Sedar tak sedar rupanya mereka sudah 4 hari berada di pulau itu. Esok pagi mereka perlu pulang. Namun masih ada lagi baki 4 hari sebelum persekolahan bermula. Masa mereka banyak dihabiskan dengan berjalan-jalan dan bermain aktiviti yang berada di situ.
"Hmm... Esok kita kena balik ke?" soal Irin perlahan dengan muka yang tidak rela. "Kenalah balik. Kerja sekolah banyak lagi yang kita tak siap tau" jawab Izzati mendatar sambil tangannya mengemas sedikit baju-bajunya di dalam beg. "Kalau kita tambah lagi sehari tak boleh ke?" soal Aqila pula sambil memeluk teddy bearnya. "Tak payah nak mengada" balas Izzati sambil memandang Aqila.
"Sehari je... please... Bolehlah..." kali ini Maira pula yang merayu. Maira, Aqila dan Irin memandang Izzati dengan muka yang dibuat comel dan penuh berharap. "I say no, means no" balas Izzati tegas. Keputusannya muktamat. Mereka bertiga berlalu dengan perasaan hampa. Irin masuk ke tandas, Maira mengemas bajunya, Aqila pergi ke balkoni.
"Petang ni kita mandi dekat pantai nak tak?" soal Nazira teruja tiba-tiba. "Nak!" jawab Irin kuat dari dalam tandas. "Hmm... Boleh lah. For the last" jawab Izzati bersetuju.
"Tapi, tolong jangan ajak budak bilik sebelah ye? Aku tak selesa lah. Diorang kan lelaki, kita ni perempuan. Nanti diorang nampak segala bentuk badan kita" kata Aqila memberi peringatan kepada rakannya. Izzati mengangguk bersetuju. "Haah kan. Macam hari tu. Tak selesa aku diorang pandang je" sambung Maira pula. Nazira pula mengangguk setuju.
"Jom!" kata Irin bersemangat selepas keluar dari tandas. Ditangannya ada tuala miliknya. "Pergi mana?" soal Nazira pelik pada Irin. "Mandi pantailah. Tadi cakap nak pergi" jawab Irin dengan teruja. "Petang nanti Irin. Bukan sekarang" kata Maira sambil menepuk dahinya. "Allah..." Ice Girls berkata serentak dan sama seperti Maira menepuk dahi perlahan.
_____________________
"Nak makan dulu ke mandi dulu?" soal Maira pada Ice Girls. "Makan" jawab Izzati seorang. "Mandi!" jawab Irin, Aqila dan Nazira serentak. "3 lawan 1, 3 menang. So, kita mandi dulu" putus Maira. "Makan je yang kau ingat kan?" kata Irin selamba pada Izzati. "Makan kan penting" balas Izzati yakin. "Penting kau tu boleh buat kau bulat" kata Irin selamba mengutuk Izzati. Lantas Izzati mengejar Irin dengan geram. Namun, Irin lebih cepat melarikan diri.
"Kau nak kata aku gemuk lah ni?" soal Izzati geram sambil terus mengejar Irin. Mereka berkejar-kejaran sehingga sampai ke tepi pantai. Izzati dan Irin sudah hilang dari pandangan.
Sampai sahaja Maira, Aqila dan Nazira di tepi pantai mereka melihat Irin yang telinganya ditarik oleh Izzati. Irin ditarik sehingga ke tempat mereka bertiga.
"Aduh... Sakit! Ampun... Aku janji aku tak buat lagi dah..." kata Irin merayu dilepaskan. "Berani kau cakap macam tu lagi?" soal Izzati geram pada Irin. Tangannya tidak lepas lagi dari telinga Irin. "Tak..tak..tak.. aku janji aku tak cakap macam tu lagi" jawab Irin laju. Sebaik sahaja Irin habis menjawab, telinganya dilepaskan oleh Izzati kembali.
"Haa, padan muka kau" kata Nazira pada Irin sambil tersenyum. "Air tu memanggil-manggil aku" kata Aqila lalu berjalan dekat dengan air laut. Kakinya mula bersentuhan dengan air laut. "I'm coming" jerit Maira riang lalu berlari ke dalam air. Irin turut mengikuti Maira dan Aqila.
"Nazira, tolong aku bentangkan tikar ni dekat sini" pinta Izzati pada Nazira. Nazira tidak membantah dan membentangkan tikar yang tidak terlalu kecil di atas pasir pantai. Beg yang berisi tuala mereka semua diletakkan di atas tikar tersebut.
"Aku pergi dulu" kata Nazira pada Izzati sebelum berlari pergi. Izzati mengangguk perlahan lalu duduk bersila di atas tikar tersebut. Telefonnya dikeluarkan dan mengambil beberapa gambar dirinya dan pantai. Gambar tersebut dimuat naik ke Instagramnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Ficção Adolescente[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)