"Mana Maira? Kenapa dia tinggalkan aku?" soal Irin yang tiba-tiba muncul. Mukanya kelihatan menahan marah. "Bukan dia pergi tandas dengan kau ke tadi?" soal Adam pelik. "Memang lah. Tapi, bila aku keluar je tandas tadi dia dah tak ada. Aku ingat dia tinggalkan aku dia pergi sini, rupanya tak ada jugak" cerita Irin dengan geram. "Dia pergi mana eh?" kata Ikmal pelik.
"Sekejap. Mana Haffiy?" soal Rizz setelah dia dapati Haffiy tiada dengan mereka. Masing-masing memandang sesama sendiri. "Okay, I know" kata Aqila dengan senyuman sinis. "Halus cara diorang ye" kata Nazira turut sama tersenyum sinis.
"Biar je lah diorang" kata Rizz tenang sambil matanya memandang ke arah telefonnya. Mereka hanya membiarkan Maira dan Haffiy hilang. "Aku nak pergi jalan-jalan ye?" kata Irin pada rakannya. Nazira mengangguk memberi kebenaran. Irin berlalu pergi dengan penuh gembira. "Aku nak ikut dia lah. Bye" kata Adam lalu mengejar Irin yang kian menjauh. Yang lain hanya memandang sepi.
"Irin, tunggulah sekejap" kata Adam menahan Irin. "Apa?" soal Irin dingin. "Kau marah aku lagi ke?" soal Adam lembut. Irin diam tidak menjawab. Matanya dilarikan daripada memandang Adam. "Kalau kau marah, sorry okey?" Adam berkata penuh sopan dan lembut. Irin masih juga berdiam diri. "Ke kau merajuk?" Adam meneka lagi.
"Kalau kau merajuk aku kena pujuk ke?" soalan kurang bijak terpacul keluar dari mulut Adam. "Tak lah, kau kena marah aku lagi" jawab Irin selamba kerana geram dengan Adam. "Err... Aku mana reti nak pujuk-pujuk orang" kata Adam jujur.
"Tak mintak pun kau pujuk" kata Irin mendatar dan meninggalkan Adam. "Alah Irin, sorry lah. Jangan lah merajuk macam ni" Adam masih lagi cuba memujuk.
"Aku belanja kau baju ye nanti kalau kita balik" percubaan pertama Adam.
"Tak nak" mentah-mentah ditolak Irin. Gagal.
"Emm... Aku belanja kau handbag?" percubaan kedua.
"Sejak bila pulak aku suka pakai handbag ni?" gagal lagi.
"Make up?" percubaan ketiga.
"Eww... Pernah ke kau nampak aku pakai make up? Jangan sampai jadi sejarah kali kedua aku buang make up dalam tong sampah" Irin menolak keras. Gagal.
"Err... Kalau aku belanja kau makan?" percubaan Adam yang keempat. Dah tak ada idea dah nak pujuk guna apa lagi.
"Ermm... Akan dipertimbangkan. Tapi makanan tu mesti banyak, sedap dan tak menggemukkan aku" Irin menjawab dengan mata yang bersinar.
"Hmm... Untuk kau semua boleh lah. Asalkan kau dah tak merajuk lagi dengan aku" kata Adam pasrah. "Ikhlas ke tak ni?" soal Irin selamba. "Ikhlas..." jawab Adam dengan senyuman yang dipaksa manis.
"Kalau kau ikhlas aku dah tak merajuk dah" kata Irin tersenyum gembira.
"Tapi ada ke makanan yang banyak dan tak menggemukkan?" soal Adam pelik. "Aku pun tak tahu. Kau kena cari lah" jawab Irin selamba. Adam menepuk dahinya perlahan mendengar jawapan Irin.
_______________________
Lama mereka berempat berdiam diri. "Aku nak pergi tandas" kata Aqila memecah kesunyian antara mereka. Aqila bangun dari duduknya dan berlalu ke tandas. Kembali senyap antara mereka. "Aku sakit perut lah. Nak buang air sekejap. Bye" kata Ikmal dengan tangan memegang perut dan mukanya yang menahan sakit. Ikmal berlari laju ke arah tandas.
Lama masa berlalu. Ikmal dan Aqila masih lagi tidak kembali.
"Mana diorang ni Rizz? Lama betul pergi tandas" soal Nazira pelik. "Entahlah, diorang tinggalkan kita kot?" Rizz menjawab. "Habis tu kita nak buat apa ni?" soal Nazira lagi. "Buat apa? Tunggu je lah" jawab Rizz selamba. "Jom lah blah. Tinggal kita je tau dekat sini" kata Nazira lagi. "Haih... Jom lah" Rizz hanya mengikuti Nazira. Rizz dan Nazira berdiri dan berlalu dari meja makan mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Roman pour Adolescents[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)