BAB 1

16.4K 614 37
                                    

Kring...kring...kring...

Bunyi jam loceng dari salah satu bilik mereka. "Aduh..jam siapa pulak yang bising sangat ni...ohh jam aku" kata Aqilah sendirian lalu mematikan jam tersebut. "Bukan cuti ke harini?" fikirnya. "Ehh!! harini first day sekolah lah. Ya Allah!! dah pukul 6.30 a.m" dengan pantas dia berlari untuk membersihkan diri dan bersiap untuk ke sekolah.

"Zati kenapa tak kejut Qila"rungut Aqila semasa turun dari tangga. Zati ni nama manja Izzati, hanya Ice Girl yang boleh panggil dia nama tu. "tak kejut kau cakap! Nak roboh rumah ni aku gegar sebab kejut kau dengan Irin! Tu dah bangun ke belum tu si Irin tu? Susah betul nak bangun pergi sekolah" bebel Izzati. Amboi sampai nak roboh ye. "Manalah orang tahu dia dah bangun ke belum " jawab Aqilah "Membebel pulak" sambungnya dengan nada berbisik. "Aku dengar tau.." kata Izzati dengan nada mahu marah.

"Dah..tak payah nak gaduh depan rezeki. Makan cepat.. nanti lambat pergi sekolah" kata Maira dengan tegas kepada rakannya itu. Kalau dilayan memang sampai esok tak habis diorang bergaduh.

Tak lama selepas itu Irin pun turun dengan sangat perlahan. "Hah tu, turun pun si Irin tu" kata Nazira kepada mereka sambil menunjuk Irin menggunakan mulutnya. "Ni malam tadi tidur pukul berapa ni?" tanya Maira dengan tegas. "Entahlah" jawab Irin dengan malas. "Tu lah... Lain kali kalau dah tahu esok nak sekolah tidur lah awal. Jangan nak main telefon je memanjang. Tak habis-habis main game lah tengok anime lah" bebel Izzati lagi. "ye lah.. Orang dah bangun dah kan" rungut Irin perlahan lalu duduk di atas kerusi meja makan.

"Dah makan cepat..Nak gerak dah ni" Maira mengingatkan mereka semua. Mereka pun menghabiskan makanan mereka dengan segera dan bergegas pergi ke sekolah menaiki kereta masing-masing.

____________________

Pelajar yang bising menjadi senyap seketika apabila lima buah kereta berjenama milik Ice Girls masuk ke perkarangan sekolah. Ada diantara pelajar yang berbisik-bisik sesama mereka. Juga termasuk Lovely Girls. Lovely Girls memandang Ice Girls dengan pandangan menyampah.

"Haih, pagi-pagi dah buat dosa" kata Nazira dengan sinis. "biasalah...orang kalau dah selalu buat dosa, sehari tak buat rasa macam tak lengkap pulak hari dia" balas Irin seolah ingin menaikkan lagi amarah Lovely Girls. "Tengok lah, pakai baju pun kalau boleh nak melekat kat badan" sindir Maira pula. Lovely Girls membuat muka geram dan berlalu pergi. Ice Girls tersenyum sinis antara mereka.

"Dah, jom masuk kelas" kata Aqila memotong percakapan rakannya. Mereka berjalan menuju ke kelas mereka di tingkat empat iaitu tingkat yang paling atas. Nazira, Maira dan Irin di depan. Aqila dan Izzati di belakang mereka. Sampai sahaja Ice Girls di kelas mereka iaitu kelas 5 STAR 1, mereka terus duduk di tempat masing-masing.

Kedudukan meja mereka berada di tengah. Bukan hadapan sekali, bukan belakang sekali. Meja Nazira, Maira dan Izzati bersebelahan di tengah kelas manakala meja Aqila dan Irin berada di tepi tingkap. Jadi, kedudukan mereka tidak lah berkumpulan. Di belakang mereka, semua meja kosong.

Pembelajaran mereka bermula selepas guru kelas mereka masuk.

____________________

"Wei ngantuk wei masa fizik tadi" rungut Irin lalu meletakkan kepalanya di atas meja kantin. "Betul tu" sokong Aqila terhadap kata-kata Irin.
"Banyaklah korang punya ngantuk, siapa suruh tidur lambat malam tadi" marah Maira kepada Irin dan Aqila. "Ehh..Irin sorang je ye yang tidur lambat. Aku tidur paling awal malam tadi" balas Aqila kepada Maira. "ye lah tu?" kata Nazira pula.

"Ishh.korang ni...." percakapan Aqila dipotong.

"Dah tak payah nak gaduh sangat. Pergi beli makanan cepat lepas ni kita nak bertugas" kata Izzati memotong percakapan Aqila. Izzati awal-awal lagi dah beli makanan.

Highschool Love [C]Where stories live. Discover now