"Jom turun makan malam. Aku dah lapar ni" kata Irin sedikit merayu kepada Ice Girls. "Nanti lah. Kita pergi dengan Fire Boys sekali. Kesian diorang asyik kena tinggal je" Izzati menolak perlahan. "Hmm... Ye lah" jawab Irin pasrah. 10 minit berlalu, masing-masing senyap.
Tok...tok...tok...
Izzati melangkah ke pintu bilik dan membukanya. "Jom pergi dinner?" ajak Aiman pada Ice Girls. Izzati memandang Ice Girls di belakangnya. Ice Girls mengangguk setuju. "Tunggu sekejap. Kitorang nak tukar baju" balas Izzati lembut. "Pakai kasut 'kita' yang macam saya pakai ni. Awak bawak kan?" bisik Aiman pada Izzati sambil menunjukkan kasut yang dipakainya.
Izzati mengangguk perlahan. Pintu ditutup oleh Izzati setelah mereka habis berbicara. "Cepat tukar baju, lepas tu turun bawah" arah Izzati tegas. Ice Girls bergegas menukar baju mereka.
Izzati dengan baju T-shirt berlengan panjang berwarna pink dipadankan dengan seluar hitam dan kasut yang dibelinya bersama Aiman dahulu. Juga berwarna tudung bawal berwarna meroon. Ice Girls hanya memakai pakaian santai mereka. Simple dan tidak menarik perhatian namun masih lagi kemas.
Izzati, Nazira dan Maira mengenakan sedikit make up yang tipis di wajah mereka. Dah malam buat apa nak cantik-cantik kan?
Izzati membuka pintu bilik mereka dan melangkah keluar. "Eh, ingatkan korang dah pergi dulu tadi. Rupanya ada lagi dekat sini" kata Izzati sedikit terkejut. "Tadi awak yang suruh tunggu" jawab Aiman sambil tersenyum. Izzati hanya tersengih. "Jom lah gerak. Aku dah lapar ni. Jangan sampai aku makan orang dekat sini" kata Adam tiba-tiba.
"Jom...jom...jom... Karang mengamuk pulak dia dekat sini" kata Izzati sebelum mula berjalan ke lift untuk turun ke bawah. Ice Girls dan Fire Boys berjalan bersama-sama turun ke restoran yang berada di bawah.
Aiman memakai sweater berwarna meroon dan berseluar hitam. Kasut berwarna pink sama seperti Izzati.
Haffiy berT-shirt lengan pendek yang fit berwarna biru. Jeans hitam. Berkaca mata hitam. Berkasut berwarna biru gelap. Fuh bergaya lain macam.
Ikmal berT-shirt lengan panjang berwarna jingga dengan songkok dikepala dan hanya memakai seluar slack hitam. Dan juga hanya memakai selipar. Tok imam in the house.
Adam pula memakai T-shirt berlengan pendek berwarna hijau dan berjeans hitam. Juga hanya memakai selipar.
Rizz memakai sweater berwarna hitam dan berjeans hitam. Kasut berwarna grey. Topi berwarna grey dikepalanya kemudian ditutup dengan hoody.
Sampai sahaja di restoran Adam dan Irin sudah hilang dari radar. Nampak makanan terus lesap. Ice Girls dan Fire Boys mengambil tempat duduk mereka dan memesan makanan.
_____________________
IZZATI DAN AIMAN POV
"Emm... Kenapa awak bawak saya pergi sini?" soal Izzati kepada Aiman. Aiman membawanya berjalan-jalan di tepi pantai. Hanya mereka berdua. "Saja. Ambil angin" jawab Aiman perlahan. Matanya kekal memandang laut. Izzati hanya diam mendengar jawapan Aiman. Sama-sama menghayati keindahan di hadapan mereka.
"Izzati" kata Aiman tiba-tiba. Pantas Izzati memandang Aiman dengan penuh tanda tanya. "Ye" jawab Izzati. "Err... Kalau saya tanya ni, awak jawab dengan jujur boleh?" soal Aiman ragu. "Insyaallah, kalau saya boleh jawab, saya jawab lah" balas Izzati lembut. "Err..." Aiman masih lagi mengumpul kekuatan.
"Serius sangat ke soalan tu sampai awak macam takut je nak tanya saya?" soal Izzati dengan tawa kecil. "Err... Serius lah jugak" jawab Aiman perlahan sambil tersenyum paksa. "Sekejap" kata Aiman tiba-tiba. Aiman berdiri berhampiran dengan pantai dan mengambil nafas dalam-dalam sebelum kembali semula kepada Izzati.
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)