"Nazira intan payungku...." panggil Ikmal manja. "Kau nak apa monyet?" soal Nazira kasar. "Alaa dia ni, orang nak bermanja pun tak boleh" jawab Ikmal sambil memuncungkan bibirnya. "Haih... Ye lah. Ye, sayang... Awak nak apa?" kata Nazira lembut pada Ikmal. "Allah... Rasa sesak pulak nafas ni" balas Ikmal sambil memegang dadanya. "Eii, mengada lah kau ni. Cakap lah cepat" kata Nazira kembali kasar.
"Hmm... Kau jadi pasangan aku eh nanti?" soal Ikmal kembali serius. "Bila?" soal Nazira terkejut. " Minggu depan. Masa Night Dinner" jelas Ikmal. "Oh... Ingatkan apa tadi" kata Nazira lega. "Kau ingat pasangan apa eh....?" soal Ikmal mengusik sambil tersenyum. Nazira memandangnya geram. "Okey, aku senyap. Tapi kau nak kan?" soal Ikmal lagi. "Hmm... Ye lah. Aku nak dengan siapa lagi kalau bukan kau kan? Aku ni bukannya famous sangat" balas Nazira merendah diri.
"Habis tatun-tahun sebelum ni kau dengan siapa?" soal Ikmal pelik. "Aku kutip je mana-mana junior yang nak dekat aku. Budak-budak nerd ke. Janji ada" jawab Nazira selamba. Ikmal cuba untuk menahan tawanya, namun tidak lama selepas itu terkeluar juga. "Kesian kau..." kata Ikmal sambil tertawa kuat. Nazira memandang Ikmal geram dan mengetuk kepala Ikmal dengan buku yang berada di tangannya. Terhenti gelakan Ikmal. Nazira pula yang mentertawakannya.
"Korang buat macam kitorang ni tak wujud kan?" soal Maira geram sambil Fire Boys dan Ice Girls memandang Ikmal dan Nazira. Terkejut mereka dengan kemesraan Ikmal dan Nazira. "Eh, macam mana aku boleh lupa yang korang ada ni?" soal Ikmal malu sambil menutup mukanya. Berlakon je tu. "Aku lempang juga mamat cacat ni nanti" kata Haffiy geram. Ikmal hanya tersengih. Fire Boys dan Ice Girls berada di bilik pengawas. Guru yang sepatutnya mengajar mereka pada waktu ini tidak dapat masuk ke kelas. Jadi mereka mengambil keputusan untuk berehat dengan tenang di situ.
"Haa... Cakap pasal dinner tu, aku dengan kau tau Maira" kata Haffiy sambil menyiku bahu Maira. "Siapa yang nak dengan kau?" soal Maira sengaja mengenakan Haffiy. "Kalau kau tak nak tak apa. Aku boleh je minta Laila jadi partner aku" balas Haffiy selamba. "Tak payah. Dengan aku je" kata Maira sembil memandang Haffiy geram. Kita nak kenakan dia, dia pula kenakan kita. Haffiy tersenyum dengan kemenangannya.
"Awak dengan saya kan?" soal Aiman pada Izzati yang berada di sebelahnya. "Mestilah. Habis tu saya nak dengan siapa lagi. Awakkan bakal pasangan dunia akhirat saya" balas Izzati sambil tersenyum manis. "InsyaAllah" kata Aiman sambil tersenyum.
"Irin, aku dengan k...." kata-kata Adam dipintas laju oleh Irin. "Aku dengan Rizz" kata Irin dingin tanpa memandang Adam. Rizz hanya tersenyum sinis sendiri. "Oh.. Okey..." balas Adam perlahan lalu menunduk memandang lantai. Hatinya retak. "Aqila?" soal Adam pada Aqila pula. "Dengan kau" jawab Aqila ringkas juga dingin. Dirinya agak terkejut mendengar jawapan Irin tadi. Adam mengangguk perlahan. Fire Boys dan Ice Girls yang lain memandang mereka berempat kemudian melihat sesama sendiri. Tak boleh jadi ni. Mereka perlu buat sesuatu.
___________________
"Aku keluar sekejap tau" kata Rizz yang berada di tangga menuju ke tingkat bawah sambil memakai jam tangannya. Fire Boys memandang Rizz. "Kau nak pergi mana? Dengan siapa? Buat apa?" soal Aiman bertubi-tubi. "Dengan Irin" jawab Rizz ringkas. Adam yang dari tadi leka bermain dengan telefonnya pantas memandang Rizz. Rizz tidak memandang Adam malahan terus berjalan ke pintu keluar.
"Dah pukul berapa ni Ikmal?" soal Adam pada Ikmal. "4:45 petang. Kenapa?" jawab Ikmal. "Alamak lagi 15 minit je. Macam mana aku boleh lupa ni?" kata Adam panik lalu berdiri untuk pergi ke biliknya. "Kenapa Dam?" soal Haffiy pelik. "Aku dah janji nak DATING dengan Qila pukul 5" jawab Adam dan perkataaan 'dating' itu dikuatkannya sedikit.
Rizz yang baru sahaja hendak membuka pintu, terhenti. 'Kurang ajar punya Adam. Berani dia nak rampas Aqila daripada aku' kata Rizz geram di dalam hati. Adam pantas berlari ke biliknya dengan senyuman sinis. Rizz pula keluar dari rumah mereka dan menutup pintu kuat. Terkejut Aiman, Ikmal dan Haffiy. "Dah makin teruk dah ni" kata Aiman pada Ikmal dan Haffiy. "So, macam mana?" soal Ikmal. "Kita ikut diorang jom" cadang Haffiy sambil mengangat sebelah keningnya.
"Jom. Kita ajak Ice Girls sekali" jawab Aiman bersetuju. "Kau call Izzati" kata Ikmal pada Aiman. Aiman mengangguk.
ADAM POV
Adam berlari masuk ke biliknya dan mengunci pintu. "Aduh... Macam mana ni? Kenapa kau cakap macam tu Adam? Kan kau sendiri yang susah sekarang ni" kata Adam sendiri sambil berjalan mundar-mandir di biliknya. Rambutnya dikusutkan. "Aku dah tak ada pilihan. Aku kena juga call Qila" kata Adam lalu mengeluatkan telefonnya. Nombor Aqila didail.
Tut...tut...tut...
"Haluu..." kata Aqila sebaik sahaja menjawab panggilan Adam. "Weh, kau bersiap sekarang. Kau kena teman aku keluar" kata Adam laju. "Apa ni tiba-tiba je suruh aku itu ini?" soal Aqila pelik. "Ikut je lah. Please..." kata Adam merayu. "Ye lah. Tapi kita nak pergi mana?" soal Aqila lagi. "Nanti aku jemput aku cerita. So, kau pergi sekarang. Perempuan bersiap dah lah lama" kata Adam selamba. "Woi! Aku bukan macam tu lah!" kata Aqila geram. Adam tidak membalas lalu terus menamatkan panggilan.
AQILA POV
"Dia letak macam tu je. Kurang ajar betul" kata Aqila geram. Aqila pantas memilih baju yang sesuai dan menukarnya. 10 minit sahaja Aqila sudah pun siap. Tak payah nak make up bagai. Buang masa je. Jeans hitam dipadankan dengan hoodie berwarna kelabu dan. Simple but nice. Topi yang diberikan oleh Rizz yang berada di atas meja dipandangnya. "Aqila! Adam cari kau!" jerit Izzati dari tingkat bawah. "I'm coming!" jawab Aqila lalu pantas mencapai beg tangannya dan berlari ke bawah. Topi itu tidak lupa diambilnya juga.
"Eh, ni lagi sorang. Nak kemana pula?" soal Nazira pelik. "Keluar dengan Adam sekejap" jawab Aqila ringkas. "Peliknya korang ni. Irin keluar dengan Rizz. Kau..." kata-kata Nazira tidak sempat dihabiskan kerana Maira pantas menutup mulut Nazira menggunakan tangannya. Malangnya, Aqila sempat dengar yang Irin keluar dengan Rizz.
"Aku gerak dulu" kata Aqila mendatar lalu berjalan laju ke kereta Adam. Pintu kereta dibuka pantas. "Sebab tu lah aku ajak aku ye?" soal Aqila pada Adam. "Sebab apa?" soal Adam pelik sambil menggerakkan keretanya keluar dari perkarangan rumah Ice Girls. "Sebab Irin dengan Rizz keluar sama-sama" jawab Aqila. Adam diam tidak menjawab. Matanya fokus memandang jalan.
"Kau tahu diorang pergi mana?" soal Aqila perlahan. "Tak" jawab Adam sepatah tanpa memandang Aqila. Aqila menghela nafas panjang dan menyandarkan diri. Topi yang dipakainya tadi dibuka. Dipandang huruf R yang terdapat di topi tersebut. Adam hanya melihat segala perilaku Aqila. Topi itu dicampakkan oleh Aqila ke tempat duduk belakang kereta Adam.
"Kita nak pergi mana ni?" soal Adam pada Aqila. Adam cuba untuk menjernihkan keadaan. "Aku nak cari baju untuk minggu depan" jawab Aqila mendatar. Wajahnya dipalingkan ke luar tingkap.
____________________
"Kita nak pakai baju warna apa?" soal Rizz pada Irin yang berada di sebelahnya. "Tak tahu lagi. Kita tengok je lah dulu mana yang cantik" jawab Irin sambil berjalan masuk ke dalam sebuah butik pakaian. Irin mengelilingi butik itu untuk mencari pakaian yang sesuai dengannya manakala Rizz pula hanya duduk bermain dengan telefonnya. Tiba-tiba satu idea muncul di fikirannya. Rizz tersenyum sendiri. "Irin. Sini sekejap" Rizz memanggil Irin untuk dekat dengannya.
"Kenapa?" soal Irin pelik. "Cik, tolong ambilkan gambar kami berdua" pinta Rizz ada perkerja di situ. Rizz mencapai sepasang dress labuh berwarna putih yang berada berdekatan dengannya. "Buat muka bahagia sikit" kata Rizz pada Irin. Irin faham dan hanya mengikuti segala kata-kata Rizz. Bermacam gaya telah mereka buat dan bermacam baju telah Irin peragakan. "Okey dah. Terima kasih cik" kata Rizz lalu mengambil kembali telefonnya pada pekerja itu.
"Pergi sambung pilih" kata Rizz pada Irin. "Nanti send dekat aku gambar tu" kata Irin pada Rizz sebelum berlalu pergi. Rizz menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis. Rizz kembali duduk di tempatnya tadi dan membuka aplikasi Instagram. Gambarnya dengan Irin di muat naik dengan caption 'Wedding dress?'. Rizz tersenyum sendiri setelah menutup telefonnya.
BERSAMBUNG...
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Ficção Adolescente[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)