BAB 4

7.7K 441 3
                                    

Fire Boys sedang menyiapkan homework mereka di study room yang memang tersedia di rumah mereka.

"Guys. Betul ke apa yang kita buat ni?" soal Ikmal tiba-tiba. Fire Boys memandang ke arahnya pelik. "Apa yang betul?" soal Haffiy. "Apa yang tak betul?" sambung Aiman pula. "Ishh..betul ke keputusan kita pindah SH ni sebab nak settle kan masalah kat situ" Ikmal menerangkan soalannya tadi.

"Ohh..yang tu. Betul lah. Tak kan sebab kau nak cari awek pulak" jawab Adam spontan. Ikmal memandang Adam geram apabila mendengar jawapan Adam. "Berbaloi ke kita buat semua ni?. Bukannya dapat apa-apa pun" tanya Ikmal lagi. "Berbaloi lah.. Kita tolong orang kan dapat pahala" jawab Rizz sambil membuat homework nya.

"Deep" jawab Ikmal sepatah dan menyambung membuat homework nya.

"Kita buat semua ni sebab kawan kita juga kan?" sambung Rizz perlahan. Fire Boys mengangguk mengiyakan kata-kata Rizz.

_____________________

Ice Girls duduk di ruang tamu rumah mereka dan melakukan aktiviti masing-masing. Maira sedang bermain telefon. Nazira dan Izzati layan drama korea dekat televisyen. Irin layan anime dekat laptop. Aqila pulak tengah baca novel. Nazira dan Izzati baring atas karper. Irin baring di atas sofa yang paling panjang. Maira duduk di double sofa dan Aqila pulak duduk di single sofa.

"Wahh..." jerit Nazira dan Izzati tiba-tiba. "Korang ni dah kenapa?" marah Maira. Sawan ke apa tiba-tiba menjerit. "No!!.." Irin pula menjerit tiba-tiba. "Ni lagi sorang!" marah Maira lagi tapi kali ini pada Irin. "Sorry.. sorry.." mereka bertiga meminta maaf pada Maira. Maira menjeling mereka dan menyambung bermain telefonnya.

"Guys..." panggil Aqila tidak lama selepas itu sambil menutup novelnya. Namun tiada seorang pun yang mendengar panggilannya. "Attention!!" jerit Aqila geram. "Hah?? Kenapa...kenapa?" kata Irin lalu bangun dari pembaringan nya dan melihat ke kiri dan ke kanan. Ice Girls yang lain memandang Aqila penuh tanda tanya. "Ishh.. Aku nak cakap ni, weekend ni aku rasa macam nak balik rumah mummy dengan daddy aku lah. Memandangkan diorang tengah ada dekat Malaysia ni" kata Aqila selepas semua memberi perhatian kepadanya.

"Aku pun ingat nak balik rumah papa dengan mama aku" kata Nazira pula sambil berdiri dan duduk di sebelah Irin. "Kalau macam tu semua balik rumah parents masing-masing lah senang. Kita kan dah lama tak jumpa diorang?" kata Izzati pula sambil duduk bersila di bawah. Ice Girls mengangguk setuju dengan kata-kata Izzati.

"Esoknya tu kita keluar nak tak? Pergi shopping" cadang Maira teruja. "On.." jawab Aqila. "Okey" jawab Izzati dan Nazira serentak. Irin menganggukkan kepalanya laju tanda mahu.

"Dah lah wei.. Aku ngantuk dah ni, nak tidur. Bye.." kata Izzati sambil berdiri lalu berjalan ke tangga untuk naik ke biliknya. "Aku pun" kata Nazira pula.

Ice Girls bangun dan menaiki tangga untuk ke bilik masing-masing. Sebelum itu Maira memastikan pintu dan tingkap semua sudah berkunci Aqila mematikan lampu di ruang tamu.

_______________________

Hari ini Ice Girls pergi ke sekolah dengan menaiki sebuah kereta sahaja. Dan yang menjadi mangsa untuk menjadi driver mereka ialah Maira. Huh..sedih ada kawan macam Ice Girls ni.

Ice Girls masuk ke dalam kelas mereka dan tiada sesiapa di dalam kelas sebab masih awal lagi. Memang diorang saja datang awal sikit. Ice Girls duduk di tempat mereka masing-masing.

"Wei..seseorang teman aku pergi tandas please.." kata Nazira sambil berdiri dan merapatkan kakinya. "Jom..aku pun nak pergi tandas juga" jawab Maira kemudian berdiri dan mereka berjalan keluar dari kelas dan masuk ke dalam tandas. Bukan jauh pun, tandas perempuan depan kelas je. Tandas lelaki yang dekat tingkat bawah.

Highschool Love [C]Where stories live. Discover now