part 24

17.9K 602 11
                                    

"Diminta peserta kem yang dah bagi borang pada saya,sila tunggu sebentar.." ujar Puan Hajar membuat pengumuman.

Semua peserta kem tunggu di tapak perhimpunan itu.

"Okay,baiklah.Seperti yang sedia maklum,hari Jumaat ni kita akan adakan perkhemahan.Ni senarai barang yang dikehendaki bawa semasa berada di sana.."

Setiap murid mengambil senarai itu.

Setelah beberapa minit,taklimat tentang perkhemahan bersurai.

Nasya Eleena sempat memandang ke arah pelajar lelaki.Disaat itu,dia terlihat Izhan.

Izhan tersenyum sinis ke arahnya.Nasya Eleena cuba mengawal dirinya.

Dia bergerak menuju ke kelasnya.Ayla Ayuni dan dua lagi sahabatnya memandang Nasya Eleena.

"Hoi,budak!"

Mereka berempat berpaling.Langkah mereka terhenti.Ternyata Ryana.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau.."

"Kau ni tak tahu malu ke?Nak ajak borak janganlah depan tangga.Orang nak naik tangga pon susah.." balas Ayla Ayuni.

"Biarlah.Biar semua orang tahu kau ni pompuan jenis macam mana.."

"Apa masalah kau hah?Ayla tak kacau kau pon kan?Yang kau sibuk nak cari pasal dengan Ayla kenapa?" ujar Putri Amyra.

"Ohh,ada back up?Kau,Myra tak payah nak sibuk boleh tak?"

"Apa salah Ayla pada kau?" soal Nasya Eleena pula.

"Kau pulak?Erm..rasanya cerita pasal kau hampir kena rogol dengan Izhan tu tak heboh kan?Nak aku hebohkan ke?Dasar pompuan murahan!"

Nasya Eleena tersentak.Dia terdiam.Beberapa pelajar yang berada di situ memandangnya.

"Kau jangan nak buat hal dengan kawan-kawan aku.Kau tak tahu malu ke terhengeh-hengeh dekat Azrif hah?Sayangkan.Muka cantik,pandai pulak tu tapi kesian.Tak pandai jaga maruah.."

"Kau.."

Kata-kata Ryana terbantut apabila Puan Hajar memintas.

"Apa yang kecoh-kecoh ni?" tegur Puan Hajar.

Mereka berlima terkejut.

"Dah,pergi masuk kelas masing-masing.Ryana,kamu buat apa kat tangga?Kelas kamu aras bawah sekali kan?Kenapa ada kat sini?Tak reti masuk kelas dah ke?"

"Saya nak pergi tandas lah,cikgu.." ujar Ryana.

"Pas kebenaran mana?"

"Err,cikgu Idah tak masuk lagi.Err..saya pergi dulu.."

Ryana beredar dari situ.

"Tahu takut.." kata Putri Amyra.

"Kamu berempat ni tak reti masuk kelas ke?"

"Err..nak masuk lah ni.." balas Hanees Hafeera pula.

Mereka berlalu memanjat tangga.Puan Hajar mengekori dari belakang.

***

Petang itu,mereka berdua menuju ke mall.

"Ayla.."

"Hurm.."

"Kau tak lapar ke?"

"Tak.."

"Teman aku pergi makan.."

Ayla Ayuni mengikuti langkah suaminya.

Setelah itu,mereka menuju ke restoran.Beberapa minit kemudian,makanan yang dipesan sampai.

Ayla Ayuni menghirup fresh orangenya.

"Ryana cari pasal dengan kau lagi?"

"Kau boleh tak pesan kat makwe kau tu tolong jangan ganggu aku dengan kawan-kawan aku.Aku tak suka.."

"Dia bukan makwe aku lah.."

"Kau kan jenis hot.Takkan Ryana tu kau tak suka?Dia cantik apa.."

"Dia bukan taste aku.."

"Ohh,taste kau macam mana?"

Belum sempat Azrif Ayril membalas,seseorang memintas.

"Eh,tak sangka terserempak pulak kat sini.." ujar Syazwina yang tiba-tiba sesat dari mana.

Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah Azrif Ayril.

"Boleh aku join korang?"

"Kau dah duduk pon.Memang kau jenis tak tahu malu ke macam mana?Dah duduk baru nak minta izin?" kata Ayla Ayuni.

"Azrif!Kau cili sikit mulut budak ni!Eh,budak!Kau ni memang tak reti nak respect orang ke hah?"

"Sebelum aku nak respect kau,kau yang kena respect aku.."

"What?Seriously?Kau junior kot,takkan aku pulak?"

Syazwina memandang Ayla Ayuni tidak puas hati.

"Dah lah,Wina!Tolong jangan ganggu kitaorang.." kata Azrif Ayril.

"Rif!Kau dah kena bomoh ke dengan budak ni?Kau sedar tak dia ni junior kita?"

"Salah ke aku kahwin dengan budak junior?Ada akta atau fatwa ke senior dengan junior tak boleh kahwin?Hah?"

'Ambil kau!Padan muka!' getus Ayla Ayuni.

"Korang ni memang dah kemaruk sangat kan?Huh.."

"Terpulang lah kau nak kata apa.Janji kitaorang dah halal.."

"Rif,kau tak nampak ke yang aku ni suka kau?Dari kita form 2 lagi aku suka kau.Tapi kau tak pernah pandang aku.Kenapa?"

"Kau ni memang terdesak ke nak lelaki?Huh.Kesiannya.." ujar Ayla Ayuni sinis.

"Rif!Tengok budak ni!"

"Sayang,jom kita balik.." kata Azrif Ayril sambil menarik tangan isterinya.

Syazwina memandang geram ke arah mereka.

Suamiku Abang TirikuWhere stories live. Discover now