BAB 28

4.8K 350 18
                                    

IKMAL DAN NAZIRA POV

"Kau nak bawak aku pergi mana ni? Kau jangan macam-macam" kata Nazira cuak. Sudah lama mereka berjalan, tapi dia masih tidak tahu hala tuju mereka. Ikmal tersenyum kemudian menjawab. "Aku pun tak tau nak pergi mana" jawab Ikmal jujur. Nazira memandang Ikmal geram.

"Lain kali cakap lah dengan aku awal-awal" kata Nazira bengang. "Kita tengok wayang nak?" soal Ikmal setelah habis dimarahi Nazira. "Cerita apa?" soal Nazira teruja. "Adalah. Jom ikut aku" jawab Ikmal dan berjalan menuju ke kawasan panggung. Nazira mengejar Ikmal yang laju di hadapannya.

"Seat tinggal yang couple punya je lah. Ngam untuk kita berdua. Jom masuk cepat. Cerita dah nak start dah tu" kata Ikmal pada Nazira sebaik sahaja selesai membeli tiket. "Cerita apa?" soal Nazira lagi. "Ikut je lah. Nanti kau tau jugak" jawab Ikmal perlahan dan berjalan meninggalkan Nazira tertanya-tanya. Sekali lagi Nazira mengejar Ikmal semula.

"Kenapa kau tengok cerita seram?" kata Nazira takut. Setiap masa Nazira menjerit ketakutan. "Astaghfirullahalazim. Ya Allah!" kata Ikmal akibat terkejut dengan adegan yang agak seram. Boleh kata sepanjang masa Ikmal berselawat dan berzikir. "Arghh" jerit Nazira lalu memegang erat lengan Ikmal. "Astaghfirullahalazim!" jerit Ikmal kuat akibat terkejut dengan pegangan Nazira.

Ikmal memandang ke sebelahnya dengan perasaan takut menyelubungi diri. "Alhamdulillah..." kata Ikmal lega apabila dia tahu yang memegangnya ialah Nazira. Lama dia membiarkan. "Eh, Astaghfirullahalazim! Haram woi!" kata Ikmal setelah kembali tersedar. "Arghh!" jerit Nazira lagi dan menguatkan pegangannya. "Arghh! Aku benci cerita seram!" jerit Ikmal geram.

AQILA POV

"Dah lama aku tak dating dengan novel-novel aku" kata Aqila sendirian sambil membelek-belek novel di kedai tersebut. "Aku tak kira, hari ni aku nak jugak beli banyak-banyak novel. Biar lah Maira atau Izzati nak marah sekalipun, aku dah tak kesah dah. Aku tak sanggup nak berpisah dengan novel aku lagi" bebel Aqila sendiri. Tanpa dia sedari, dari jauh ada yang memerhatikannya dalam diam.

Satu per satu novel dibeleknya. Dan semua yang dia belek, semua dia ambil. Hampir penuh tangannya dengan novel sahaja. Tiba-tiba ada satu tangan yang mengambil novel itu dari pegangannya. Aqila memandang pemilik tangan itu pelik. "Is? Kau buat apa ni? Kenapa kau ambil buku aku?" soal Aqila pelik.

"Biarlah. Aku nak tolong kau je. Aku rasa bersalah dengan kau. So, ni salah satu cara aku nak tebus balik kesalahan aku" jawab Iskandar lembut. Cukup untuk melembutkan hati Aqila. "Oh, ye ke? Aku dah tak marah kau lagi lah. Setiap manusia buat kesilapan kan? Siapa aku nak menghukum kau?" balas Aqila jujur. "Jadi, kau tak marah aku?" soal Iskandar tidak percaya. Aqila menggeleng laju sambil tersenyum.

"Tadi kau nak tolong aku kan? Haa nah ambil lagi ni" kata Aqila sambil meletakkan lagi novel di dalam pegangan Iskandar. Iskandar hanya tertawa kecil dan kemudiannya membuat Aqila juga tertawa. Masih lagi ada yang memerhati.

RIZZ POV

"Daripada aku berjalan tanpa tujuan ni kan, baik aku pergi stalk 'dia' kan?" soal Rizz sendiri. Langkah diatur pergi ke suatu tempat. Dari jauh dia melihat 'dia' yang diperkatakannya tadi. Sedang leka melihat sambil tersenyum-senyum, tiba-tiba datang seseorang ke arah 'dia'. Sakit juga hatinya melihat kemesraan mereka.

"Tak boleh jadi ni. Tak kan aku nak diam je" kata Rizz geram. Rizz memandang lama dan kemudiannya berjalan dengan tenang ke arah mereka.

Action!!

"Hai bro!" Rizz menegur Iskandar tenang. "Hai?" kata Iskandar pelik. "Oh, sorry sayang, dah lama you tunggu I?" soal Rizz kepada Aqila. Aqila memandang Rizz pelik. "Sayang?" Rizz melambaikan tangannya di hadapan muka Aqila. "Tak kan lah tergoda tengok muka I sampai tak nak lepas pandang macam ni?" soal Rizz sambil tertawa kecil. Iskandar memandang mereka pelik.

Rizz menyiku sedikit lengan Aqila. Aqila sedar akan apa yang sedang Rizz lakukan dan hanya mengikut rentaknya. "Ye. Dah lama saya tunggu awak. Awak pergi mana lama sangat?" jawab Aqila manja. "Saya pergi tandas tadi. Lepas tu boleh pulak semua tandas tersumbat, satu je yang elok. Tu lambat sikit tu" jawab Rizz selamba sambil menepuk bahu Iskandar.

"Eh, sayang ni semua buku you ke?" soal Rizz lagi sambil melihat buku di pegangan Iskandar. "Ye. Tolong angkat kan please?" jawab Aqila dengan muka yang dibuat secomel mungkin memandang Rizz. "Untuk sayang semua boleh" jawab Rizz sebelum mengambil buku dari Iskandar. "You dah boleh pergi rasanya" kata Rizz selamba pada Iskandar.

"Tapi..." kata-kata Iskandar dipotong Rizz.

"Sayang, you dah habis shopping ke belum? Kalau dah, I nak pergi bayar" soal Rizz lagi pada Aqila. "Dah" jawab Aqila ringkas sambil tersenyum. "Jom teman I. Nanti akak dekat kaunter tu goda I, you yang jealous " kata Rizz sebelum berjalan ke kaunter dan diikuti Aqila. Mereka berlalu dengan tawa di bibir. Iskandar ditinggalkan begitu sahaja oleh mereka.

BERSAMBUNG...

Highschool Love [C]Where stories live. Discover now