"Tahniah kepada adik Adam dan juga adik Irin kerana memenangi anugerah tersebut" kata pengacara itu pada Adam dan Irin. "Seterusnya saya akan mengumumkan nama yang berjaya mendapat title King dan Queen bagi malam ini! Korang nak tak tahu siapa yang menang!?" soal pengacara majlis itu semangat. "Kalau ada yang jawab tak nak tahu agak-agak dia bagi tahu juga tak?" soal Aqila pada Rizz. "Cuba lah jerit kalau nak tahu" jawab Rizz selamba.
"Tak nak!" jerit Aqila kuat. Pantas Rizz menutup mulut Aqila dan membawanya ke dalam pelukan. Semua pelajar memandang ke arah mereka termasuk Fire Boys dan Ice Girls. "Kenapa lah kau ni lembab sangat?" bisik Rizz pada Aqila. "Tadi kau suruh cuba" marah Aqila sambil menolak Rizz. Aqila baru tersedar yang semua orang memandang mereka. Aqila menunduk dan kembali menyorok menggunakan badan Rizz. "Tadi tolak aku" kata Rizz tidak memandang Aqila.
"Mana lah aku tahu semua pandang kita!" balas Aqila perlahan. "Not kita, but only you" balas Rizz. Rizz tersenyum sambil memandang Aqila yang berada rapat di hadapannya. "Korang baru je berbaik tadi dah gaduh balik?" soal Aiman sinis. "Gaduh manja Man" balas Rizz tenang sambil meletakkan tangannya di bahu Aqila. "Mesti kita yang menang kan sayang?" kata Misya sambil meletakkan kepalanya di bahu Rizz. Rizz tidak mengendahkan kata-kata Misya dan memandang Aqila yang masih menyorok.
"Title King dan Queen jatuh kepada... Rizz dan Aqila!" jeritnya kuat dan bersemangat. Semua pelajar termasuk Fire Boys dan Ice Girls bersorak kuat. Rizz tergamam. "Qila! Kau dapat title Queen wei!" kata Maira yang berada di sebelah Aqila sambil memegang kedua-dua belah bahu Aqila. "Apa? Kenapa?" soal Aqila pelik. "Ya Allah, kenapalah lembab kau ni datang sekarang? Kau menang lah bengap" kata Irin selamba pada Aqila.
"Ye ke? Yey!!" jerit Aqila riang setelah mengetahui dirinya mendapat gelaran Queen itu. Lambat tangkap betul lah dia ni. "Rizz, kau hidup lagi tak?" soal Ikmal selamba pada Rizz. Rizz kembali tersedar dan memandang Aqila di sebelahnya. "Jom" kata Rizz sambil menarik tangan Aqila. "Kita nak pergi mana?" soal Aqila pelik. Ice Girls dan Fire Boys menepuk dahi mereka. "Aduh dia ni... Pergi naik pentas lah" kata Izzati geram. Aqila pantas mengikut Rizz berjalan ke atas pentas.
"Kau dapat title King eh Rizz?" soal Aqila pada Rizz di sebelahnya. "Keluar lagi soalan daripada mulut kau, aku cium kau" kata Rizz mengugut. Aqila memandang Rizz geram dan berjalan lebih laju di hadapan Rizz. Pentas itu dinaiki oleh Aqila dan diikuti Rizz di belakangnya. Akibat daripada perasaan teruja yang terlalu menggunung, Aqila secara tidak sengaja terpijak kainnya sendiri dan menyebabkannya hilang keseimbangan. Aqila dalam perjalanan terjatuh ke belakang (macam pelik je bunyinya).
'Habislah aku. Mesti malu punya. Mana aku nak sorok muka aku lepas ni. Dalam kain aku yang derhaka ni ke?' sempat lagi Aqila bersoal jawab di dalam hatinya. Namun sebelum badannya mencecah lantai, seseorang merangkul pinggangnya dan menahannya daripada terus terjatuh. Aqila pantas berpaut pada leher orang yang menyelamatkan maruahnya itu. Mata mereka bertentang. Masa seakan terhenti.
Dup...dap...dup...dap
Jantung mereka masing-masing berdegup kencang.
Kceck! (Bunyi kamera)
Seorang jurukamera sempat mengambil gambar mereka dalam keadaan begitu.
"Okey next pose!" kata jurukamera itu. "Bang, ni belum masuk sesi bergambar lagi bang" bisik seorang belajar kepada jurukamera itu. "Oh bukan eh? Sorry...sorry..." kata jurukamera itu lalu berlalu pergi. Kata-kata jurukamera itu tadi menyedarkan Rizz dan Aqila. Pantas Rizz membantu Aqila berdiri dan membetulkan bajunya. "Kau okey?" soal Rizz prihatin pada Aqila. Aqila mengangguk perlahan. Ramai pelajar yang tersenyum-senyum memandang mereka. Dan ada juga yang berbisik dengan rakan sebelah.
Mereka menyambung perjalanan mereka ke tengah pentas. Para pelajar mula bersorak riang. Dan itu membuatkan Rizz dan Aqila bertambah malu. "Dik, kenapa muka merah-merah. Nak cendol ke?" kata pengacara tadi berseloroh. Para pelajar tertawa dengan jenaka pengacara itu. "Rizz, pengacara tu banyak tanya. Kau tak nak cium dia ke?" soal Aqila pada Rizz. Rizz membesarkan matanya memandang Aqila. Setelah itu mereka berdua disarungkan dengan selempang yang masing-masing bertulis King dan Queen. Seterusnya, mahkota pula diletakkan di atas kepala mereka.
Beberapa keping gambar diambil sebelum Aqila dan Rizz kembali semula ke rakan mereka. Sebaik sahaja Rizz dan Aqila ke tempat mereka tadi, Hot Guys dan Love Girls sudah pun tiada. Mungkin sakit hati dengan kemenangan Fire Boys dan Ice Girls.
"Ada orang tu main peluk-peluk wei tadi dekat atas pentas" kata Izzati mengusik. "Ye, doh... Jealous aku" sambung Haffiy pula. "Kalau awak nak saya boleh tolong" balas Aiman pada Izzati. Izzati menampar perlahan lengan Aiman. "Kau tak nak cakap dekat aku macam Aiman juga ke?" soal Haffiy pada Maira. "Diam lah kau single. Tadi cakap nak kahwin empat sangat kan. Pergi lah cari bakal bini kau yang lain" jawab Maira seakan merajuk dengan Haffiy. "Alaa.. Aku gurau je lah. Aku sayang kau sorang je. Aku nak kahwin dengan gadis yang bernama Syamaira Adawiyah je" balas Haffiy selamba. Malu Maira mendengar kata-kata Haffiy itu. "Aduh... Aku pula yang cair ni" kata Irin tiba-tiba. "Woi, aku hidup lagi dekat sebelah kau ni eh" balas Adam geram. Irin tersengih memandang Adam.
"Yey! Malam ni kita punya!" jerit Ikmal bersemangat secara tiba-tiba. "Apa lagi? Jom lah kita ambil gambar ramai-ramai? Memandangkan semua dah ada ni" kata Adam pula. Fire Boys dan Ice Girls bersetuju dan berjalan keluar dari dewan. Taman menjadi pilihan mereka untuk mengambil gambar kenangan. Banyak gambar yang diambil oleh mereka dengan bermacam-macam gaya.
"Semua buat muka unta wei!" kata Ikmal kepada rakan-rakannya. Dan semua hanya mengikut sahaja. "Muka katak pula!" kata Adam pula. Macam mana muka unta dengan katak eh? "Sudah lah tu buat gaya pelik-pelik. Kita buat yang sweet-sweet lah pula" marah Izzati pada Ikmal dan Haffiy. Dari tadi mereka berdua yang banyak menyuruh membuat gaya yang pelik-pelik. "Kalau macam tu cium pasangan masing-masing!" jerit Aiman riang. "Woi! Haram woi!" jerit Ikmal kuat.
Tanpa mereka sedari, ada seorang gadis yang memerhatikan mereka dari jauh. "Kenapa dia tak nak maafkan aku?" soal Misya sendirian. Dirinya melihat dari jauh kemesraan Fire Boys dan Ice Girls. "Aku tahu aku salah. Tapi, tak boleh ke dia lupakan je semua kisah lama tu?" katanya lagi lalu terduduk di balik dinding yang menghalang sesiapa pun dari melihatnya. Air matanya perlahan-lahan mengalir. Kawan-kawannya yang lain entah ke mana. Dia ditinggalkan oleh mereka sebaik sahaja keluar dewan tadi.
"Kau kenapa?" soal seseorang pada Misya. Misya mengangkat wajahnya memandang siapa yang menegurnya. "Tak ada apa-apa Is" jawab Misya perlahan. Ketika itu Iskandar berjalan berseorangan dan dia terlihat Misya yang seorang diri memandang Fire Boys dan Ice Girls dari jauh sebelum terduduk menangis. "Kenapa kau nak kan sangat dekat Fire Boys tu?" soal Iskandar ingin tahu. "Haih... Dia berbeza daripada lelaki lain weh. Dia sayang sangat dekat aku. Tapi aku..." Misya tidak menghabiskan kata-katanya.
"Maksud kau?" soal Iskandar pelik. "Kau tak perlu tahu. Semua tu cerita lama. Yang tahu aku dan Fire Boys je" balas Misya lalu berdiri semula. Air matanya dikesat. "Kau pernah jumpa Fire Boys sebelum dia masuk sekolah ni?" soal Iskandar lagi. Misya mengangguk perlahan. "Kau buat apa dekat sini? Mana kawan kau yang lain?" soal Misya pula pada Iskandar. "Saja. Ambil angin sikit. Rimas lah aku dengan diorang semua tu" jawab Iskandar selamba. "Mana kawan kau semua?" soal Iskandar kembali.
"Entah lah. Masa kita keluar dewan tadi, aku terjatuh. Lepas tu aku tengok belakang diorang dah tak ada. Diorang tinggalkan aku sorang-sorang" jawab Misya perlahan. Jatuh rasa simpati Iskandar pada Misya. "Tak apa lah. Biar aku teman kau cari kawan-kawan kau" kata Iskandar perlahan. Misya mengangguk setuju.
BERSAMBUNG...
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)