part 27

16.8K 568 21
                                    

Pada sebelah malam pula,aktiviti nightwalk diadakan.

"Okay.Seperti yang sedia maklum,malam ni kita ada nightwalk.Jadi saya minta kamu semua jaga kelakuan.." ucap Encik Hamidi.

"Jalan dalam kumpulan.Jangan berpecah.." sambungnya lagi.

Kumpulan 6 berjalan bersama-sama.Setelah hampir setengah jam berada di dalam hutan,Ryana tiba-tiba menjerit.

Azrif Ayril segera mendapatkan Ryana.

"Kau kenapa ni?Okay tak?"

"Aku..aku okay.Cuma ada pacat kat seluar aku.Aku takut.." ujar Ryana yang sudah berpeluh.

Ayla Ayuni hanya memerhati.

'Ee..pompuan ni saja je.Macam lah pacat tu boleh makan kau!Eh,kau ni dah kenapa Ayla?Jeles?' getus hatinya.

"Dah.Aku dah buang pacat tu.Jangan takut.Aku akan ada untuk kau.."

Ayla Ayuni bagaikan terasa dengan kata-kata suaminya.

Mereka kembali berjalan.Setelah itu,mereka sampai ke destinasi.

"Kira ahli group kamu.Group yang tak cukup bilangan ahlinya sila maklumkan pada saya.." ujar Puan Hajar.

Azrif Ayril mengira ahli kumpulannya.

"Cikgu,Ryana tak de.." ujarnya cemas.

"Hah?Ke mana pulak budak tu pergi?"

"Ada sesiapa nampak Ryana?" ujar Encik Hamidi.

Semua murid menggelengkan kepalanya.

"Tak pe lah.Kamu semua tunggu kat sini.Biar saya dan cikgu Hajar yang pergi cari Ryana.."

"Saya nak ikut cikgu.."kata Azrif Ayril.

"Baiklah.Jom.."

Semua pelajar sudah kepenatan.

"Aku tengok Azrif tu risau betul dengan Ryana.." ujar Hanees Hafeera.

"Biarlah dia.." kata Ayla Ayuni.

Setelah hampir setengah jam,kelihatan Azrif Ayril mencempung Ryana yang separuh sedar.Ayla Ayuni memandang suaminya.

Begitu juga pelajar lain.Masing-masing mula berbisik-bisik.

"Okay,baiklah.Kamu semua boleh masuk dalam khemah.Ayla dengan Nasya tolong bawak Ryana ke khemah ye.." ujar Puan Hajar.

Mereka berdua menuju ke arah Ryana.Ayla Ayuni langsung tidak memandang wajah suaminya.Mereka berlalu ke dalam khemah.

                         ***

Hari ketiga kem

Tepat jam 2.45 pagi,Ayla Ayuni tersedar dari lenanya.

Dia membelek fonnya.

Azrif Ayril
Aq minta maaf..
Aq tau aq slh..
Maafkanlah aq..
Aq just kesiankan Ryana je.Nmpk dia letih sgt..
Sorry..
Ayla..
Please..
Aq mn tau ko akan mrh aq mcm ni..

Ayla Ayuni hanya membaca mesej yang dihantar suaminya pada malam tadi.

'Huh.Aku tak kisah lah.Yang dia beria minta maaf macam ni kenapa?' getus hatinya.

Tiba disaat itu,fonnya berbunyi lagi.

Azrif Ayril
Dh bgn?Awalnya bgn?

Ayla Ayuni masih begitu.Dia membaca sahaja mesej itu.Dia segera memakai tudung.

Tiba disaat itu,Nasya Eleena pula tersedar.

"Ayla?Awalnya kau bangun?"

"Aku tersedar awal tadi.Erm..aku masuk toilet dulu lah.."

"Jom lah sekali.Nanti ramai pulak yang bangun,tak sempat kita nak mandi.." ujar Nasya Eleena.

"Okay.."

Mereka berdua keluar dari khemah.Sempat mereka mengejut Aryna,Syazwina dan Ryana.

Aryna sudah sedar namun dua orang itu sahaja yang belum bangun.Liat betul.

"Weh,awalnya korang bangun?" tegur Putri Amyra tatkala terlihat dua sahabatnya itu.

"Korang pon sama je.." kata Ayla Ayuni.

"Aku bangun sebab minah ni hah yang kejut aku.Baru ingat nak tidur lama sikit.Tup-tup ada pulak yang kacau.." kata Hanees Hafeera.

"Eh,kau ingat ni rumah kau ke nak tidur lama-lama?Kau patutnya bersyukur tau aku dah tolong kejut.Ni tak..huh.." kata Putri Amyra.

"Dah lah.Tak payah gaduh.." ujar Nasya Eleena pula.

Setelah bersiap,mereka berkumpul di dewan untuk solat qiamulail.

"Ayla.."

Ayla Ayuni berpaling.

"Eh,cikgu Hajar.Ada apa,cikgu?"

"Saya tak nampak pon Wina dengan Ryana.Mana dorang?"

"Err..tadi saya dah kejutkan dorang.Tertidur balik kot.."

"Tak pe lah kalau macam tu.Kamu masuk dalam biar saya yang kejutkan dorang.Haih budak berdua ni.."

Ayla Ayuni mengangguk.

Tepat jam 8 pagi,semua berkumpul di ruang makan.

"Ayla.."

Ayla Ayuni memandang ke arah Ryana.

"Kesian kau kan?Mesti kau jeles tengok aku dengan Azrif semalam kan?"

"Apa kau nak cakap sebenarnya ni?Aku tak de masa nak dengar kau mengarut.."

"Jangan lah marah sangat.Aku tau kau jeles.."

"Tak de masa lah aku nak jeles dengan kau ni.."

"Okay,semua murid boleh kemas barang-barang kamu.Pastikan tiada satu pon yang tertinggal.." kata Encik Hamidi.

Setelah selesai berkemas,mereka masuk ke dalam bas dan bertolak pulang.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now