Sejak peristiwa pergaduhan antara Fire Boys dan Ice Girls di bilik pengawas tempoh hari, mereka jarang bertegur dan tiada lagi senda gurau dan gelak ketawa antara mereka. Setiap kali berjumpa sama ada secara kebetulan atau pun bukan, Ice Girls lebih banyak berdiam diri dan mengekalkan wajah dingin mereka.
"Apa kita nak buat ni Rizz?" soal Ikmal pada Rizz. "Apa je yang kita boleh buat? Redha je lah. Lepas selesai kes ni kita terpaksa ceritakan siapa kita sebenarnya dan terima apa je yang Ice Girls buat" balas Rizz perlahan dan tenang. "Kalau diorang bencikan kita macam mana? Aku tak sanggup nak berpisah. Lagi pun aku dah selesa dengan diorang" soal Haffiy pula dengan nada sedih. "Dari awal aku dah cakap kan, jangan sampai ada perasaan pada diorang. Bila tiba masa kita kena pergi juga" balas Rizz tegas.
Aiman sedikit gerun dengan kata-kata Rizz. Dia bukan sahaja setakat ada perasaan malah sudah menjalinkan hubungan dengan Izzati. 'Kenapa aku cakap aku suka dekat dia dulu? Sekarang ni aku akan sakitkan hati dia. Ya Allah... apa aku dah buat ni?' bisik hati Aiman. Aiman menampar pipinya sendiri. "Kau dah kenapa?" soal Adam pelik pada Aiman di sebelahnya. Tiba-tiba pukul diri sendiri. Aiman sedikit terkejut lalu menggelengkan kepalanya laju tanda tiada apa-apa.
"Dalam minggu ni aku rasa kes ni akan selesai. So, aku nak semua siapkan diri dan mental korang untuk face to face Ice Girls nanti" kata Rizz perlahan tetapi tegas. Fire Boys boys mengangguk perlahan. Kecewa dengan diri sendiri.
____________________
Tok...tok...tok...
"Assalamualaikum... Boleh aku masuk?" soal Izzati di pintu bilik Aqila. "Masuk lah" jawab Aqila perlahan. Matanya masih fokus pada komputer riba di hadapannya. Pintu dibuka oleh Izzati dari luar. Izzati masuk dan duduk di atas katil milik Aqila. "Kenapa?" soal Aqila tetapi tidak memandang Izzati. "Aku tertanya-tanya siapa Mikail yang Fire Boys maksudkan tu" kata Izzati perlahan.
Aqila berhenti menaip lalu menutup komputer ribanya dan memusingkan kerusi belajarnya ke arah Izzati. Keluhan berat dilepaskan Aqila. "Aku harap sangat bukan Mikail yang kita fikir ni" balas Aqila juga perlahan. "Kalau betul macam mana?" soal Irin yang entah bila berada di pintu bilik Aqila. Izzati dan Aqila menoleh ke arah Irin. Irin melangkah masuk dan duduk di sebelah Izzati. "Kalau betul lah Mikail yang suruh Fire Boys pergi sini, apa yang dia nak dari kita sebenarnya?" soal Izzati sambil memandang Aqila.
"Aku tak akan benarkan dia sakitkan Ice Girls lagi. Dan aku akan pastikan kita semua tak terluka disebabkan dia. Itu janji aku" kata Aqila mendatar sambil memegang tangan Izzati dan Irin. Air mata mengalir dengan perlahan di pipi Izzati. "Aku rindu dia..." kata Izzati dalam keadaan menangis. Pantas Irin yang berada di sebelah Izzati memeluknya. "Aku pun rindu dia" balas Irin perlahan.
"Kalaulah dulu aku dengan Maira cepat sikit, mesti Hana masih ada dengan kita sekarang ni" kata Aqila perlahan tiba-tiba. Irin memandang Aqila dengan pandangan mata yang sayu. "Bukan salah kau atau Maira. Bukan salah Ice Girls. Tapi salah Mikail. Kalaulah dulu kita tak terlalu percayakan dia, mesti semua ni tak akan berlaku" balas Irin mendatar. Aqila mengangguk perlahan dan menundukkan kepalanya.
____________________
Fire Boys dan Ice Girls mengadakan perbincangan di bilik pengawas sekali lagi. Mungkin pertemuan terakhir mereka di bilik tersebut. Kes Hot Guys telah pun selesai. Hot Guys hanya digantung sekolah selama dua bulan kerana tiada bukti yang mencukupi untuk mereka disahkan bersalah.
"Alhamdulillah, kes kita dah selesai. So, lepas ni tak ada lah kita busy sangat" kata Adam sambil tersenyum gembira. Ice Girls hanya memandang kosong. Hilang senyuman Fire Boys apabila melihat reaksi Ice Girls. "Haih..." keluhan berat dilepaskan Rizz. Rizz mengambil kerusi dan duduk di hadapan Aqila. Aqila mengerutkan dahinya dan menjauhkan sedikit kedudukan mereka. "Memang kes tu dah selesai, tapi masalah kita belum selesai kan?" soal Rizz perlahan. "So?" balas Irin dingin.
"Tanya lah apa yang korang nak tahu dari kitorang. Kitorang akan jujur" kata Aiman sambil duduk di kerusi yang berada di sebelahnya. Jauh sedikit dari Rizz. "Siapa Mikail?" soal Izzati sambil memandang Fire Boys satu per satu. "Korang hanya tahu kitorang pindah dekat sekolah ni sebab nak tolong korang jaga disiplin budak sekolah ni je kan?" soal Rizz namun tidak dijawab oleh Ice Girls.
"Sebenarnya kitorang datang sini bukan untuk tolong korang, tapi lebih tepat sebagai perlindung korang. Kami dihantar oleh Mikail untuk..." sambung Rizz namun dipotong oleh Aqila. "Untuk apa? Untuk sakitkan kitorang lagi?" soal Aqila geram sambil berdiri dan memandang Rizz tajam. "Dia nak ambil nyawa siapa pula kali ni? Tak cukup ke dulu dia bunuh Hana? Sekarang ni dia..." sambung Aqila geram. Rizz pula memotong kata-kata Aqila.
"Dengar dulu apa aku nak cakap. Kau dah salah faham" kata Rizz kuat sambil berdiri di hadapan Aqila. "Mikail hantar kami supaya jaga korang semua, bukan sebab nak bunuh atau sakitkan korang" kata Haffiy sedikit geram. "Kenapa nak jaga kitorang ye? Kitorang ni lemah sangat ke di mata dia?" soal Maira geram. "Bukan macam tu..." balas Ikmal menidakkan kata-kata Maira.
"Aku tak sangka korang semua tipu kitorang selama ni. Kita dah berbulan-bulan berkawan, tapi rupanya semua tu hanya lakonan semata-mata" kata Nazira perlahan sambil menunduk. Fire Boys diam. Tidak mampu membalas. Salah mereka kerana tidak jujur dari awal.
"Aku tak faham kenapa kau cakap Mikail bunuh Hana. Siapa Hana?" soal Rizz lembut pada Aqila. Aqila mendongakkan kepalanya memandang mata Rizz. "Kalau kau nak tahu sangat, kau pergi tanya Mikail sendiri. Kau suruh dia cerita apa yang dia dah buat dekat Hana dulu" balas Aqila dingin dan berlalu keluar dari bilik tersebut.
"Awak..." panggil Aiman lalu cuba untuk mencapai lengan Izzati. Namun Izzati lebih pantas mengelak dan memandang Aiman tajam. "Aku tak pernah kenal penipu macam kau" kata Izzati dingin. Hilang kata-kata lembut Izzati pada Aiman. Aiman sedikit terkejut dan terdiam. Fire Boys hanya membiarkan Ice Girls pergi meninggalkan mereka.
"Salah kita ke semua ni berlaku?" soal Ikmal perlahan. "Semua salah aku sebab aku terlepas cakap hari tu" kata Haffiy dengan rasa bersalah. "Tak. Salah kita semua sebab tak cakap benda yang betul dari dulu" balas Adam sambil menepuk bahu Haffiy perlahan. "Mikail bunuh Hana? Apa maksud dia?" soal Rizz sendirian pelik. "Lebih baik kita tanya Mikail sendiri" balas Aiman. Fire Boys diam memikirkan semua kata-kata Ice Girls. Banyak persoalan dalam fikiran mereka. Siapa Hana yang Ice Girls cakapkan? Betul ke Mikail pembunuh?
______________________
Tok...tok...tok...
Pintu dibuka dari dalam. "Oh korang rupanya, ingatkan siapa tadi. Jemputlah masuk" kata Mikail sebaik sahaja membuka pintu. Fire Boys membuka kasut mereka dan masuk ke dalam rumah Mikail. Mikail mempersilakan Fire Boys duduk di ruang tamu rumahnya. "Kenapa tiba-tiba korang datang rumah aku ni? Biasanya kalau ada apa-apa korang call aku je" soal Mikail pelik.
"Aku nak tanya kau sesuatu" kata Rizz mendatar. "Kenapa macam serius sangat ni? Tanya je lah. Macam tak biasa pula" balas Mikail sedikit pelik. "Siapa Hana?" soal Adam. Hilang senyuman yang dari tadi menghiasi wajah Mikail. "Kenapa korang tiba-tiba tanya tentang Hana?" soal Mikail dalam keadaan takut.
"Sebenarnya Ice Girls dah tahu siapa kitorang sebenarnya" kata Aiman perlahan. "What? Macam mana diorang boleh tahu?" soal Mikail sambil berdiri akibat terkejut dengan kata-kata Aiman. "Macam mana diorang tahu tu tak penting. Yang penting sekarang ni siapa Hana dan apa kaitan kau dengan Ice Girls?" soal Rizz yang sudah hilang sabar sambil berdiri pantas.
Mikail perlahan-lahan duduk semula. "Hana..." kata Mikail perlahan sambil memegang kepala dengan kedua belah tangannya. "Kenapa Ice Girls cakap kau bunuh Hana?" soal Ikmal pula. "Aku tak bunuh dia... Tapi sebab aku dia mati..." jawab Mikail. Mikail mula mengalirkan Air mata. "Maksud kau?" soal Aiman perlahan sambil duduk di sebelah Mikail.
"Kalau tak disebabkan kebodohan aku mesti Hana hidup lagi sekarang ni" kata Mikail dalam keadaan menangis. Fire Boys diam. Tidak mahu memaksa Mikail.
"Boleh tak kau cerita apa yang terjadi sebenarnya dekat kitorang?" soal Aiman lembut. Mikail diam tidak menjawab.
BERSAMBUNG...
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)