Ice Girls pulang ke rumah mereka dengan muka yang masam mencuka. izzati perasan akan perubahan itu selepas mereka habis rehat tadi. Mana tak perasannya kalau setiap hari bising je mulut diorang, tapi hari ni senyap semacam je.
"Girls, malam ni pukul 8 aku nak kita berkumpul dekat ruang tamu" kata Izzati memecah kesunyian. Ice Girls hanya mengangguk. "And, petang ni aku nak keluar ye" sambung Izzati lagi. "Kau nak pergi mana?" soal Nazira hairan. "Adalah" jawab Izzati ringkas dan berlalu pergi ke biliknya. Diikuti dengan yang lain.
_______________________________
"Assalamualaikum" salam diberi oleh Aiman pada Izzati. "Wa'laikumsalam. Eh, Aiman duduk lah" kata Izzati sebaik sahaja melihat siapa yang memberi salam. Aiman duduk di kerusi yang kosong di hadapan Izzati. "Haa, cerita lah" kata Izzati terus. "Kalau ya pun bagi lah saya order air dulu" balas Aiman lembut lalu berdiri semula untuk memesan air. Setelah beberapa minit Aiman kembali dengan minuman di tangannya. "Cerita lah cepat" kata Izzati. "Ye, nak cerita lah ni. Tapi, cerita apa ye?" soal Aiman berpura-pura lupa.
"Ish, cerita lah kenapa Rizz tak marah bila Qila cakap yang dia tu tunang Qila" jawab Izzati geram. "Oh, yang tu. Ingat... ingat..." balas Aiman. "Emm... Awak kenal Misya?" soal Aiman. "Misya Izkin ke?" balas Izzati. Aiman mengangguk. "Kenal sangat. Musuh Ice Girls tu" jawab Izzati menyampah. "Lah, ye ke?" balas Aiman.
"Kalau awak nak tahu, Rizz dengan Misya ni dulu pernah bercinta. Diorang bercinta nak dekat 3 tahun lebih kurang lah. Fire Boys memang tak pernah suka hubungan Rizz dengan Misya tu. Sebabnya kitorang dah banyak kali nampak Misya tu keluar dengan lelaki lain. Tapi, Rizz tak pernah nampak. So dia tak nak percaya lah kalau kitorang cerita dekat dia pun. Suatu hari, Allah nak tunjukkan apa yang Fire Boys cakap dekat Rizz selama ni betul. Masa Fire Boys tengah lepak-lepak dekat shopping mall, kitorang ternampak yang si Misya ni berjalan dengan lelaki lain siap peluk-peluk lagi. Masa tu Rizz macam terdiam lah. Dia tak serang Misya pun. Dia just record lepastu terus ajak kitorang blah dari situ. Dalam minggu tu jugak kitorang dapat tahu yang diorang dah putus. Lepas kejadian tu terus Misya pindah sekolah. Tak sangka pulak dia pindah ke Smark Highschool" cerita Aiman panjang lebar.
"Wow" kata Izzati teruja. "Kesian Rizz" sambung Izzati simpati. "Tu lah. Lama jugak lah Rizz tu nak kembali normal. Sebelum kami pindah sekolah sini, Rizz tak pernah lagi nak bercakap banyak dengan perempuan lain. Tapi kalau dengan Ice Girls bising je mulut dia" kata Aiman sambil tersenyum. Izzati tergelak kecil mendengar kata Aiman itu. "Dapat pulak dengan Ice Girls yang memang banyak cakap, lagi lah pening Rizz" sambung Izzati pula. Mereka sama-sama tergelak dengan kata-kata sendiri.
"Ermm... Awak dah nak dekat pukul 6 dah ni. Saya nak balik lah. Takut nanti Ice Girls risau pulak saya tak balik-balik" pinta Izzati untuk pulang. "Oh, okey. Awak nak saya hantar awak balik ke tak?" soal Aiman mempelawa. "Eh, tak apa. Saya drive sendiri tadi" jawab Izzati menolak. Aiman mengangguk faham. "Kalau macam tu jom lah kita jalan pergi tempat parking" balas Aiman. Izzati mengangguk dan mereka berjalan beriringan sambil berbual kosong ke tempat parking.
"Awak, cute kan baju tu?" soal Aiman sambil menunjuk ke arah dua pasang baju yang bertulis 'Prince' dan 'Princess'. "Wah, cantiknya" balas Izzati teruja. "Kita beli nak?" soal Aiman. "Suka hati awak lah. Kalau saya mana ada boyfriend" jawab Izzati merendah diri. "Kita beli untuk kita lah" jawab Aiman jujur. Aiman masuk ke kedai itu sebelum sempat Izzati membalas apa-apa. Terus sahaja Izzati mengikuti langkah Aiman dengan perasaan yang pelik. "Miss, saya nak baju ni dua-dua untuk saiz saya and this girl" kata Aiman pada pekerja di kedai itu sambil menunjuk ke arah Izzati. Aiman senyum pada Izzati dan senyuman nya di balas.
_____________________________
"Ish, dah lewat 10 minit ni. Aku cakap pukul 8 kumpul dekat bawah kan? Degil betul lah diorang ni" bebel Izzati sendirian. "Dah tak boleh sabar dah ni" kata Izzati lagi. "Ice Girls!! Turun bawah sekarang!!" jerit Izzati geram. Seorang demi seorang mulai turun ke bawah dengan penuh tanda tanya.
"Kenapa ni Izzati?" soal Nazira pelik. "Aku cakap pukul 8 berkumpul kan?" balas Izzati geram. "Nak buat apa?" soal Aqila pula. "Nak tanya sesuatu" jawab Izzati ringkas. "Tanya apa?" soal Nazira lagi. "Nak tanya.... Korang ni ada masalah ke? Sejak balik sekolah tadi aku tengok ada yang diam je. Selalunya mulut korang tak reti diam" jawab Izzati tegas. Semua mendiamkan diri. "Aku tak ada masalah" jawab Nazira. "Emm... Irin buat Maira marah masa rehat tadi" jawab Irin perlahan. "Marah kenapa?" soal Izzati sambil memandang Maira dan Irin silih berganti. Irin memandang Maira. "Huh. Zati tau tak masa rehat tadi Maira nampak apa?" soal Maira kembali. Izzati menggelengkan kepala. "Aku nampak yang Irin ni bergaduh dengan Adam dekat belakang bangunan blok form 5" jawab Maira. Izzati memandang Irin geram. "Dan masa tu jugak ada budak rakan perbuatan diorang tu" sambung Maira lagi. Irin tampak terkejut dengan kenyataan Maira itu.
"Aku tahu kau tak perasan diorang. Sebab tu lah aku marah kau. Aku risau video tu viral je" kata Maira prihatin. "Dah viral dah pun" jawab Aqila selamba setelah sekian lama mendiamkan diri. "Mana kau tahu?" soal Irin panik. "Aku bukak je Instagram tadi terus keluar video kau dengan Adam" jawab Aqila. "Aduh, aku takut cikgu tahu je ni" kata Irin takut. "Kalau cikgu tahu, tunggu je lah kena panggil dengan dia" jawab Aqila selamba. Irin memandang Aqila geram. "Kau jangan lupa, masalah kau dengan Rizz tak settle lagi" kata Maira sinis. Terus tegak bulu roma Aqila.
"Macam mana aku nak betulkan balik keadaan ye?" soal Aqila perlahan. "Bukan dah betul ke?" soal Nazira pelik. "Sejak bila pulak?" soalan Nazira di jawab dengan soalan oleh Aqila. "Habis tadi masa rehat siap main kejar-kejar lagi" jawab Nazira sambil tersengih nakal. "Kau nampak ke?" soal Aqila terkejut. "Satu sekolah boleh nampak Qila" jawab Nazira. "Main kejar-kejar?" soal Izzati pelik tiba-tiba.Nazira mengangguk. "Kalau korang nak tau, pagi tadi masa rehat Qila boleh main kejar-kejar dengan Rizz dekat tengah padang. Korang tak perasan ke?" jawab Nazira sambil tersenyum. Ice Girls kecuali Nazira dan Aqila menggelengkan kepala mereka. "Lantak lah. Habis tu sekarang ni apa patut aku buat?" kata Aqila panik.
"Bagi tahu semua orang perkara yang sebenar" cadang Nazira. "Nak bagi tahu macam mana? Tak kan nak jerit satu sekolah 'Woi, aku bukan tunang Rizz woi!!!'. Kan susah tu" jawab Maira pula. "Apa kata kau bincang dengan Rizz tentang masalah ni" cadang Irin. Aqila senyap memikirkan.
"Emm... Aqila, aku ada benda nak cakap dengan kau ni" kata Izzati perlahan. "Cakap lah" balas Aqila. "Sebenarnya... Rizz tak marah kau pun bila kau cakap yang kau ni tunang dia dekat Misya" kata Izzati perlahan. "Kenapa pulak?" soal Maira pelik. "Kalau korang nak tau, Rizz dengan Misya dulu pernah bercinta. Tapi diorang dah putus. Misya yang buat hal. Sebab tu lah Rizz tak kesah bila kau cakap macam tu" cerita Izzati pada Ice Girls. Riak terkejut ditunjukkan oleh Ice Girls. "Tapi.... Mana kau tahu semua ni?" soal Irin pelik. "Petang tadi aku jumpa dengan Aiman. He...he..." jawab Izzati tersengih. Ice Girls memandang Izzati nakal.
"Kau date ye?" soal Aqila mengusik. "Sebab tu lah tak nak ajak kitorang kan?" sambung Irin pula. "Sejak bila haa?" sambung Nazira. "Sampai hati tak share dengan kitorang ye?" dan di sambung Maira. "Mana ada apa-apa. Kitorang kawan je lah" jawab Izzati menahan malu. "Ye lah tu..." usik Aqila lagi. "Mungkin belum lagi. Tapi, aku jamin suatu hari nanti kau mesti dengan dia" kata Irin bersemangat. Ice Girls mengangguk setuju. "Dah lah, aku nak tidur. Bye" jawab Izzati melarikan diri. "Nak mengelak lah tu!" jerit Aqila mengusik. Ice Girls tergelak melihat perlakuan rakan mereka itu.
BERSAMBUNG....
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...