BAB 26

5.5K 347 4
                                    

"Wei petang ni kita lepak luar nak?" ajak Ikmal pada Fire Boys. "Aku boleh je" jawab Adam. "Okey" jawab Haffiy. "On" jawab Rizz. "Boleh. Tapi kalau aku nak ajak Ice Girls sekali boleh tak?" jawab Aiman pula. Fire Boys memandang Aiman laju. "Err... salah ke?" soal Aiman perlahan.

"Tak salah pun. Ajak lah" balas Adam. "Lagi ramai lagi bagus. Meriah sikit" kata Haffiy pula. "Memang tu pun aku nak cakap. Aku dah bincang dengan Nazira tadi masa bertugas" kata Ikmal tiba-tiba. "So diorang dah setuju lah?" soal Aiman. "Entahlah. Nazira tak cakap apa-apa lagi" jawab Ikmal. "Pergi lah tanya dia" kata Rizz. "Nanti lah" jawab Ikmal malas.

"Pergi je lah" kata Fire Boys serentak. "Okey fine, aku pergi" kata Ikmal pasrah. Ikmal bergerak ke arah Ice Girls dengan malasnya.

"Nazira" panggil Ikmal. Ice Girls menoleh serentak. "Ye, nak apa?" soal Nazira. "Sini sekejap" jawab Ikmal. Nazira hanya menurut dan meninggalkan Ice Girls sebentar. "Kenapa?" soal Nazira pelik. "Kau dah tanya belum kawan kau?" soal Ikmal teruja. "Tanya apa?" soal Nazira kembali. "Tanya tentang hangout kita petang ni lah" jawab Ikmal.

"Oh, belum. Aku lupa" balas Nazira lalu tersengih. "Lepas ni kau tanya tau. Dah dapat jawapan terus bagi tau aku okey?" pesan Ikmal sebelum pergi. "Okey" jawab Nazira sambil mengangguk laju. Nazira kembali semula pada Ice Girls.

"Petang ni kita hangout nak?" soal Nazira kepada Ice Girls. "Nak. Aku bosan duduk dekat rumah je" jawab Izzati ceria. "Boleh je. Lagi pun aku free petang ni" jawab Maira pula. "For what?" soal Aqila pelik. "Ya, kita bukan ada apa yang perlu dicari pun" jawab Irin pula.

"Okey, aku jujur lah. Sebenarnya Fire Boys yang ajak" kata Nazira malas. "Hah! Kenapa tak cakap awal-awal?" soal Izzati terkejut. "Korang tetap kena pergi" kata Izzati tegas pada Irin dan Aqila. "What...?" kata Aqila pelik. "Boleh lah. Lagi pun duduk dekat tu kita dapat apa je? Baik jalan-jalan dekat luar. Dapat juga kita menghirup udara segar" kata Izzati sedikit merayu. "Udara segar dalam shopping mall?" soal Irin pelik.

"So, nak pergi ke tak ni?" soal Nazira yang hampir hilang sabar. "Nak. Semua kena pergi. Ini arahan" jawab Izzati laju mewakili rakannya yang lain. Ice Girls mengeluh pasrah. Setelah itu Nazira pergi ke arah Ikmal dan memberi tahu jawapan mereka. "Petang ni, pukul 3 semua dah siap" kata Izzati tegas.

____________________

"Mana diorang ni wei? Kata pukul 3, ni dah lama sangat kita tunggu ni" kata Maira merungut. "Lama apanya? Baru lambat lima minit kot" balas Izzati geram. "Lambat lah jugak tu" rungut Irin pula. "Sabar sikit boleh tak? Sabar tu kan separuh daripada iman?" kata Nazira yang juga geram dengan rakan mereka.

"Aku nak pergi tandas boleh tak? Tak tahan lah" kata Aqila tiba-tiba. "Pergilah. Tapi jangan lama-lama tau?" Izzati menjawab memberi kebenaran. "Irin, teman aku" kata Aqila lalu menarik lengan Irin tanpa persetujuan daripadanya. "Jangan tarik aku lah anjing" marah Irin, namun dirinya tetap ditarik.

5 minit berlalu...

"Hai, sorry lambat sikit. Jalan jam tadi" kata Adam memohon maaf kerana lambat. "Habis tu kitorang datang sini naik kapal terbang ke?" soal Maira selamba. "Dah tahu petang jalan jam, gerak lah awal sikit" sambung Nazira pula. "Okey, sorry sangat-sangat. Janji lain kali tak buat lagi" balas Aiman sambil tersenyum manis.

"Alah, tak apa lah. Bukannya lambat sangat pun. 10 minit je. Kitorang Tak marah pun. Kan korang kan?" kata Izzati memujuk. Maira dan Nazira mengangguk terpaksa akibat dipandang dengan panahan mata tajam dari Izzati. Fire Boys menghembus nafas lega.

"Jom lah kita pergi makan dulu. Kami belanja sebab dah lambat kan?" kata Ikmal membuka tawaran. "Okey, memang dah lapar ni. Sikit lagi nak makan orang tadi" kata Izzati berseloroh. "Tapi sebelum tu, korang datang bertiga je ke?" soal Haffiy pelik.

"Eh, haah lah. Qila dengan irin pergi tandas tadi" jawab Nazira. "Qila ni buang air ke beranak dalam tandas tu? Dah lah Irin diseretnya sekali" kata Maira selamba. "Saya tak apa-apakan dia eh" balas Rizz tiba-tiba sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas. "Tak sempat lagi nak buat kan?" sambung Adam pula. "Eh, bongok lah. Bersambung-sambung pulak. Geli tahu tak" kata Nazira geram.

"Kita makan dulu lah. Korang call je lah diorang nanti bagi tahu kita dekat mana" cadang Haffiy. "Okey lah kalau macam tu" jawab Maira. "Makan dekat depan tu je lah" cadang Izzati. "Boleh lah. Aku dah lapar sangat ni" jawab Aiman pula. Ice Girls dan Fire Boys berjalan ke arah restoran yang berada tidak jauh dari mereka.

"Call diorang wei" kata Nazira pada Izzati. Izzati mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor seseorang. Lama, tanpa jawapan. "Dia tolak..." kata Izzati geram. "Kau call siapa tu?" soal Maira. "Aqilah" jawab Izzati sepatah. "Cuba call Irin pulak" cadang Nazira. Izzati mencuba untuk menelefon Irin pula. Lama... dan akhirnya dijawab.

"Hello?" soal Irin perlahan. "Haa.. Korang dekat mana? Tak habis lagi ke?" soal Izzati kembali. "Dah. Qila baru je keluar" jawab Irin. "Bagus. Ni kitorang dekat restoran dekat dengan tempat tadi kita tunggu tu tau" kata Izzati mendatar. "Oh, okey. Nanti kitorang pergi sana" jawab Irin. "Cepat tau?" kata Izzati mendesak.

Tut...

"Dia letak macam tu je?" kata Izzati geram. "Dah habis. Diorang dekat mana?" soal Maira. "Diorang on the way" jawab Izzati malas. "Jom duduk sana" kata Maira sambil menunjuk ke arah rakan mereka yang lain. Izzati dan Maira berjalan dengan perlahan ke meja mereka.

___________________

"Haa... siap pun. Lambat betul" kata Irin geram. "Hehe... sorry" balas Aqila sambil tersengih. "Jom. Izzati baru call aku tadi, dia cakap diorang ada dekat restoran tak jauh dari tempat kita tunggu tadi" kata Irin pada Aqila. "Dia call aku jugak tadi. Tapi, aku tolak. Tak kan aku nak jawab dalam tandas pulak" balas Aqila sambil mereka berjalan keluar dari kawasan tandas.

"Agak-agak restoran yang mana satu?" soal Irin sambil melihat restoran di sekelilingnya. "Yang tu kot. Aku dapat rasa aura diorang dekat situ" jawab Aqila sambil menunjuk ke arah sebuah restoran. "Pergi je lah dulu. Kalau betul power lah kau" putus Irin. Aqila mengangguk dengan bangganya. Mereka berjalan perlahan sambil menoleh-noleh ke kiri dan ke kanan mencari rakan mereka.

"Tu woi" kata Aqila tiba-tiba sambil menepuk bahu Irin di hadapannya. Bahu Irin sedikit terhinjut akibat terkejut tiba-tiba ada tangan yang memegangnya. "Kau ni terkejut aku" kata Irin sedikit berang. "Sorry.." kata Aqila sambil tersengih. "Mana?" soal Irin lagi. "Tu..." kata Aqila sambil menunjuk ke arah sebuah meja yang diduduki rakan mereka.

"Power lah kau. Tepat tekaan kau tadi" puji Irin sambil tersenyum memandang Aqila. "Malas je nak riak" kata Aqila sambil tersenyum nipis. Irin memandangnya geram. Irin berjalan laju meninggalkan Aqila yang masih dengan perasaan bangganya di belakang. "Woi, tunggu lah" kata Aqila kuat lalu mengejar Irin.

"Assalamualaikum" tegur Irin pada Ice Girls dan Fire Boys. "Lama betul pergi tandas" kata Izzati sebaik sahaja habis menjawab salam Irin. "Woi, tak guna, penat aku kejar kau" marah Aqila pada Irin sebaik sahaja dia tiba di meja tersebut. "Opss... terlupa kau dengan aku" kata Irin selamba. "Dah, tak payah nak bergaduh. Pergi order makanan sendiri cepat. Siapa lambat tinggal" Maira memberhentikan pergaduhan mereka dengan ugutan.

Terus Aqila berlari laju ke kaunter untuk memesan makanan. Diikuti Irin di belakangnya. "Lumba tak ajak" kata Irin sebelum turut berlari.

"Bilakah diorang nak matang ye?" soal Nazira dengan nada pasrah. "Biarlah... Asalkan diorang bahagia" balas Ikmal perlahan. "Bahagia sangat" kata Haffiy pula. "Rasanya dah terlebih bahagia tu" sambung Izzati lalu tersenyum.

Tak lama selepas itu, Irin dan Aqila tiba dengan dulang makanan di tangan mereka. "Boleh tahan abang yang ambil order tadi tu" kata Aqila pada Irin. "Berminat ke?" soal Irin. "Of course lah... badan dia fit. Buat bantal peluk best tu" balas Aqila dengan senyuman lebar.

"Abang mana?" soal Rizz tiba-tiba. "Tu" jawab Irin sambil menunjuk ke arah seorang pekerja di bahagian kaunter. Rizz berdiri. "Nak pergi mana?" soal Aiman pelik. "Nak buat perhitungan dengan dia" jawab Rizz selamba. "Aku join" kata Adam tiba-tiba sambil turut sama berdiri. "Tak payah nak mengada. Duduk" arah Izzati tegas.

Irin dan Aqila menjelirkan lidah pada Adam dan Rizz. "Ni dua orang ni tak nak duduk ke?" soal Maira sinis. Laju Irin dan Aqila duduk di antara Izzati dan Maira.

BERSAMBUNG...

Highschool Love [C]Where stories live. Discover now