BAB 65

4.3K 298 53
                                        

"Woi! Ni aku lah! Kau dah kenapa?" soal Rizz kasar. Aqila berhenti menjerit dan membuka sebelah matanya. Setelah mengetahui Rizz yang berada di hadapannya Aqila menurunkan tangannya dan menjeling Rizz. "Kau buat apa dekat sini?" soal Aqila kasar. "Aku ada hal. Kau tu buat apa menyemak dekat sini?" balas Rizz juga kasar.

"Mana Izzati?" Aqila tidak menawab malahan bertanyakan keberadaan Izzati. "Bila masa pula ada Izzati?" soal Rizz pelik. "Dia ada dekat luar kan? Tak kan kau tak nampak?" soal Aqila pada Rizz lalu berjalan ke arah pintu bilik pengawas yang ditutup rapat itu. "Dah kenapa kau pergi tutup pintu" marah Aqila pada Rizz. "Bila masa pula aku tutup?" kata Rizz pelik. Aqila mencuba untuk membuka pintu itu namun gagal. "Kenapa tak boleh buka ni wei?" soal Aqila panik sambil cuba untuk membuka pintu itu lagi.

Rizz berjalan laju ke arah Aqila dan mencuba untuk membuka pintu itu pula. Memang berkunci. "Jembalang mana pula yang kunci pintu ni? Nak mampus ke?" kata Rizz geram. Aqila mencari telefonnya untuk menghubungi Izzati. Dan baru dia teringat yang telefonnya ada pada Izzati. "Kau cari apa?" soal Rizz apabila dia melihat Aqila seperti mencari sesuatu. "Kau bawa telefon kan?" soal Aqila pada Rizz. Rizz mengangguk perlahan.

"Call lah sesiapa suruh bukakan pintu" arah Aqila ada Rizz. Rizz mengeluarkan telefonnya dan menghubungi Fire Boys. Namun tiada seorang pun yang menjawab. Begitu juga dengan Ice Girls. "Tak jawab" kata Rizz geram. Aqila mencabut kasut tumit tingginya dan dicampakkan ke lantai lalu merebahkan dirinya di atas sofa. Rizz pula membuka butang kot bajunya dan duduk di sofa berdekatan dengan Aqila. Lama mereka berdiam diri, sehinggalah nombor telefon Aqila menghubungi Rizz.

ADAM DAN IRIN POV

"Kau cantik sangat wei malam ni" kata Adam lembut pada Irin. "Kalau aku cantik pun kau tinggalkan aku, buat apa?" soal Irin sambil menunduk. "Aku buat semua tu sebab nak tolong Qila. Dan aku nak tengok betul ke yang kau sayangkan aku" jawab Adam jujur. "Kau tak percayakan aku ke?" soal Irin perlahan. "Bukan tak percaya. Tapi aku nak kan kepastian. Dan sekarang ni aku betul-betul percaya pada kau" jawab Adam. Irin tersenyum memandang wajah Adam. Begitu juga dengan Adam.

"Ehem! Ehem!" suara seseorang menghilangkan suasana romantik mereka. "Sudah lah tu. Dah banyak semut dah aku tengok dekat sini" kata Aiman selamba. Adam dan Irin tersenyum malu. "Korang dah berbaik kan?" soal Izzati lalu berdiri di sebelah Irin. Irin mengangguk laju. "Semua ni berkat doktor cinta..." kata Adam yakin. "Doktor cinta lah sangat. Kalau kau nak tahu, doktor cinta tu aku" balas Ikmal selamba.

"Apa!? Jadi semua ni rancangan korang ke?" soal Adam terkejut. Fire Boys dan Ice Girls tertawa kecil. "Haah. Ni semua rancangan kitorang supaya korang berbaik. Betullah doktor cinta tu Ikmal. Dia yang yulis nota tu" jelas Maira sambil menahan tawa. "Kalau orang lain yang jadi doktor cinta ni aku boleh terima lagi. Tapi kalau kau yang jadi, aku tak boleh terima. Langsung tak kena dengan rupa" kata Adam selamba pada Ikmal. Ikmal memandang Adam geram.

Irin tersenyum melihat kelakuan rakannya itu. Pandai doirang rancang tanpa pengetahuan dia. "Eh, mana Qila dengan Rizz?" soal Irin pelik apabila dia tidak melihat Rizz dan Aqila di situ. "Weh aku lupa doh tentang diorang!" kata Aiman sambil menepuk dahinya. "Kenapa?" soal Adam pelik. "Hehehe... Kitorang kurung diorang berdua dekat dalam bilik pengawas" jawab Haffiy sambil tersengih. "Ya Allah, korang ni. Tak baik lah" marah Irin. "Tu je satu-satunya cara untuk buat diorang berbincang baik-baik. Perangai diorang tak sama dengan korang berdua" jelas Izzati pada Irin dan Adam.

"Betullah tu. Dua-dua pentingkan ego" kata Adam bersetuju. "Jom lah tengok diorang. Aku risau diorang bergaduh je. Diorang bukannya betul sangat" kata Nazira tiba-tiba. Pantas Fire Boys dan Ice Girls berlari ke bilik pengawas. Mereka merapatkan telinga dengan pintu bilik tersebut.

Senyap...

"Kenapa tak ada bunyi apa-apa?" soal Ikmal separuh berbisik. "Telefon Aqila dekat awak eh?" soal Aiman pada Izzati. Izzati mengangguk dan menunjukkan telefon Aqila di tangannya. "Telefon Rizz ada dekat dia kan?" soal Aiman lagi. Semua menganggukkan kepala. "Cuba call Rizz" cadang Aiman. Izzati menggunakan telefon Aqila dan menghubungi Rizz. Pembesar suara dibuka. Lama tidak berjawab. Namun, tidak lama selepas itu panggilan itu dijawab oleh Rizz.

"Mana Aiman? Dia memang nak kena dengan aku kan?" soal Rizz geram sebaik sahaja menjawab panggilan. "Sorry Rizz... Aku terpaksa buat macam ni" kata Aiman sedikit takut. "Tak kisah lah kau terpaksa ke apa. Sekarang ni aku nak kau pintu bilik ni. Makin lama aku duduk dengan perempuan ni dalam ni, aku boleh mental tau tak" kata Rizz kasar. "Korang belum berbaik ke?" soal Izzati tiba-tiba.

"Macam mana nak berbaik kalau dia kerja nak cari gaduh je dengan aku. Dia memang dah tak suka aku lah" jawab Rizz geram. "Bagi aku bercakap dengan dia sekejap" kata Izzati perlahan. Rizz merengus kasar. "Izzati! Kau nak kena belasah dengan aku eh? Kenapa kau tinggalkan aku dengan mamat senget ni?" soal Aqila geram. "Sabar Qila. Kau dengar dulu apa aku nak cakap ni. Dan aku harap sangat kau faham" kata Izzati lembut menenangkan Aqila. "Apa?" soal Aqila dan nada suaranya sudah direndahkan.

"Apa yang kau fikir tu salah Aqila" kata Izzati. "Apa maksud kau?" soal Aqila pelik. "Kau ingat bila Rizz jauh dari kau masalah akan selesai? Kau silap Aqila. Benda tu akan tambah lagi masalah ada lah" kata Izzati lembut. Aqila diam mendengar semua yang diperkatakan Izzati. "Tolong jangan paksa diri kau. Aku tahu kau sayangkan Rizz. Hargailah dia selagi dia ada Aqila. Jangan sampai suatu hari nanti dia betul-betul pergi jauh dari kau. Nanti kau yang menyesal" sambung Izzati lagi.

Aqila masih lagi mendiamkan diri. "Kau fikir lah betul-betul. Aku letak dulu tau. Bye" kata Izzati lalu menamatkan panggilan. Semua memandang Izzati. Tergamam dengan kata-kata Izzati. Izzati memandang mereka semua semula. "Fuh... Penat betul berlakon ni" kata Izzati sambil mengusap dadanya. Laa berlakon je ke?

RIZZ DAN AQILA POV

Aqila memberikan semula telefon itu kepada Rizz. "Diorang cakap apa?" soal Rizz sambil mengambil telefonnya. Aqila diam tidak menjawab. Nafas ditarik dalam. "Aku minta maaf Rizz" kata Aqila perlahan. Matanya dilarikan daripada memandang Rizz. Rizz terdiam. "Aku salah. Cara aku salah. Dengan jauhkan diri daripada kau tak menyelesaikan masalah langsung. Tapi lagi tambah masalah dekat orang lain ada lah. Adam dengan Irin yang jadi mangsa" sambung Aqila lagi.

"Aku tak pernah salahkan kau. Aku faham, kau buat macam tu sebab kau nak jaga hubungan Fire Boys dengan Ice Girls kan?" balas Rizz lembut. "Kita balik macam dulu okey? Anggap je semua ni tak pernah berlaku" kata Rizz lagi sambil memegang kedua belah bahu Aqila. Dagu Aqila di ditolak ke atas supaya Aqila memandangnya. Aqila tersenyum lalu mengangguk. Mereka bertatapan satu sama lain. Tersenyum bahagia.

Kreck..

Bunyi pintu yang terbuka menghentikan lamunan mereka. "Woi apa ni? Haram woi" kata Ikmal selamba. Mereka ingatkan Rizz dan Aqila hendak bercium agaknya. Pantas Rizz melepaskan Aqila dan menjarakkan dirinya. "Dah selesai dah?" soal Maira tiba-tiba. "Nampaknya macam tu lah..." jawab Aqila tenang. "Kan bagus berbaik macam ni. Tak ada lah kitorang nak hadap maki hamun korang lagi. Tenang sikit hidup" kata Haffiy pula selamba.

"Ni semua rancangan korang kan?" soal Rizz tiba-tiba. Fire Boys dan Ice Girls tersengih. "Bukan kau je kena Rizz. Aku pun sama" kata Adam pula. "Kau tak akan pukul aku kan?" soal Aiman takut-takut sambil menyorok di belakang Izzati. "Memang aku nak pukul kau pun" jawab Rizz sengaja mengenakan Aiman sambil berjalan ke arah Aiman. Namun setelah itu Rizz hanya menarik dan memeluk Aiman. "Tak kan lah aku nak pukul kau. Aku sayang dekat kau tau" kata Rizz sambil tersenyum.

"Sudah lah berdrama tu... Jom masuk dewan balik. Tadi dah ada orang yang cari kita tau" kata Nazira tiba-tiba. Fire Boys dan Ice Girls berjalan dengan pasangan yang betul kembali ke dalam dewan. Semasa dalam perjalanan, "Ada satu lagi perkara yang aku tak puas hati" kata Aqila tiba-tiba. "Apa?" soal Izzati pelik. "Kau call guna telefon aku kan?" soal Aqila ada Izzati. Izzati mengangguk. "Habis kredit aku..." kata Aqila mahu menangis.

BERSAMBUNG...

Highschool Love [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang