Nasya Eleena meronda seorang diri di blok akademik.Tiba disaat itu,dia bertembung dengan Raziq dan Darwish.
"Hai adik manis.." ujar Raziq.
"Apa korang nak?Korang pergi beratur sekarang.." ujarnya tegas.
"Ala,bosan lah.Jom teman abang.." kata Darwish main-main.
"Korang buat apa ni?" ujar Ayla Ayuni.
"Datang dah si cantik sorang lagi ni.." kata Raziq pula.
"Pergi beratur.Rehat dah habis.."
"Kitaorang nak berhimpun dengan korang.."
"Tak kelakar lah.."
"Ada kami gelak?"
Ayla Ayuni menjeling mereka.
"Kau lah adik tiri Azrif kan?"
"So?"
"Wow,abang dengan adik sama walaupon tiri.." ujar Darwish.
"Kau tak takut ke tinggal serumah dengan Azrif?Dia tu lelaki tau.Lelaki banyak nafsu.."
"Dia lagi baik dari korang!"
"Ohh,back up?"
Darwish memegang tangan Ayla Ayuni.
"Lepaslah!"
Darwish menolak Ayla Ayuni sampai terkena bucu meja.
"Aduh.."
Dahi Ayla Ayuni berdarah.Dia pening seketika.
"Ayla,kau okay?" soal Nasya Eleena.
"Aku okay.." ujarnya lemah.
Raziq dan Darwish keluar dari kelas itu.
Ayla Ayuni dan Nasya Eleena berjalan keluar dari kelas.
Azrif Ayril menuju ke arah mereka.
"Kenapa ni?"
Ayla Ayuni mula terasa berat kepalanya.Dia rebah.
"Ayla!"
Azrif Ayril menyambut Ayla Ayuni.
Tiba di bilik kesihatan,Ayla Ayuni diletakkan diatas katil.
Setelah selesai dirawat,Ayla Ayuni mula sedar.
Dia terkejut melihat Azrif Ayril yang menemaninya.
"Kau buat apa kat sini?"
"Aku buat apa?Aku jaga kau lah.Kau boleh tak jangan buat aku risau?Kenapa kau ni berani sangat,hah?" kata Azrif Ayril tegas.
Ayla Ayuni menelan air liurnya.
"Aku tak suruh kau risau pasal aku pon.Yang kau nak risau sangat,kenapa?Aku boleh jaga diri aku.." kata Ayla Ayuni dengan berlagak.
"Hah,jaga lah sangat!Disebabkan kau pandai sangat jaga diri kau tu,dahi kau tu jadi mangsa!"
"Dahi aku bukannya dahi kau!Dah lah,pergi masuk kelas.Tak payah sibuk hal aku!" halau Ayla Ayuni.
"Kau ni memang tak reti bersyukur,kan?Kau tu isteri aku.Apa-apa jadi kat kau,aku kena bertanggungjawab!Cuba lah kau buang sikit ego kau tu.."
"Aku tak perlukan simpati dari kau!Kau boleh keluar dari sini!"
"Ayla!Kenapa kamu cakap macam tu kat Azrif?" tegur Puan Hajar yang baru muncul.
Terdiam Ayla Ayuni.
"Kamu sedar tak Azrif ni suami kamu?Cikgu yang suruh dia jaga kamu.."
Mujurlah perkahwinan mereka hanya Puan Hajar yang tahu di sekolah itu.Jika tidak,mahu heboh sekolah itu.
"Terima kasih jelah,cikgu.Saya tahu jaga diri saya.."
"Kamu dah makan belum?"
Ayla Ayuni menggelengkan kepalanya.
"Kau tak makan lagi?" soal Azrif Ayril.
"Aku tak lapar.Lagipon aku memang tak makan sangat waktu rehat.."
"Kau ni,Ayla.."
Azrif Ayril mengeluh.
"Rif,kamu masuk lah dalam kelas.Biar cikgu yang jaga Ayla.." kata Puan Hajar.
"Baik,cikgu.."
YOU ARE READING
Suamiku Abang Tiriku
Fiksi Remaja#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't w...