"Korang rasa diorang pergi mana?" soal Haffiy yang sedang memandu kereta. "Entah lah wei. Kita pusing-pusing je dulu" jawab Aiman. "Cuba kau call Irin ke, Qila ke" cadang Ikmal pula. "Otak kau. Nanti kantoi lah" marah Maira pada Ikmal. "Habis tu macam mana lagi. Tak kan sampai esok kita nak pusing-pusing dekat roundabout ni?" soal Ikmal geram. Ya, dari tadi mereka hanya berpusing-pusing di roundabout itu. Kali ni dah masuk pusingan ke 10.
"Betul juga cakap kau tu. Woi Haffiy! Kenapa kau pusing dekat sini je. Pergi lah tempat lain" marah Izzati pada Haffiy. "Mana lah aku tahu nak pergi mana. Aku tanya, sorang pun tak jawab" balas Haffiy geram. "Guys! Tengok ni!" kata Nazira kuat sambil menunjukkan sesuatu di telefonnya. Aiman, Izzati dan Maira yang duduk di belakang melihat ke arah telefon Nazira. "Gila betullah Rizz ni" kata Aiman geram. "Apa benda wei?" soal Haffiy yang kebingungan.
"Haffiy, pergi mall" arah Maira ada Haffiy. Haffiy yang masih penuh dengan tanda tanya hanya menurut sahaja. Keretanya ditukar arah menuju ke shopping mall.
___________________
"What the f...." kata Aqila geram sambil melihat telefonnya. "Kenapa?" soal Adam yang berjalan di sebelah Aqila. Aqila memberikan telefonnya kepada Adam. Adam melihat gambar yang di muat naik oleh Rizz sebentar tadi. "Wedding ye?" soal Adam sambil tersenyum sinis. "Tempat ni macam dekat-dekat sini je. Jom kita cari?" kata Aqila pada Adam. "Tak payah" balas Adam ringkas. "Aku ada rancangan lain" sambung Adam lagi. Adam memandang Aqila lalu tersenyum manis.
"Apa?" soal Aqila bingung. Adam menarik tangan Aqila ke suatu tempat. Aqila diam tidak membantah dan hanya mengikut langkah kaki Adam. Adam memberhentikan langkahnya di hadapan sebuah kedai barangan kemas. "Kita nak buat apa dekat sini? Aku cakap aku nak cari baju kan?" soal Aqila pelik sambil memandang Adam. Adam tidak menjawab lalu menarik Aqila masuk ke dalam kedai tersebut. Tanpa mereka sedari ada yang memerhati.
"Pilih satu" arah Adam pada Aqila. "Untuk apa?" soal Aqila yang masih lagi kebingungan. "Pilih je lah" Adam berkata geram. "Aku tak reti pilih" balas Aqila perlahan. "Haih kau ni... Perempuan ke bukan?" soal Adam selamba. Aqila membesarkan matanya memandang Adam. "Cik, boleh tolong pilihkan cincin yang sesuai tak untuk dia?" pinta Adam pada perkerja yang dari tadi memerhatikan gelagat mereka.
"Encik nak cari cincin untuk apa ya? Majlis pertunangan atau pernikahan? Berapa harga yang encik nak?" soal pekerja itu lembut. "Untuk nikah. Harga tak kisah berapa pun" jawab Adam tenang. Pekerja itu mengambil beberapa kotak cincin dan diletakkan di hadapan Adam dan Aqila. "Pilih salah satu" kata Adam sambil memandang Aqila. Aqila menggeleng perlahan. Adam menghembuskan nafas panjang. "Saya nak yang ni" Adam memilih salah satu cincin tersebut.
"Kau nak buat apa ni Adam?" soal Aqila sebaik sahaja mereka keluar dari kedai tersebut. "Kita balas dendam lah" jawab Adam lalu mengeluarkan cincin tersebut dan dihulurkan kepada Aqila. "Maksud kau?" soal Aqila lembab. "Ish, kau ni lambat betul lah. Kita post lah pulak gambar cincin ni dekat instagram" jawab Adam geram. Adam menarik tangan Aqila dan menyarungkan cincin tersebut di tangannya. "Okey! Aku dah faham!" kata Aqila kuat sambil tersenyum. Adam memandang Aqila geram.
Lambat betul otak dia berfungsi. "Okay, now... Jom selfie!" kata Adam lalu mengeluarkan telefonnya untuk mengambil gambar. Gambar mereka berdua tersenyum bahagia sambil Aqila menunjukkan jarinya yang mempunyai cincin dipilih oleh Adam untuk di muat naik ke instagram dengan caption 'One step done!'. Aqila pula hanya memilih untuk mengambil gambar tangannya yang mempunyai cincin itu sahaja. Aqila meletakkan caption 'Someone give me surprise!!'.
Segala gerak geri mereka dari tadi lagi diperhatikan.
_________________
"Mana satu butik tu?" soal Ikmal. "Kita berpecah lah. Bagi tiga group. Senang nak cari" kata Haffiy pada mereka. Semua bersetuju dan seperti biasa, Aiman dengan Izzati, Ikmal dengan Nazira dan Haffiy dengan Maira. "Nanti kalau dah jumpa calling-calling eh?" kata Izzati pada mereka. Akhirnya mereka berpecah dan secara tidak sengaja Haffiy dan Maira terlihat Adam dan Aqila di tengah-tengah shopping mall itu. Mereka seperti membincangkan sesuatu dan kemudian Adam menarik Aqila ke suatu tempat.
"Apa diorang buat dekat situ?" soal Maira pada Haffiy. "Mana lah aku tahu. Kita follow je lah" balas Haffiy lalu mereka memerhatikan segala tindak tanduk Adam dan Aqila dari jauh. "Hah! Buat apa tu!?" soal Aiman memeranjatkan Haffiy dan Maira. "Ish korang ni... Terkejut aku" kata Maira geram. "Korang menghendap apa ni?" soal Izzati pelik. Maira menunjukkan ke arah kedai barang kemas yang dimasuki Adam dan Aqila.
"Kenapa? Korang nak beli cincin kahwin ke? Cepat betul buat kerja" kata Aiman berseloroh sambil tersenyum. "Aku lempang juga dia ni" balas Maira geram. "Bukan lah bengap!" marah Haffiy pula. "Habis tu?" soal Izzati lagi. "Tadi kitorang nampak Qila dengan Adam masuk sana. Kau rasa diorang buat apa?" jelas Maira pada Aiman dan Izzati. "Qila dengan Adam pun ada dekat sini?" soal Izzati terkejut. Maira menganggukkan kepalanya laju.
"So, tunggu je lah sampai diorang keluar ni?" soal Aiman pula. "Suka hati korang lah. Yang pasti aku nak tunggu" jawab Maira. "Macam mana?" soal Aiman pada Izzati. Tiba-tiba telefon Izzati berbunyi tanda ada yang menelefonnya.
"Dah jumpa ke?" soal Izzati sebaik sahaja menjawab panggilan daripada Nazira itu. "Dah jumpa. Diorang ada dekat tingkat 2. Kau dekat mana tu?" jawab Nazira dan menanyakan keberadaan Izzati. "Kita dekat tinggat berapa ni weh?" soal Izzati pada Maira. "Dua" jawab Maira ringkas. "Aku dekat tingkat dua juga ni. Tengah perhatikan Adam dengan Qila" jawab Izzati pada Nazira. "What? Diorang berdua pun ada dekat sini?" soal Nazira terkejut.
"Ye... Yang lebih memeranjatkan, diorang masuk kedai barangan kemas" kata Izzati pada Nazira lagi. "Weh berita tergempar ni! Okey lah. Nanti kita jumpa" kata Nazira sebelum menamatkan panggilan. "Okey" jawab Izzat. "Dah jumpa ke?" soal Haffiy laju. "Dah. Sama tingkat dengan kita. Mungkin area sana kot" jawab Izzati sambil menunjukkan kawasan sebelah kanannya yang memang penuh dengan butik pakaian.
Tidak lama selepas itu Adam dan Aqila keluar dan mereka mengambil beberapa gambar. "Apa lah yang diorang ni nak buat. Ada-ada je lah" kata Maira sambil menggelengkan kepalanya perlahan sambil melihat Adam dan Aqila. "Korang perhatikan diorang berdua tau. Aku nak pergi dekat Nazira pula. Jom Aiman" kata Izzati pada Maira dan Haffiy lalu berjalan pergi bersama Aiman. Maira mengangguk perlahan.
"Mana diorang?" soal Aiman tiba-tiba pada Ikmal dan Nazira. "Ish kau ni, tak reti bagi salam ke?" soal Ikmal geram. "Hehe... Sorry" Aiman tersengih pada Ikmal. "Tu haa" kata Nazira sambil menunjuk ke arah sebuah butik pakaian yang ada Rizz dan Irin di dalamnya. Kelihatan Irin yang sibuk memilih pakaian dan Rizz yang hanya memerhati.
_________________
"Nak warna hijau ke kuning ni?" soal Irin geram pada Rizz. "Suka hati kau lah. Kau yang pakai, bukan aku" jawab Rizz selamba. "Kau ni tak sporting langsung lah... Menyesal pula aku keluar dengan kau" kata Irin merungut. "Ish, ye lah. Aku rasa warna hijau lagi sesuai dengan kau" akhirnya Rizz mengalah dan membantu Irin membuat pilihan. "Hmm... Okey" Irin turut bersetuju dengan Rizz dan mengambil pakaian yang berwarna hijau itu.
Rizz kembali duduk dan mengeluarkan telefonnya semula. Banyak komen yang diterimanya setelah mamuat naik gambarnya bersama Irin tadi. "Nak sangat main dengan aku kan?" soal Rizz sendiri sambil tersenyum sinis. "Eh, dia post apa ni?" soal Rizz pelik dan melihat apa yang dimuat naik oleh Aqila di Instagram miliknya. "Wow! Surprise. Tapi dari siapa?" banyak persoalan yang bermain di fikiran Rizz ketika ini. Perasaannya bercampur-baur. Marah, cemburu ataupun sedih.
"Rizz, kau ada tengok apa yang Adam post tak dekat Instagram dia?" soal Irin tiba-tiba menghentikan persoalan yang bermain di fikiran Rizz. "Tak. Kenapa?" soal Rizz pelik. "Tengok ni" Irin menunjukkan sesuatu di telefonnya. "Oh... Jadi dia lah someone tu" Rizz mengangguk mengerti. "Kau dah siap?" soal Rizz pada Irin. "Dah" jawab Irin ringkas. "Kalau macam tu, jom" Rizz bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari bitik itu diikuti oleh Irin di belakang.
Rizz berjalan laju sambil melihat ke kiri dan kanannya. Secara kebetulan Rizz ternampak Adam dan Aqila yang sedang berjalan berduaan tidak jauh darinya. Langkah kakinya dilajukan ke arah mereka yang membelakanginya. Bahu Adam ditarik kuat sehingga Adam terdorong ke belakang. "Apa ni bro main tarik-tarik?" soal Adam geram tanpa mengetahui siapa yang menariknya. "Kau memang buat aku hilang sabar!" kata Rizz dengan mukanya kelihatan begitu marah sambil memegang kolar baju Adam. Tangan kanannya diangkat tanggi bersedia untuk menumbuk muka Adam. Dan...
BERSAMBUNG...
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Novela Juvenil[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)