"Cerita apa yang kau nak bagi tahu kitorang tadi Aqila? Cakap lah sekarang" kata Aiman pada Aqila. "Tak kan lah nak cakap sekarang. Ramai budak ni. Lagi pun kita tengah makan kan? Mana elok makan sambil bercakap" balas Aqila sambil memandang Aiman. "Habis tu bila kau nak cerita? Dah lah tadi masa dalam kelas aku suruh kau cerita kau tak nak" kata Rizz geram. "Sampai kena berdiri dekat luar kelas" sambung Irin selamba. Aqila dan Rizz memandang Irin geram. Irin menunduk meneruskan makan makanannya.
"Nanti lepas rehat kita berkumpul dekat bilik pengawas" putus Aqila lalu meneruskan suapannya. Ice Girls dan Fire Boys mengangguk perlahan dan menyambung memakan makanan mereka sebelum semua bertolak ke tempat bertugas masing-masing.
AIMAN DAN IZZATI POV
"Agak-agak apa yang Aqila nak cakap ye?" soal Aiman pada Izzati di sebelahnya. "Entah lah. Saya pun tak boleh nak jangka apa yang ada dalam fikiran dia tu" jawab Izzati sambil menggeleng perlahan. "Awak kan rapat dengan dia, tak kan lah dia tak ada cerita dengan awak dulu" kata Aiman pelik. "Awak ingat saya ni mummy dia sampai semua benda dia kena cerita dekat saya" jawab Izzati geram. "Hehe... Sorry" balas Aiman sambil tersengih dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Eh tu bukan ke Adam? Kenapa dia berlari? Siapa pulak lah yang kejar dia ni?" soal Aiman sambil menunjuk ke arah Adam yang berada tidak jauh dari mereka. "Ye lah. Dah kenapa pulak dia ni?" balas Izzati pelik. "Irin ke yang kejar dia tu?" soal Izzati pula apabila dia melihat Irin dari jauh seperti mengejar Adam. Adam berlari ke arah Izzati dan Aiman. "Kenapa ni Adam?" soal Aiman pada Adam sambil cuba menahan Adam. Namun gagal dan Adam terus berlari laju.
Tidak lama kemudia Irin pula sampai dan dengan pantas Izzati menahanya dari terus mengejar Adam. "Kau kenapa ni? Asal kau kejar Adam?" soal Izzati laju pada Irin.
ADAM DAN IRIN POV
"Boleh tolong tak?" soal Irin lembut pada Adam di sebelahnya. "Tolong apa?" balas Adam tanpa memandang Irin. "Tolong ambilkan tu" jawab Irin sambil menunjuk ke arah sebatang pokok manggis di hadapan mereka. "Hah?" soal Adam tidak mengerti. "Aku nak buah manggis. Petikkan please" Irin merayu meminta simpati pada Adam. "Kalau aku ambilkan aku dapat apa?" soal Adam sambil memandang Irin. "Kau dapat buah" jawab Irin pantas sambil tersenyum. "Buah?" soal Adam pelik sambil membesarkan matanya.
"Ish, buah manggis lah. Kotor betul otak kau ni" balas Irin geram sambil memeluk tubuhnya kuat. Adam hanya tersengih menampakkan giginya. "Ye lah aku tolong" akhirnya Adam mengalah dan membantu Irin mendapatkan manggis dengan memanjat pokok yang tidak berapa tinggi itu. Cukup 5 biji manggis di tangan, Adam turun semula ke bawah. "Nah" Adam melemparkan sebiji buah manggis kepada Irin dan disambut kemas oleh Irin. Namun pada lemparan kedua Adam tanpa sengaja melempar dengan sedikit kuat sehingga Irin tidak berjaya menyambutnya dan terkena dahi Irin.
"Aww... Sakit lah!" kata Irin geram sambil memandang Adam geram. "Sini kau!" kata Irin geram sambil memegang dahinya. Adam sudah bersiap sedia untuk melarikan diri dari Irin apabila dia melihat Irin mengambil semula buah manggis yang dilemparnya tadi di tanah dan ingin melemparkan semula pada Adam. Seperti itulah terjadinya kejadian kejar mengejar antara mereka. Sehinggalah Irin ditahan oleh Izzati.
"Kau kenapa ni? Asal kau kejar Adam?" soal Izzati pada Irin. "Kau tengok ni" jawab Irin sambil menunjukkan dahinya yang bengkak akibat balingan manggis tadi. "Kenapa boleh bengkak ni?" soal Aiman prihatin. "Kawan kau tu lah. Dia baling buah manggis dekat aku. Sakit tau tak" jawab Irin geram. "Jom lah kita pergi bilik pengawas, biar aku letak ubat" kata Izzati lembut lalu menarik Irin berjalan ke bilik pengawas dengannya. Aiman mengikut langkah mereka dari belakang. Nak kena Adam ni.
______________________
"Haa, cakap lah apa kau nak cakap tadi" kata Ikmal pada Aqila. "Sebelum aku cakap aku nak tanya, kenapa dengan dahi kau Irin?" soal Aqila pula pada Irin. "Dia ni pergi baling buah manggis dekat kepala aku. Otak dia tercicir agaknya" jawab Irin selamba sambil menjeling Adam. "Kenapa kau tak sambut buah tu?" soal Adam tidak mahu mengalah. "Dah kau baling laju sangat, macam mana aku nak elak" balas Irin geram.
"Diam. Kita berkumpul dekat sini bukan nak tengok korang berdua bergaduh. Kalau nak sangat bertekak dipersilakan keluar" kata Rizz tegas. Fire Boys dan Ice Girls senyap mendengar ugutan Rizz. Takut.
"Budak sekolah kita ni dah melampau. Kita berlembut lagi diorang pijak-pijak kepala kita. Baru-baru ni aku dapat aduan yang sekumpulan pelajar lelaki dari tingkatan 5 ada mengedarkan barang terlarang secara haram. Lokasi dia....." kata Aqila serius sebelum kata-katanya dipotong oleh Rizz. "Aku bukan dah tahu ke cerita ni?" soal Rizz pelik. "Siapa suruh kau lembab sangat" balas Aqila selamba dan meneruskan kata-katanya. Rizz memandang Aqila geram. "Lokasi kegiatan diorang belum lagi dapat diberi kepastian" sambung Aqila.
"Antara lokasi yang berkemungkinan menjadi tempat perhubungan mereka ialah di blok tingkatan 5, belakang makmal dan juga berkemungkinan belakang bengkel sekolah kita yang sememangnya sunyi" Rizz pula menyambung bicara. "Siapa kumpulan pelajar tu? Kita kenal ke?" soal Izzati perlahan. "Lebih dari kenal" jawab Rizz. "Hot Guys" sambung Aqila pula. "Apa bahan terlarang yang korang maksudkan?" soal Maira ingin tahu. "Banyak. Antaranya drug" jawab Rizz mendatar. Jelas reaksi terkejut di muka mereka semua.
"So, apa yang kita kena buat?" soal Haffiy pula. "Kita tingkatkan pengawasan terhadap kawasan yang Rizz dah nyatakan tadi. Kalau boleh kita sentiasa ada dekat kawasan tu" jawab Aqila tenang. "Buat masa sekarang ni memang kita akan busy. So, pandai-pandai lah korang uruskan masa ye" kata Rizz memberi peringatan.
_______________________
Berita tentang siasatan Fire Boys dan Ice Girls terhadap kes terbaharu itu cepat sahaja tersebar ke pengetahuan si pelaku. "Macam mana ni Is? Lubang dah pecah" kata Irfan dalam keadaan gelisah. "Macam mana diorang boleh tahu ni? Kita buat kerja dah cukup bersih dah" kata Naim pula.
"It's okay. Kita biar je dulu diorang siasat. Kita tengok lah siapa yang bijak nanti" balas Iskandar tenang sambil tersenyum sinis. "Habis tu kau nak buat apa?" soal Iman pada Iskandar. "Just wait and see" jawab Iskandar tenang sambil mulutnya menghembus asap vape keluar.
________________________
"Dah seminggu kita siasat kes ni, tapi satu bukti pun kita tak dapat" rungut Nazira. "Sabar lah sikit. Biar lambat asal selamat kan?" balas Ikmal lembut. "Kita usaha sikit je lagi okey. Pastikan dalam minggu ni kes ni selesai" kata Aiman memberi semangat. "Aku rasa diorang dah tahu lah yang kita tengah siasat kes diorang" kata Rizz mendatar tiba-tiba. "Aku pun fikir benda yang sama" balas Aqila sambil mengerutkan keningnya.
"Makin susah lah kerja kita kalau macam ni" kata Irin mengeluh. "Nak buat macam mana. Dah memang tugas kita jaga keamanan sekolah ni" balas Adam perlahan. "Aku stress lah. Aku nak berhenti dari semua ni boleh tak?" kata Haffiy tiba-tiba. "Tak kan kau nak putus asa? Kita dah separuh jalan dah. Lemah betul lah kau ni" kata Maira selamba. Haffiy bangun dengan pantas dan berdiri di hadapan Maira. "Kau siapa nak cakap aku macam tu? Kalau tak disebabkan aku kena paksa dengan Mikail dah lama aku tinggalkan sekolah ni lah!" balas Haffiy laju dalam keadaan marah. Terlepas rahsia yang disimpan oleh Fire Boys selama ni. Ice Girls memandang Haffiy pelik. Manakala Fire Boys pula kelihatan gelisah dan tidak senang duduk.
"Mikail?" soal Izzati pelik. Haffiy kelihatan bingung setelah sedar akan kesilapannya yang terlepas bicara soal rahsia Fire Boys. "Err... Lupakan apa yang Haffiy cakap tu. Dia memang suka merepek. Hehe..." kata Aiman cuba untuk menghapuskan curiga Ice Girls. "Siapa Mikail?" soal Aqila pula dingin. "Tak penting untuk kau tahu" balas Rizz mendatar. Aqila memandang Rizz tajam. "Tak penting? Nama dia tiba-tiba muncul masa kita tengah berbincang kau cakap tak penting?" balas Aqila geram. Langkah diatur mendekati Rizz Sabarnya cuba di tahan.
"Maaf kitorang tak boleh bagi tahu korang sekarang" kata Ikmal perlahan sambil menunduk. "Jadi korang terpaksa lah sekolah dekat sini?" soal Irin pula. "Korang salah faham je ni. Kitorang tak kena paksa pun lah" kata Adam cuba menenangkan Irin.
"Okey guys jangan bergaduh sekarang please. Kita selesaikan dulu masalah dekat sekolah ni. Lepas tu baru lah kita bincang balik hal peribadi ni ye?" Aiman cuba untuk bertolak ansur. "Okey. Aku bagi korang peluang kali ni. Tapi lepas je selesai kes ni aku nak korang cerita semua perkara yang korang rahsiakan dari kitorang" Aqila bersetuju dengan kata-kata Aiman. "Kitorang balik kelas dulu" kata Izzati tiba-tiba. Jelas riak kecewa di wajahnya.
"Macam mana dia boleh kenal Mikail?" soal Irin setelah mereka berjalan jauh dari bilik pengawas. "Betul ke tu Mikail yang kita fikir ni?" soal Nazira pula. "Haih... Kenapa nama tu kembali lagi?" kata Aqila perlahan. Ice Girls berjalan perlahan ke kelas mereka. Luka lama kembali berdarah.
BERSAMBUNG...
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Ficção Adolescente[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)