Sebaik sahaja Fire Boys dan Ice Girls turun dari kereta masing-masing, semua pelajar yang sudah pun datang memandang mereka. Fire Boys dan Ice Girls berjalan beriringan bersama dengan pasangan masing-masing menuju terus ke bilik pengawas. Mereka berkumpul dahulu di situ sebelum majlis bermula. Aiman, Ikmal, Haffiy, Izzati, Nazira dan Maira berpandangan sesama mereka lalu tersenyum. Malam ini mereka akan pastikan rancangan mereka untuk memulihan hubungan Rizz, Adam, Aqila dan Irin berjaya.
"Cantik awak malam ni" bisik Aiman pada Izzati yang berada di sebelahnya. Izzati tersenyum malu. "Awak pun handsome sangat malam ni" balas Izzati pula. Aiman turut sama tersenyum. "Aqila" Adam memanggil Aqila yang sedang leka bermain telefonnya. "Ye" jawab Aqila sambil memandang Adam. "Ambil gambar jom dekat luar" kata Adam perlahan kerana dia tidak mahu yang lain dengar. "Jom" jawab Aqila lalu hendak berdiri namun ditahan Adam.
"Kau keluar dulu, lepas tu nanti aku follow kau dari belakang tau" bisik Adam pada Aqila. Aqila mengangguk bersetuju lalu berdiri. "Izzati, aku pergi tandas sekejap tau" kata Aqila kepada Izzati yang duduk paling hampir dengannya. "Nak aku teman ke?" soal Izzati prihatin. Aqila menggeleng perlahan sambil tersenyum. Aqila keluar dari bilik itu dan menunggu Adam di luar. Tidak lama selepas itu, Adam pun munculkan diri.
"Pergi taman jom. Cantik sikit" kata Adam lalu menarik tangan Aqila ke taman sekolah mereka. Semasa mereka tiba di taman, ada beberapa pelajar yang juga sedang mengambil gambar di situ. Adam dan Aqila hanya tersenyum pada mereka. "Kau ambilkan gambar aku sorang dulu" kata Aqila ada Adam lalu memberikan telefonnya pada Adam. Adam mengangguk dan mengambilkan beberapa gambar Aqila dengan pelbagai gaya. Seterusnya Aqila pula yang mengambilkan gambar Adam.
"Minta tolong budak tu lah ambilkan gambar kita berdua" kata Aqila pada Adam sambil menunjuk beberapa pelajar yang tidak jauh dari mereka. "Adik. Tolong ambilkan gambar kami berdua boleh?" soal Adam pada pelajar tersebut. Pelajar itu bersetuju dan mengambilkan gambar mereka. Banyak juga gaya yang mereka peragakan hinggakan mereka tidak sedar sudah berapa lama mereka di situ. "Abang dengan akak berdua ni couple ke?" soal pelajar itu tiba-tiba. Adam memandang Aqila, Aqila juga memandang Adam.
"Tak ada lah" jawab Adam jujur. "Habis tu yang korang post dekat instagram tu apa?" soal pelajar itu pelik. "Itu saja je abang nak bergurau" jawab Adam selamba. "Abang Rizz dengan kak Irin pun sama lah?" soalnya lagi. Banyak tanya pula budak ni. Adam mengangguk perlahan. Setelah itu, pelajar tersebut berlalu pergi dengan rakannya yang lain. Perang kedua bermula. Adam dan Aqila memilih gambar yang sesuai dan kemudian dimuat naik di Instagram masing-masing dengan caption yang boleh membakar hati seseorang.
___________________
"Mana Qila ni? Lama betul dia pergi tandas" soal Izzati pelik. "Bila masa dia keluar? Aku tak nampak pun" kata Maira pelik. "Semua leka main telefon, mana nak nampak" balas Izzati sinis. "Adam mana eh?" soal Ikmal apabila dia perasan yang Adam tiada bersama-sama dengan mereka. "Yang tu aku tak tau" jawab Izzati. "Geng tengok ni" kata Haffiy tenang sambil menunjukkan sesuatu di telefonnya. Adam baru sahaha memuat naik gambar seorang wanita tatapi gambar itu dikaburkan dan dengan caption 'My princess💍❤'. Mereka memandang Rizz dan Irin yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
"Tengok ni pula" kata Nazira sambil menunjukkan sesuatu di telefonnya pula. Aqila memuat naik gambarnya bersama seorang lelaki dan gambar itu juga dikaburkan. Tiada caption yang ditulis oleh Aqila. Sekali lagi mereka memandang Rizz dan Irin. Tidak lama selepas itu Aqila pulang bersama dengan Adam.
Tepat jam 8.00 malam, majlis tersebut dimulakan. Dari bilik itu kedengaran jelas suara pelajar yang riuh-rendah dari dalam dewan. Fire Boys dan Ice Girls merupakan salah satu orang penting bagi majlis itu.
Tok...tok...tok...
"Masuk" kata Rizz dengan suara garaunya. Pintu dibuka dari luar. "Encik dan cik semua boleh turun ke bawah" kata seorang lelaki yang mungkin perkerja bagi malam itu. Rizz mengangguk dan menyuruhnya pergi. Fire Boys dan Ice Girls bangun dan bersedia untuk turun ke bawah, menuju ke dewan utama. Semua pelajar memerhatikan mereka semasa mereka turun melalui tangga.
Fire Boys dan Ice Girls duduk bersama-sama di meja VVIP. Dimulakan dengan Aiman, Izzati, Haffiy, Maira, Ikmal, Nazira, Adam, Aqila, Rizz, dan Irin. Kuat betul jodoh Rizz dengan Aqila ni. Selesai majlis pembukaan dan kata-kata aluan, plan mereka dimulakan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Novela Juvenil[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)