"Welcome back to school!" jerit Irin riang sebaik sahaja Ice Girls turun dari kereta mereka masing-masing. "Kau happy?" soal Nazira pelik pada Irin. "Tak... Saja je. Biar orang tahu yang aku ni rajin bersekolah" jawab Irin selamba sambil tersengih. Nazira mengecilkan matanya memandang Irin. "Kalau macam tu jalan lah cepat. Tadi bukan main excited lagi" kata Maira pula sambil menolak Irin perlahan. "Ye, nak jalan lah ni" balas Irin kasar.
"Tapi... Mana kereta Fire Boys ye? Diorang belum datang lagi ke? Aku rasa kita dah paling lambat ni" soal Aqila pada Ice Girls. Ice Girls mencari kereta Fire Boys tetapi tetap tidak ketemu. "Haah lah. Tak ada. Diorang belum datang kot" balas Izzati sedikit hampa. Mereka beranggapan yang Fire Boys belum datang ke sekolah lagi.
Ice Girls berjalan dengan muka yang dingin ke kelas. Kecuali Irin yang terlebih excited dan Izzati yang tidak sabar bertemu kekasih hati. Sebaik sahaja mereka sampai ke kelas, Fire Boys sudah berada di tempat mereka. Ice Girls mengambil tempat masing-masing.
"Aik, korang datang naik apa? Kenapa tak nampak pun kereta korang dekat bawah?" soal Izzati pelik pada Adam dan Aiman yang berada di depannya. "Kitorang parking jauh sikit hari ni. Nak exercise" jawab Aiman sambil tersenyum. "Oh.." balas Izzati perlahan. Wajahnya ditundukkan.
"Hari sukan ni kau ada masuk apa-apa acara tak?" soal Haffiy. "Tak" jawab Nazira. "Kau Maira?" soal Haffiy pada Maira pula. "Ada. Lompat jauh dengan lari" jawab Maira tanpa memandang Haffiy. "Aku masuk lompat jauh jugak. So, kita sama lah" kata Haffiy bersemangat. "Tak tanya" balas Maira selamba. Haffiy memandang Maira geram. "Kau ada masuk apa-apa ke Ikmal?" soal Nazira pada Ikmal di hadapannya.
"Tak. Aku tak minat olahraga. Aku minat bola sepak je" jawab Ikmal jujur. "Kalau macam tu kau tak ada buat apa-apa lah nanti?" soal Nazira lagi. Ikmal menggeleng perlahan. Wajahnya mempamerkan reaksi pelik. "Good" kata Nazira bersemangat. "Apa yang good?" soal Ikmal pelik. "Kau tolong aku angkat barang ye nanti?" kata Nazira sambil muka dibuat comel. "Err... Tengoklah nanti... Kalau aku rajin" jawab Ikmal sedikit gagap. Bergetar tulang rusuk.
"Kira kau setuju lah ye" balas Nazira sambil tersenyum. "Aku tak cakap aku setuju pun kan?" Ikmal membetulkan kata-kata Nazira. Namun Nazira telah pergi ke meja Izzati dan Irin. Ikmal mengeluh perlahan.
Berbeza pula keadaan di meja Rizz dan Aqila. Mereka hanya senyap tanpa bicara. Pandang pun tak nak.
_______________________
Tibalah hari sukan di Smark Highschool. Hari yang dinanti-nantikan para pelajar yang meminati sukan dan juga merupakan hari yang menyiksakan bagi yang tidak suka bersukan seperti Izzati.
IZZATI POV
"Bosan betullah setiap kali hari sukan datang. Dah lah duduk sorang-sorang je ni" rungut Izzati sendirian. Izzati duduk sendirian menongkat dagu di khemah di tepi padang. Aktiviti ada yang sudah dimulakan. Izzati mengambil botol minumannya dan meminum beberapa teguk air.
Seseorang berjalan ke arah Izzati. Perlahan-lahan mendekat dan memeranjatkan Izzati. "Bah!" kata Aiman di hadapan muka Izzati. Malang tidak berbau. Wajanya penuh dengan air yang disembur dari mulut Izzati. Aiman memejamkan matanya dan membukanya kembali. Muka Izzati jelas terkejut.
"Ya Allah. Aiman, sorry. Saya tak sengaja" kata Izzati meminta maaf. Izzati mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap muka Aiman perlahan. Pandangan mata pelajar di sekeliling tidak disedarinya. Di situ ibarat ada mereka berdua sahaja. Aiman memandang mata Izzati. Membiarkan tindakan drastik Izzati itu.
"Ehem...ehem..." deheman seseorang mematikan renungan Aiman ke atas Izzati. Izzati melepaskan tangannya dari wajah Aiman. Aiman dan Izzati memandang ke arah suara tersebut. "Kalau ye pun nak berdrama, tengoklah kiri kanan dulu. Publik ni. Ramai budak tengok tahu tak?" Maira menegur perbuatan Izzati dan Aiman. "Sorry" kata Izzati perlahan dan melihat sekeliling. Benar kata Maira. Ramai pelajar melihat mereka. Izzati tersenyum paksa dan memandang Aiman di sebelahnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)