayril masuk ke dalam kelas.

***

Azrif Ayril menuju ke bilik kesihatan.Dilihatnya Ryana sedang baring di atas katil.

Dia juga melihat ada kesan merah di pipi Ryana.

'Kenapa kau buat semua ni,Ayla?' getusnya.

Ryana membuka matanya.Dia tersenyum melihat pujaan hatinya berada di depan matanya.

"Rif.Thanks sebab jenguk aku.."

"Tak de apa lah.Erm..betul ke Ayla buat semua ni?" soal Azrif Ayril.

"Aku tahu kau tak percaya kan?Rif,dia tu memang jeles dengan aku.."

"Erm..tak pe lah.Aku minta maaf bagi pihak Ayla.."

"Kau ni.Ayla yang buat salah kat aku.Bukan kau.."

"Aku keluar dulu lah.."

Setelah mendapati Azrif Ayril keluar dari bilik kesihatan itu,Syazwina masuk.

"Kau patutnya berterima kasih dekat aku.." katanya.

"Thanks.."

"Aku memang tak suka kau tapi aku lagi tak suka budak tu.."

"Pape je lah.."

"Aku tak nak kau menggatal lagi dengan Azrif!"

"Kau siapa nak warning aku?Kau tu hah yang tak layak untuk Azrif!"

"Kau ni memang tak sedar diri kan?Kau ingat kau anak ternama kat sekolah ni,aku takut lah dengan kau?Memang tak lah!"

"Dah lah kau berambus dari sini!Aku tak suka tengok muka kau!"

Syazwina menghempas pintu bilik kesihatan itu.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now