BAB 31

5K 338 10
                                    

Tok...tok...tok...

"Siapa tu?" soal Izzati yang berada di meja belajarnya. "Aqila" jawab Aqila perlahan. "Masuk lah, pintu tak kunci" balas Izzati lembut. Pintu bilik Izzati dibuka oleh Aqila dari luar. "Kenapa?" soal Izzati pelik melihat Aqila yang membawa bantal dan teddy bearnya bersama. "Aku nak tidur dengan kau boleh tak?" soal Aqila lembut. "Kau takut?" teka Izzati. Aqila mengangguk perlahan.

"Boleh. Tapi kau kena cerita dulu apa yang terjadi dekat dalam bilik tu tadi" jawab Izzati. Aqila mengangguk setuju. Pantas Aqila merebahkan diri di katil Izzati. Izzati berdiri dari kerusi meja belajar dan berjalan ke katil miliknya. "Kenapa korang tinggalkan aku tadi?" soal Aqila dengan nada sedih. "Kitorang terlupa yang kau tidur sekejap tadi" jawab Izzati lalu tersengih.

"Apa lah korang ni" kata Aqila berkecil hati. "Sambung cerita tadi" kata Izzati teruja.

"Mula-mula...."

Flashback...

Aqila membuka matanya perlahan dan mendapati dia berada di bilik yang sunyi dan agak gelap. Aqila duduk dan memandang sekeliling. Setelah diamati rupanya dia berada di dalam bilik disiplin. Aqila cuba mengingati kenapa dia boleh berada di bilik tersebut.

Sedang dia leka tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikannya dari sisi almari yang berada tidak jauh darinya. Aqila perlahan-lahan memusingkan kepalanya memandang ke sisi almari tersebut. Peluh mula membasahi wajahnya.

"Siapa kau?" soal Aqila dalam keadaan takut. Matanya tidak lepas dari memandang sekujur tubuh yang kaku memandangnya tajam. Badan Aqila menggigil ketakutan. Aqila menggunakan sekuat tenaganya untuk berdiri dan menjauh dari makhluk tersebut.

Tanpa membuang masa Aqila berlari mendapatkan pintu dan tiba-tiba pintu bilik disiplin itu dibuka dari luar. Terus sahaja Aqila memeluk erat orang yang membuka pintu tersebut.

End Flashback...

"Kau rasa tu siapa?" soal Izzati pada Aqila. "Aku pun tak tahu. Muka dia seram sangat. Tapi, aku macam kenal lah" jawab Aqila perlahan. "Aku nampak tau muka dia masa aku tutup pintu tu. Aku pun macam kenal je orang tu. Tapi siapa ye?" soal Izzati curiga. Lama mereka diam memikirkan siapa orang itu.

"Jap Qila, dia pakai baju guard kan?" soal Izzati tiba-tiba. "Aku rasa ye" jawab Aqila setelah cuba mengingati kembali rupa makhluk tersebut. "Kalau aku cakap ni kau jangan takut tau?" kata Izzati pada Aqila. Aqila mengangguk perlahan. "Tu bukan ke bekas guard sekolah kita yang dah meninggal tahun lepas sebab kena langgar depan sekolah tu?" soal Izzati kurang pasti.

"Ye... aku ingat. Tapi kenapa dia boleh ada dekat situ. Dia kan dah meninggal" jawab Aqila takut. Izzati menggeleng perlahan. "Aku rasa tu guard yang sama yang tidur dekat dalam bilik kawalan semalam. Aku cam muka dia" kata Aqila takut sambil menggenggam tangan Izzati erat. "Aku takut" kata Izzati perlahan. "Macam mana kita nak tidur ni?" soal Aqila perlahan. "Tak payah tutup lampu lah" cadang Izzati. "Aku mana boleh tidur dalam terang" kata Aqila menolak.

"Habis tu macam mana?" soal Izzati cuak. "Kita matikan sama-sama, lepas tu cepat-cepat kita lari pergi katil. Okey?" Aqila memberi cadangan. Izzati mengangguk. Aqila dan Izzati perlahan-lahan berdiri dan berjalan ke arah suis lampu yang berada di tepi pintu bilik.

"1...2..."

Tok...tok...tok...

Kiraan Izzati terganggu akibat ketukan yang kuat dari arah pintu. "Siapa?" soal Izzati takut-takut. Diam. "Nak bukak ke tak?" soal Izzati secara berbisik kepada Aqila. "Bukak je lah" jawab Aqila perlahan. Belum sempat Izzati membuka pintu itu, pintu tersebut telah dibuka dari luar.

"ARGHH!!!!!" jerit Izzati dan Aqila serentak. Kedua-duanya jatuh rebah ke lantai.

"What? Apa salah aku?" soal Nazira yang pelik melihat Aqila dan Izzati yang sudah rebah ke lantai. "Terkejut aku tiba-tiba diorang menjerit" sambungnya lagi. "Apa aku nak buat ni?" soal Nazira risau.

"Irin! Maira!" jerit Nazira kuat. "Tolong aku!" sambungnya lagi.

____________________

"Demam ke?" soal Aiman lembut pada Izzati yang berada dihadapannya. Izzati mengangguk lemah. "Semalam okey je, kenapa boleh tiba-tiba demam hari ni?" soal Aiman pelik. "Dah demam ni nak datang, nak buat macam mana?" jawab Izzati malas.

"Dah pergi klinik?" soal Aiman prihatin. Izzati menggeleng lemah. "Kenapa tak pergi?" soal Aiman lagi. "Malaslah. Sikit je ni. Saya kan kuat" jawab Izzati perlahan. "Kuat lah sangat. Ni pergi sekolah drive sendiri ke?" soal Aiman lagi dan lagi. "Tak ada lah. Saya tumpang kereta Irin" jawab Izzati perlahan.

"Macam mana boleh demam?" soal Adam pelik. Izzati diam. Adam memandang Irin. "Tanya Nazira" kata Irin ringkas. "Nazira, sini sekejap" panggil Adam. Nazira pergi ke meja mereka dengan penuh tanda tanya. "Apa?" soal Nazira kasar. Maira, Ikmal dan Haffiy juga turut sama datang ke meja mereka.

"Kenapa ni?" soal Haffiy pelik. "Kenapa Izzati tiba-tiba demam?" soal Aiman pada Nazira. "Aku pun tak tahu. Malam tadi aku datang bilik Izzati nak pinjam klip rambut dia sebab klip rambut aku hilang. Aku ketuk sekali dia tak bukak. Lama jugak aku tunggu. Lepas dah lama sangat tu aku bukak je lah pintu bilik dia terus. Masa aku bukak tu tiba-tiba Izzati dengan Aqila menjerit. Lepas tu diorang pengsan. Aku tak tahu apa salah aku" cerita Nazira panjang lebar.

"Jadi kau lepas rambut lah?" soal Ikmal. Nazira mengangguk. "And aku pakai mask" sambung Nazira lagi. "Memang patut pun diorang terkejut" kata Adam geram. "Tapi, Aqila ada sekali dengan Izzati?" soal Aiman pelik Nazira mengangguk laju. "Kenapa dia boleh ada dengan Izzati?" soal Rizz tiba-tiba. Sejak bila entah Rizz ada bersama mereka.

"Entah lah. Aku pun tak tahu" jawab Nazira perlahan. "Dah lah aku yang kena angkat diorang semalam. Kalau ringan tak apa jugak, ni berat" rungut Irin tiba-tiba. "Tak ikhlas" kata Izzati perlahan tiba-tiba. "Eh, dengar eh?" soal Irin pelik. "Aqila pun demam ke?" soal Rizz risau. "Haah. Dia pun terkejut jugak" jawab Maira sambil memandang Aqila. "Aku ingatkan dia tidur tadi, aku kacau je lah dia. Tak tahu pulak dia demam" kata Rizz sambil tersengih.

____________________

"Ice Girls tunggu!" jerit Adam dari jauh memanggil Ice Girls. Ice Girls memandang serentak ke arah Adam yang berada di belakang mereka. "Kenapa?" soal Maira mendatar. "Petang ni kita jumpa dekat taman?" soal Aiman. "Untuk?" soal Maira pelik. "Bincang sesuatu" jawab Haffiy ringkas.

"Tengoklah kalau budak dua orang ni larat" kata Nazira sambil memandang Aqila dan Izzati. "Aku boleh pergi" jawab Izzati perlahan. "Saya ambil awak tau?" soal Aiman pada Izzati. Izzati mengangguk lemah. "Jumpa petang nanti" kata Ikmal sebelum Fire Boys berlalu pergi ke kereta mereka sendiri.

"Bincang apa?" soal Irin pelik pada Ice Girls. "Entahlah. Datang je lah petang ni" jawab Nazira lalu masuk ke dalam keretanya. Irin juga masuk ke dalam keretanya sendiri dan diikuti Izzati yang menumpang Irin. Aqila pula balik bersama Maira.

___________________

"Sorry buat awak tunggu saya lama" Izzati meminta maaf terlebih dahulu kepada Aiman. "Tak apa. Tapi, kenapa awak lambat?" soal Aiman ingin tahu. "Irin buat hal tadi. Sibuk dia cari wallet dia satu rumah. Dia letak entah dekat mana, lepas tu sibuk geledah sana sini macam orang gila" Izzati mengadu kepada Aiman. Aiman tergelak kecil mendengar omelan Izzati.

"Dah jom gerak. Nanti lambat" kata Aiman lalu membukakan pintu untuk Izzati. "Terima kasih" ucap Izzati lembut lalu masuk ke dalam kereta Aiman. Aiman tersenyum dan masuk ke tempat pemandu.

Aiman berhenti di hadapan sebuah klinik. "Kita nak buat apa dekat sini?" soal Izzati pelik. "Awak kan demam, kena lah check. Nanti kalau makin teruk macam mana? Saya jugak susah" kata Aiman lembut pada Izzati. Aiman keluar dan membukakan pintu untuk Izzati.

BERSAMBUNG...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Highschool Love [C]Where stories live. Discover now