Flashback...
Aqila berjalan keluar dari kedai topi tersebut seorang diri. Tanpa Rizz dengannya. Pandangan dibawa ke kiri dan ke kanan sambil dia berfikir mahu ke mana.
"Woi" panggil Rizz selepas keluar dari kedai topi tadi. Aqila melihat ke arah Rizz sekilas dan menoleh ke hadapan semula. "Oh... Sombong eh. Orang panggil tak nak jawab pun" kata Rizz setelah melihat reaksi Aqila. "Kau panggil aku ke? Nama aku 'woi' eh?" soal Aqila sinis. "Okey, sorry. Hmm... Aqila... Awak, kita panggil ni" balas Rizz manja. "Menyampah lah. Berambus kau dari sini" halau Aqila geram. "Aku cakap kasar salah. Aku cakap elok-elok pun salah?" soal Rizz pelik.
"Kau nak apa sebenarnya ni?" soal Aqila yang hampir hilang sabar. "Aku nak cabar kau buat sesuatu" jawab Rizz sambil memainkan keningnya. Aqila memandang Rizz pelik. "Cabar apa?" soal Aqila malas. "Tada!" Rizz mengeluarkan satu beg kertas yang sama seperti di tangan Aqila. Aqila hanya memandang kosong. Rizz mengeluarkan dua topi yang berwarna hitam. Satu ada huruf 'R' dan satu lagi ada huruf 'Q'. "For what?" soal Aqila mendatar. "Aku cabar kau pakai cap ni masa hari sukan nanti" jawab Rizz tenang. "Hah?" Aqila bereaksi tidak mengerti. "Pakai je bukannya susah pun" kata Rizz lagi.
"Okey, no hal" jawab Aqila yang tercabar dengan kata-kata Rizz. Aqila mencapai topi yang berhuruf 'Q' di tangan kiri Rizz. Pantas Rizz menarik tangannya ke belakang. "Aip. Kau kena pakai yang ni" kata Rizz lalu meletakkan topi yang berhuruf 'R' di kepala Aqila. "Kenapa pulak? Geli aku. Kau ingat aku tak tahu ke R ni membawa maksud nama kau" balas Aqila selamba. "Accept or not?" soal Rizz tidak membalas kata-kata Aqila tadi. Aqila diam sejenak. "Kalau aku terima aku dapat apa?" soal Aqila mula mempertimbangkan cabaran Rizz. "Kau boleh minta apa-apa je dekat aku" balas Rizz yakin sambil tersenyum. Aqila mengambil topi tersebut dari pegangan Rizz.
Aqila senyap semula. "Balik ni aku fikirkan lagi" putus Aqila lalu berjalan meninggalkan Rizz. "Okey. Hati-hati jalan tu. Jangan sampai jatuh. Waalaikumsalam" balas Rizz sambil tersenyum ceria. Plannya berjaya. Ada Aqila bagi salam ke? Dalam hati rasanya.
End Flashback...
"So, kau lah yang mulakan?" soal Adam tidak percaya. Rizz mengangguk perlahan. "Aku bagi dia pilihan eh. Bukan aku nak sangat" kata Rizz membela diri. "Eii... Tak malu" ejek Ikmal pada Rizz. "Baik kau diam sebelum aku belasah kau" ugut Rizz garang. Ikmal cepat-cepat bersembunyi di belakang Aiman. "Nak pulak dia terima eh" kata Aiman pelik sambil mengetuk dagunya perlahan. "Dia nak bankrapkan aku lah tu. Habis duit aku hari ni sebab beli makanan dia je" balas Rizz geram.
"Hmm... Sudahnya kitorang yang habiskan makanan tu" sambung Haffiy perlahan. "Rezeki kita lah kan? Dapat jugak merasa Rizz belanja makan" balas Adam selamba sambil tersenyum gembira. Rizz memandang Adam geram. "Eh lupa pulak nak tanya. Sedap tak kitorang masak Rizz?" soal Aiman teruja pada Rizz. "Tak sedap langsung. Tak boleh buat bini korang semua ni" jawab Rizz selamba sambil menggeleng. Aiman menunduk memandang lantai.
"Sampai hati kau cakap macam tu. Penat kitorang masak, kau cakap tak sedap pulak. Hmm...." kata Haffiy sedih. "Ye lah... Boleh lah tahan masakan korang tu. Yang penting aku tak sakit perut lepas makan" balas Rizz memujuk rakannya. "Nasib baik kau betulkan balik kata-kata kau. Kalau tak aku nak merajuk dengan kau tadi" kata Aiman geram. "So, kitorang boleh jadi isteri mithali tak?" soal Adam. "Eh, tak boleh... Tak boleh. Kesian dekat bakal suami kau dapat isteri yang ada sama 'alat' dengan dia. Macam mana kau nak dapat anak nanti kan?" jawab Rizz sambil menggeleng perlahan.
"Alaa... Aku baru nak try kau" balas Adam selamba sambil memuncungkan bibirnya. Gelengan Rizz yang perlahan bertukar kepada laju. "No..no..no.." kata Rizz perlahan sambil berdiri dari duduknya dan kemudian berlari laju ke arah biliknya. "Tunggu Rizz!" jerit Adam lalu mengejar Rizz. "Nak ikut jugak!" jerit Ikmal ceria lalu mengikuti langkah Adam. Kedengaran bunyi pintu bilik yang ditutup kuat dari arah tingkat atas rumah Fire Boys.
"Buka lah Rizz!" jerit Adam sambil mengetuk pintu bilik Rizz. "No! Aku nak call bomba!" balas Rizz dari dalam bilik. Aiman dan Haffiy yang berada di bawah hanya tertawa kecil melihat gelagat rakan mereka.
______________________
"Morning semua!" kata Irin ceria sebaik sahaja masuk ke dalam kelas. Diikuti Ice Girls di belakangnya. Muka masing-masing ceria je. "Good morning guys!" kata Izzati pula lalu duduk di tempatnya. "Morning...?" balas Aiman pelik. Aiman kemandang Izzati dan Ice Girls. "Kenapa pandang kitorang macam tu? Ada yang tak kena ke?" soal Irin pada Aiman. Aiman menggeleng laju. "Tak... tak ada apa-apa. Cuma pelik kenapa korang happy semacam je pagi ni" jawab Aiman perlahan. "Happy pun salah ke?" soal Nazira yang entah bila berada di sisi Izzati.
"Tak salah. Cuma pelik lah. Selalunya pagi-pagi korang datang dengan muka beku, ni tiba-tiba je peramah dengan semua orang" jawab Adam di sebelah Aiman. "Entah lah. Pagi ni rasa macam tenang je hati ni. Tak rasa nak marah langsung" jawab Maira pula yang berada di sebelah Irin. "Ada apa-apa cerita yang best ke? Tak nak kongsi?" soal Haffiy. "Tak ada cerita. Mungkin sebab tu lah kitorang happy kot?" jawab Izzati sambil menggeleng perlahan.
"Baguslah kalau korang happy. Daripada masam je, habis semua orang kena marah" kata Rizz selamba. Ice Girls memandang Rizz geram. Malahan Fire Boys sekali memandang Rizz geram. Saja je nak cari marah orang. "Okey, aku senyap" kata Rizz perlahan sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya. "Korang ada dengar cerita tentang budak sekolah kita?" soal Aqila tiba-tiba. "Cerita yang mana satu?" soal Ikmal. "Ada satu kumpulan budak sekolah kita yang...." kata-kata Aqila terhenti sebaik sahaja dia melihat guru kelas mereka masuk.
"Morning class" kata guru mereka. Ice Girls dan Fire Boys kembali ke tempat duduk masing-masing. Kenapa dengan budak sekolah diorang ye?
Rizz yang masih penuh dengan tanda tanya memandang Aqila di hadapannya. Kakinya menendang kaki Aqila di bawah. Aqila sedikit terkejut lalu memandang Rizz geram. "Kenapa dengan budak sekolah kita?" soal Rizz dalam keadaan berbisik. Aqila tidak mengendahkan soalan Rizz dan kembali memandang ke hadapan. Rizz sekali lagi menendang kaki Aqila. Namun lebih kuat. "Aww.." rintih Aqila perlahan sambil mengusap perlahan kakinya yang ditendang. "Apa lagi?" soal Aqila geram. Nada suaranya ditahan supaya tidak didengari guru mereka. "Jawab lah soalan aku" kata Rizz geram.
"Sabar sikit tak boleh ke? Rehat nanti aku cerita lah" balas Aqila geram. "Cakap je lah dengan aku" kata Rizz memaksa. "Nanti..." sekali lagi kata-kata Aqila dipotong. "Aqila, seronoknya kamu berbual di belakang ye? Faham tak apa yang saya ajar ni?" kata guru mereka tegas. "Maaf cikgu" jawab Aqila perlahan. "Sudah. Tumpukan perhatian" kata cikgu tegas dan kembali mengajar.
5 minit Rizz senyap kemudian dia kembali mengganggu Aqila. Kakinya sekali lagi menendang kaki Aqila. Aqila memandang Rizz tajam. "Cerita lah dengan aku wei" kata Rizz perlahan. "Tak nak" jawab Aqila geram. "Weh..." panggil Rizz. "Diam lah. Aku nak fokus ni" marah Aqila perlahan. "Aku bosan. Layan lah aku" balas Rizz dengan nada manja.
"Rizz dan Aqila kamu berdiri sekarang! Dari tadi saya nampak kamu berdua berbual" kata guru mereka sambil memandang Rizz dan Aqila geram. Rizz yang terkejut pantas berdiri tegak. Aqila pula kelihatan tercengang. Bukan salah dia. Aqila memandang Rizz geram sambil berdiri. Rizz tersengih memandang Aqila. "Sorry" kata Rizz pada Aqila. "Diam lah kau. Ni semua salah kau" balas Aqila geram.
"Dah berdiri pun masih nak berbual juga. Kalau macam ni berdiri dekat luar kelas!" sergah guru mereka garang. Aqila terdiam dan terkejut dengan kata-kata guru mereka itu. Rizz pula menggaru kepalanya dan berjalan perlahan ke luar kelas. "Tunggu apa lagi? Keluar lah" kata cikgu pada Aqila. Dengan lemah Aqila membawa langkahnya ke luar kelas. Belum pernah dia didenda sebegini. Ni semua salah Rizz. Ice Girls memandang Aqila simpati. Fire Boys pula menahan tawa melihat rakan mereka didenda. Reaksi yang berbeza.
BERSAMBUNG...
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)