BAB 18

5.2K 369 3
                                    

"Okey, sekarang ni kita akan buat aktiviti berkumpulan. Abang dah bagi kan setiap kumpulan satu huruf dan clue tempat seterusnya. So, abang nak korang cari huruf yang lain dan cari abang semula untuk bagi tahu perkataan apa yang korang dapat. Setiap huruf yang korang dapat tu ada clue dekat belakang dia untuk ke tempat setetusnya" jelas Abang Baim kepada semua pelajar. "Faham?" soal Abang Baim. Semua mengangguk faham. "Kalau faham bagus. So korang boleh mulakan misi korang sekarang!" kata Abang Baim sedikit kuat dan bersemangat.

Semua pelajar bergegas mencari tempat huruf seterusnya disembunyikan.

_______________

"Woi ketua, mana tempat seterusnya?" soal Irin agak kasar pada Rizz. "Tanya aku ke? Aku yang sorok kan ke huruf tu? Tanya lah kawan kau dalam hutan tu" jawab Rizz sinis kerana geram. Irin memandang Rizz geram.

"Bagi aku tengok clue tu" Izzati meminta Rizz petunjuk yang diberi kepada kumpulan mereka. Rizz memberi petunjuk tersebut kepada Izzati. "Kalau tunggu korang cari, sampai esok tak habis" kata Izzati sinis. Terdiam yang lain. "Baik aku je jadi ketua" kata Iskandar mendatar. "Layak ke?" balas Aqila sinis. "Mestilah layak sayang" jawab Iskandar pada Aqila. Aqila membalas dengan membuat muka menahan geli.

"Panas lah dekat sini. Jom pergi tempat lain?" kata Adam tiba-tiba. Yang lain hanya mengangguk setuju.

____________________

"Aku rasa, tempat ni dekat sungai" kata Ikmal. "Macam betul" balas Nazira bersetuju dengan pendapat Ikmal. "Jom lah kita pergi sana dulu" putus Maira.

"Tapi sungai ni kan besar, macam mana kita nak cari huruf tu?" soal Adriana. "Cari je lah" balas Nazira malas. Adriana memandang Nazira geram. "Kita berpecah lah" cadang Azam. "Okey jugak. Kalau macam tu kita bagi lima, sebab kita 15 orang kan semuanya?" balas Haffiy bersetuju.

"Aku nak dengan Maira" kata Nazira lalu memegang lengan Maira. "Ye lah" jawab Ikmal malas. "Emm... I nak sekali dengan korang boleh?" soal Laila pada Nazira dan Maira. Maira dan Nazira berpandangan dengan muka yang sukar ditafsir. "Err... Boleh kot" jawab Maira ragu-ragu. "Habis tu I nak dengan siapa Laila?" soal Adriana geram.

"You boleh pergi dengan Ikmal kan?" jawab Laila selamba. Adriana tersenyum puas melihat wajah Nazira menahan geram. "Okey beb" jawab Adriana sebelum pergi ke arah Ikmal dan Haffiy. "Jom kita cari dekat tepi sungai sana?" Laila mengajak Nazira dan Maira. "Jom" jawab Maira sambil tersenyum. Nazira hanya menurut.

____________________

"Aku rasa tak sedap hati lah wei" kata Izzati tiba-tiba pada Aqila dan Irin. "Kenapa pulak?" soal Irin pelik. "Entah lah, macam ada sesuatu yang buruk akan berlaku" jawab Izzati. "Perasaan kau je tu. Jangan layan sangat lah" Aqila cuba berfikir positif dengan kata-kata Izzati sambil terus merakam suasana hutan itu dan segala perilaku mereka menggunakan kameranya. "Mungkin lah" balas Izzati.

"Dah jumpa!" jerit salah seorang ahli kumpulan mereka. "Hah! Dah jumpa? Mana?" kata Irin bersemangat. Mereka semua bergegas pergi ke arah ahli kumpulan mereka yang lain.

"Huruf S" kata Sara selepas melihat huruf tersebut. "Tak kira lah huruf apa pun. Yang penting sekarang ni dekat mana tempat seterusnya?" soal Aiman. Sara mengeluarkan klu ke tempat seterusnya dan diberi pada Adam. "Hmm... Dekat sungai kot?" jawab Adam kurang pasti. "Pergi je lah dulu. Kalau salah maknanya bukan dekat situ lah" balas Aiman. Semua mengangguk setuju.

"Wei tu Maira dengan Nazira lah" kata Aqila sambil menunjuk ke arah Nazira dan Maira yang berada di tepi sungai. Kamera dihalakan kepada Nazira dan Maira. "Ye lah. Tapi kenapa ada Laila sekali dengan diorang? Tak kan minah tu dah insaf?" soal Irin pelik. "Jom lah pergi dekat diorang. Aku dapat rasa sesuatu ni" Izzati menarik Irin ke tempat Nazira dan Maira.

Bushh!!!

Belum sempat mereka pergi ke arah Nazira dan Maira, sesuatu telah berlaku.

"Weh Laila jatuh!" kata Irin panik. "Jom pergi tengok" kata Izzati pula sebelum Aqila, Izzati dan Irin berlari mendapatkan rakan mereka.

____________________

"Cari lah dekat celah-celah batu tu" kata Maira pada Nazira. "Emm... Maira. Aku ada sesuatu yang nak dicakapkan dengan kau?" kata Laila tiba-tiba sambil tersenyum pada Maira. "Nak cakap apa?" soal Maira pelik. Nazira juga turut berdiri mendengar kata-kata Laila itu. "Aku..." Laila memberhentikan percakapannya lalu menarik tangan Maira dan diletakkan di bahunya sebelum dia menjatuhkan dirinya sendiri ke dalam sungai.

Bushh!!!

Terdiam Maira dan Nazira melihat perkara itu.

"What are you doing Maira!?" soal Haffiy kasar pada Maira sebelum terjun ke dalam air mendapatkan Laila. "Maira kau okey tak!?" soal Izzati yang tiba-tiba berada di sebelahnya. "Aku tak tolak dia wei! Aku tak tolak!" Maira berkata pada Izzati meminta kepercayaannya. "Ye aku tahu. Aku nampak apa yang terjadi tadi" balas Izzati sambil menenangkan Maira.

"Kenapa ni?" soal Adam pada Ikmal. "Laila jatuh dalam sungai" jawab Ikmal malas. "Macam mana boleh jatuh?" soal Aiman pula. "Ni mesti you yang tolak kan!?" jerit Fatiya pada Maira. Maira pantas menggelengkan kepalanya. "Yes, dia yang tolak I. I baru nak minta maaf dengan dia sebab selama ni I jahat dengan dia, tapi tiba-tiba dia tolak I" kata Laila sambil mempamerkan muka sedih. "Kau dah melampau lah Maira. Kalau ya pun kau tak suka dia, jangan lah sampai nak membunuh!" marah Haffiy sambil memegang lengan Laila.

"Aku tak tolak dia, dia yang jatuh sendiri!" balas Maira menahan tangisnya. "Alasan! You memang tak pernah puas hati dengan kitorang kan?" kata Misya sinis. "Kau boleh jangan sibuk hal orang tak Misya? Kau tak tahu apa-apa baik kau diam" kata Irin sambil menahan geram. "You yang patutnya diam. Maira tu kawan you, mestilah you bela dia. Dah salah tu salah je lah"  balas Sara pula.

"Apa yang kecoh-kecoh dekat sini ni?" soal Abang Baim pada semua pelajar. "Ada budak jatuh sungai" jawab seorang pelajar. "Hah! Mana?" Abang Baim cuba mencari pelajar yang jatuh sungai tersebut. "Dah naik dah" jawab Rizz mendatar. "Semua pelajar boleh berkumpul dekat dalam dewan sekarang! Jangan dekat dengan sungai, bahaya!" Abang Baim berkata tegas. Semua pelajar mula pergi dan tinggallah Ice Girls, Fire Boys dan Lovely Girls.

"Kamu tak apa-apa ke?" soal Abang Baim prihatin pada Laila. Laila menggelengkan kepalanya lemah. "Macam mana boleh jatuh ni?" soal Abang Baim lagi. "Perempuan ni yang tolak dia Abang Baim" jawab Fatiya sambil menunjuk ke arah Maira. "Kau boleh tak jangan main tuduh-tuduh je" kata Nazira geram. "Dah Laila sendiri yang cakap kawan you tu tolak dia, tak kan Laila nak menipu pulak?" balas Adriana pula.

"Tak mustahil kawan you tu menipu" kata Izzati geram. "Dah jangan nak bergaduh dekat sini. Kita bincang dekat dewan nanti. Jom balik dewan" Abang Baim memberhentikan pergaduhan mereka. Lovely Girls tersenyum sinis sebelum mengikut langkah Abang Baim ke dewan.

"Aku tak sangka kau sanggup tolak dia" kata Aiman kecewa pada Maira. "Aku tak tolak dia. Dia yang jatuhkan diri dia sendiri" Maira membela dirinya. "Tak kan lah dia nak cederakan diri dia sendiri? Fikirlah sikit" soal Adam sinis. "Boleh je. Untuk dapatkan perhatian korang" balas Irin selamba. "Entah lah, aku tak tahu nak percaya yang mana satu. Yang pasti aku kecewa dengan kau Maira" kata Haffiy sebelum meninggalkan mereka. Pemergian Haffiy diikuti Fire Boys. Fire Boys melemparkan pandangan yang jelas kecewa dan geram terhadap Maira.

"Tak apa lah Maira, kitorang percayakan kau. Kitorang nampak apa yang terjadi tadi" kata Izzati memujuk Maira. "Jom balik dewan" kata Nazira perlahan. Ice Girls berjalan pulang ke dewan dengan perlahan.

Baru sahaja Aqila hendak berjalan, dia melihat kameranya yang tergantung di lehernya. "Eh, aku rakam lagi ke?" Aqila bertanya sendirian. Aqila berfikir seketika sebelum tersenyum sendiri. "Cepat lah sikit jalan Qila. Kau termenung apa lagi dekat situ?" Nazira memarahi Aqila yang masih berdiam diri dan tidak berjalan bersama mereka. Aqila berlari mendapatkan rakannya dengan senyuman di bibir.

BERSAMBUNG...

Highschool Love [C]Where stories live. Discover now