"Papa betul ke nak kahwin dengan Aunty Rina?" soal Ayla Ayuni pada malam itu disaat mereka berdua duduk di sofa ruang tamu selepas selesai makan malam.
"Betul lah.Kenapa?"
Encik Aril memandang pelik ke arah anak gadisnya.
"Erm..semalam cikgu Hajar ucap tahniah kat papa.Malu Ayla tau tak?Satu kelas tahu yang papa nak kahwin.."
"Ohh.."
"Papa ni.."
Geram Ayla Ayuni apabila papanya hanya memberikan reaksi sebegitu.
"Apa?" kata Encik Aril pura-pura tidak mengerti.
Sengaja ingin mengusik anak daranya itu.
"Papa tahukan yang Ayla tak okay dengan Azrif?"
"Papa tahu.Papa harap kamu boleh anggap Azrif tu abang kamu.."
"Abang?Tolong lah.."
"Dia kan tua setahun dari kamu.Tak salah kan?"
"Suka hati papa lah.Err..bila papa nak langsungkan?" ujar Ayla Ayuni inginkan kepastian.
"Kalau tak de pape,sebulan dari sekarang.."
"Ohh.Err..Ayla masuk tidur dulu lah.."
"Okay,sayang.."
Ayla Ayuni mula bangun dari sofa itu dan melangkah ke anak tangga.
***
"Rif tak marah kan dengan keputusan mama?" soal Puan Rina dengan sedikit kedengaran nada kerisauan dengan penerimaan anak terunanya tentang dirinya dengan Encik Aril.
"Asalkan mama happy,Rif pun happy.." balas Azrif Ayril selamba.
Sejujurnya dia tidak kisah dengan rancangan mamanya dengan Encik Aril yang bakal berkahwin.
Baginya,jika mamanya gembira,dia juga turut merasakan perasaan yang sama.
"Thanks,Rif.."
"Ma,lepas mama kahwin dengan Uncle Aril kita duduk mana?" soal Azrif Ayril ingin tahu.
"Mestilah duduk rumah Uncle Aril.."
"Tak pe lah kalau macam tu.Rif duduk sini je lah.Malas lah satu rumah dengan minah tu.Karang tak pasal-pasal roboh rumah tu.."
Puan Rina tersengih.
"Minah tu namanya Ayla,sayang.Tak baik tau panggil orang macam tu.Ayla dengar nanti kecik pulak hati dia.."
"Mama ni belum jadi mama dia dah back up dia.Nanti dah jadi mama dia,Rif ni pun mama tak peduli kan.." ujar Azrif Ayril tidak puas hati.
Nampak gayanya gadis itu akan menjadi pesaingnya.Mana boleh gadis itu manja dengan mamanya.
"Rif ni merajuk pulak dia.Tak hensem lah lelaki merajuk.."
"Mama ni.."
"Apa?Betul lah kan apa yang mama cakap?"
Azrif Ayril membuat muka.
"Ma,Rif naik dulu lah.Mengantuk.."
"Ye lah.Selamat malam.Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam.."
Azrif Ayril beredar naik ke biliknya.Puan Rina memerhati anak terunanya itu.
Tangannya sibuk membelek fon.Dia mencari nombor bakal 'adik tirinya'.
You
Hoi😆Minah senget😅
Apa hoi-hoi hah?Aku ada nama okay.Tak reti tegur lek lok ke?You
Ops!Sorry😜Minah senget😅
Kau nak apa wasap aku malam-malam ni?Orang nak tidur lah😌You
Saja.Btw good night adik😂Minah senget 😅
Jangan panggil aku adik lah!Geli telinga aku!You
Kalau geli tu pergi lah korekMinah senget😅
Eee
Dah lah!You
Abang tido dulu ye
Sweet deeam
Bye😉Bluetick ditinggalkan.Azrif Ayril membaringkan tubuhnya di atas katil.
You
AylaMinah senget😅
Ishh
Apa lagi kau nak?
Kacau lah😮You
Aku bosanMinah senget😅
Bosan pergi lah mesej awek
Bukan mesej aku!
Orang nak tidur pun kacau!😞You
Sorry
Hah pergi lah tidur😴
Bye minah senget😃Ayla Ayuni mencampakkan fonnya ke sebelah.
"Kau gelar aku minah senget?Kau lah yang senget!Grrhh.."
Selimut ditarik ke paras dada.Baru beberapa minit, dia terlena.
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Teen Fiction#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...