ICE GIRLS POV
"Wei, petang ni kita cari barang untuk perkhemahan tu nanti nak tak?" soal Nazira teruja. "Aku on je" jawab Irin juga teruja. "Pukul 3 semua dah siap ya nanti?" kata Izzati mengugut. "Okey!" jawab Ice Girls serentak.
FIRE BOYS POV
"Korang yakin ke perkhemahan ni selamat?" soal Ikmal takut. "Jangan risau lah Mal. Tak jadi apa-apa punya lah" jawab Aiman tenang. "Aku tahu lah kau tak pernah pergi perkhemahan. Tapi, jangan lah takut sangat" kata Haffiy geram. "Relax lah sayang. I ada untuk you" kata Adam pada Ikmal. "Thanks baby..." balas Ikmal lalu ingin memeluk Adam. Namun sempat dihalang oleh Rizz menggunakan kakinya. "Adam aku punya.." kata Rizz garang pada Ikmal. Ikmal hanya membuat muka pasrah.
______________
"Semua dah siap kemas beg?" soal Izzati pada Ice Girls. "Dah!" jawab Ice Girls serentak. "Yakin semua barang dah cukup?" soal Izzati lagi. "Yakin!" jawab Ice Girls juga serantak. Izzati mengangguk berpuas hati. "Kalau macam tu bagus. Sekarang ni aku nak semua tidur. Jangan ada yang nak mengelat" kata Izzati tegas. Ice Girls menuju ke bilik masing-masing dengan perlahan. Mengantuk dan penat mungkin. "Telefon dengan Powerbank jangan lupa charge!" jerit Izzati sebelum menutup pintu biliknya.
______________
"Ngantuknya..." kata Irin sambil menguap. "Samalah. Aku tak tahu kenapa aku ngantuk sangat hari ni" balas Aqila sambil mata terpejam. "Mana Izzati dengan Maira ni?" soal Nazira pada Aqila dan Irin. Namun mereka sudah pun tidur dengan keadaan duduk. "Ish, tak guna. Aku bercakap sorang-sorang rupanya" kata Nazira geram.
5 minit kemudian....
"Haa lambat. Penat kitorang tunggu. Sampai tertidur budak dua orang ni" kata Nazira sebaik sahaja melihat Maira dan Izzati. "Huh, sorry lambat. Kitorang kena jumpa cikgu dulu tadi" kata Maira kepenatan. "Irin! Aqila!!" jerit Izzati sebaik sahaja melihat mereka. "Huh, ada apa?" soal Irin dalam keadaan separuh sedar. "Bas dah sampai ke? Ke kita kena tinggal?" soal Aqila pula.
"Kenapa bawak teddy bear? Kan aku cakap jangan bawak. Degilnya" kata Izzati geram. "Alaa, Qila tak boleh tidur lah kalau 'Babear' Qila tak ada" jawab Aqila selamba. "Irin pun sama. Kalau 'Teddy' tak ada mana boleh tidur lena" jawab Irin sambil memeluk Teddy bear nya yang berwarna coklat. "Suka hati korang lah. Kalau kotor jangan salahkan aku ye?" balas Izzati geram. Irin dan Aqila mengangguk lalu menyambung kembali tidurnya yang diganggu.
Tin...tin...
"Semua boleh naik bas selepas melapor kedatangan pada saya" kata cikgu Ain dengan kuat kepada para pelajar. Semua pelajar mula pergi kepadanya untuk melapor diri.
"Aqila, Irin bangun. Jom masuk dalam bas" kata Maira pada Irin dan Aqila. Mereka bangun dan terus masuk ke dalam bas. "Eh, suka hati dia je masuk macam tu. Ni beg diorang siapa nak bawak?" kata Nazira geram. "Tak apa. Korang berdua masuk tengok diorang, lepas tu pilih tempat duduk. Tempat aku sekali. Beg diorang biar aku yang tolong masukkan dalam bas" kata Izzati pada Nazira dan Maira. Izzati pergi ke arah cikgu Ain untuk mengisi kedatangan.
"Mana budak dua ekor tu Maira?" soal Nazira sambil mencari kedudukan Aqila dan Irin. "Tu dekat sana" Maira menunjuk ke arah mereka. "Tapi kenapa diorang duduk asing-asing?" soal Maira pelik. "Kau tahu kan diorang tu tak berapa sedar sekarang ni. Aku rasa masa diorang masuk, diorang ingatkan nak duduk sama-sama. Tapi diorang tak sedar yang diorang sorang ke kiri, sorang ke kanan" Nazira beranggapan. Maira hanya mengangguk. "Dah lah, jom duduk dengan diorang. Aku duduk dengan Irin. Kau duduk dengan Qila" putus Nazira.
"Izzati nak duduk mana?" soal Maira pada Nazira. "Ermm... Depan aku je lah" jawab Nazira. "Kau duduk situ dulu. Jaga tempat" arah Maira. Nazira bangun dan duduk di tempat Izzati. Seorang demi seorang mulai masuk ke dalam bas. "Mana Izzati ni Maira?" soal Nazira apabila dia melihat bas hampir penuh dengan pelajar.
"Thanks jagakan tempat aku" kata Izzati pada Nazira. "Hmm... Aku duduk dengan Irin tau?" kata Nazira lalu berdiri pergi ke sebelah Irin. "Oh, okey" jawab Izzati lalu duduk di tempatnya di bahagian tepi tingkap.
Tidak lama selepas itu, Fire Boys juga masuk dan mengambil tempat di hadapan Ice Girls.
"Alaa... Aku nak duduk dengan siapa?" soal Adam dengan nada sedih. "Duduk sorang-sorang sudah lah" jawab Ikmal selamba. Izzati yang melihat perkara itu lantas memberi tawaran Adam duduk di sebelahnya. "Adam, duduk dengan aku je" kata Izzati ikhlas. "Oh, okey" jawab Adam lalu tersenyum. Terkejut Aiman mendengar kata-kata Izzati itu.
"Eh, biar aku yang duduk situ" kata Aiman lalu bergerak laju menukar tempat duduknya ke sebelah Izzati. "Pergi duduk dengan baby kau tu" kata Aiman lagi sambil menunjuk ke arah Rizz. Adam hanya menurut.
Aqila|Maira Nazira|Irin
Rizz|Adam Aiman|Izzati
Ikmal|HaffiySetelah semua murid masuk ke dalam bas, perjalanan juga dimulakan.
15 minit perjalanan...
"Ughhh... Dah sampai ke?" soal Aqila dalam keadaan mamai pada orang yang berada di sebelahnya. "Kepala otak kau dah sampai. Kita baru gerak 15 minit. Tu lah kau, tidur je tahu" jawab Maira geram. "Oh, baru 15 minit ye? He he" balas Aqila lalu tersengih. Maira menjeling Aqila geram. Aqila senyap semula.
"Aku lapar lah... Kau lapar tak Nazira?" kata Irin tiba-tiba. "Sama, aku pun lapar" Aqila yang membalas. "Kau tak bawak makanan ke?" soal Nazira malas. "Dalam beg..." jawab Irin. "Eh, mana beg aku lagi satu!?" soal Irin cuak. "Dekat bonet bas lah. Izzati yang tolong simpankan tadi. Korang mana wujud dekat dunia ni tadi" jawab Nazira sinis. "Deep" balas Aqila sepatah sambil memegang dadanya.
Mereka kembali senyap. Izzati, Maira dan Nazira sudah hampir tertidur, Irin main game dan Aqila pula termenung. Dah puas tidur tadi.
"Awak?" Aiman memanggil Izzati yang hampir terlelap. "Haa, ya" jawab Izzati kalut. "Ada powerbank tak? Kalau ada nak pinjam?" soal Aiman tersengih menampakkan giginya. "Oh, ada. Sekejap" Izzati membuka begnya dan mengeluarkan powerbank lalu diberi pada Aiman. "Thanks" ucap Aiman lembut. Izzati hanya membalas dengan senyuman sebelum menyambung kembali tidurnya.
________________
"Nazira bangun... Aku nak keluar. Nak makan. Lapar" kata Irin sambil mengejut Nazira bangun dari tidur. "Ish, kacau lah. Kau keluar je lah. Aku tak nak keluar" balas Nazira dengan mata yang terpejam rapat. "Okey" jawab Irin ringkas lalu bangun meninggalkan Nazira keseorangan. RNR dituju Irin. Bas berhenti selama 30 minit bagi memberi ruang kepada pelajar untuk megisi perut.
"Ugh, ngantuknya..." kata Ikmal sambil menggosok matanya. Sunyi semacam je bas ni. "Mana semua orang?" soal Ikmal pelik. "Diorang tinggalkan aku ke?" soal Ikmal lagi. "Tak guna punya kawan" kata Ikmal geram. Ikmal memandang ke seluruh pelusuk bas dan ada seseorang...
'Nazira? Dia tak keluar ke? Ke dia kena tinggal macam aku jugak?' kata Ikmal di dalam hati sambil memandang Nazira yang sedang terlena. "Nak kejut ke tak?" soal Ikmal perlahan pada diri sendiri. "Tak payah lah. Buat apa kejut dia. Aku pun malas" putus Ikmal lalu menyambung tidurnya.
________________
"Mana Nazira?" soal Maira sebaik sahaja Irin tiba di meja yang mereka duduki. "Dia malas nak turun. So dia sambung tidur balik" jawab Irin selamba lalu duduk di kerusi di hadapan Maira. "Jom lah beli makanan. Aku lapar ni.." pintas Aqila tiba-tiba sambil membuat muka meminta simpati. "Pergi lah beli...." kata Izzati memandang Aqila geram. "Aku takut nak pergi sorang-sorang" jawab Aqila sambil tersengih.
"Jom. Aku pun lapar ni" kata Maira pula. "Korang dua jagakan tempat. Nanti kitorang balik korang pulak pergi beli" pesan Maira sebelum melangkah pergi untuk membeli makanan. Izzati dan Irin mengangguk perlahan.
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...