BAB 25

5.2K 365 17
                                    

IKMAL DAN NAZIRA POV

"Assalamualaikum" kata Ikmal kepada Nazira di hadapannya. "Waalaikumsalam" jawab Nazira lalu ingin melangkah pergi. "Nazira, aku nak minta maaf dekat kau" kata Ikmal jujur. "Minta maaf sebab apa?" soal Nazira pelik. "Pasal kes dekat hutan hari tu" jawab Ikmal ringkas.

"Oh, sebab tu. Kenapa aku mesti kena maafkan kau ye?" soal Nazira saja ingin menduga Ikmal. "Nabi Muhammad pun ampunkan umatnya, kenapa kau tak boleh ampunkan aku?" balas Ikmal. Terdiam Nazira mendengarnya. "Menyesal aku cakap macam tu" kata Nazira di dalam hati.

"Err... okey lah, aku maafkan kau" jawab Nazira lalu tersenyum. Terukir senyuman lebar di bibir Ikmal mendengar jawapan Nazira. "Betul kau dah maafkan aku?" soal Ikmal tidak percaya. Nazira mengangguk laju. "Kau bukan ada buat apa-apa salah dekat aku pun" jawab Nazira jujur.

"Tapi aku rasa bersalah dengan kawan kau yang lain jugak. Kalau ada masa kita lepak sama-sama ye?" kata Ikmal dengan ceria. "Boleh sangat. Tapi aku kena tanya yang lain jugak. Takut diorang marah kau lagi" balas Nazira juga turut gembira.

ADAM DAN IRIN POV

"Woi, Irin! Tunggu aku!" jerit Adam pada Irin yang berada tidak jauh darinya. Adam berlari mendapatkan Irin. Irin yang tidak faham terus melarikan diri dari Adam. "Woi! Jangan lari!" jerit Adam lagi. Langkah Adam dilajukan dan akhirnya dia dapat menyaingi Irin. "Kau kenapa tiba-tiba kejar aku?" soal Irin pelik sambil terus berlari.

"Boleh tak kita berhenti dulu?" soal Adam dalam keadaan mengah. "Tak nak!" jawab Irin dan melajukan lariannya. "Aku nak minta maaf je lah!" kata Adam kuat pada Irin yang laju di hadapannya. Irin berhenti secara mengejut dan menyebabkan Adam yang berada di belakangnya merempuhnya kuat. Akhirnya kedua-dua mereka jatuh ke lantai.

"Aduh... sakit lah bongok" kata Irin pada Adam. Dirinya sudah terduduk di lantai. "Kenapa kau berhenti?" soal Adam dalam keadaan terbaring di lantai. "Kau yang suruh aku berhenti tadi" balas Irin kasar. "Jangan lah berhenti secara mengejut. Sakit tau badan aku" balas Adam pula. "Tadi kau nak cakap apa? Kau nak minta maaf?" soal Irin mengubah topik.

"Ye, aku nak minta maaf dekat kau pasal kes dekat hutan hari tu" jawab Adam perlahan sambil duduk dari pembaringannya. "Oh, sebab tu. Aku tak kesah sangat pun. Kau bukan marah aku, tapi kau marah kawan aku" balas Irin tenang. "So, kau tak marah aku lah?" soal Adam. Irin menggeleng lemah. "Tapi kau kena minta maaf dengan kawan-kawan aku. Macam-macam kau maki diorang hari tu kan?" sambung Irin lagi. Adam tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Sorry..." ucap Adam perlahan.

"Dah lah. Aku penat. Aku nak balik kelas dulu tau" kata Irin lalu berdiri dengan berhati-hati. "Aku nak ikut. Aku pun penat jugak kejar kau" jawab Adam lalu turut sama berdiri. Mereka berjalan dengan beriringan ke kelas mereka.

AIMAN DAN IZZATI POV

"Boleh saya jalan sekali dengan awak?" soal Aiman yang tiba-tiba berada di sebelah Izzati. "Hah. Err... boleh" jawab Izzati perlahan.

Senyap antara mereka. Lama.

"Awak"

"Aiman"

kata mereka serentak.

"Kau cakap lah dulu" kata Izzati pada Aiman. Kau?? Aiman sedikit terkejut dengan penggunaan perkataan Izzati. "Tak apa, awak cakap lah dulu" balas Aiman perlahan. "Tak apa. Kau cakap je lah dulu" tolak Izzati perlahan. "Mana boleh. Ladies first kan?" balas Aiman pula. "Tapi dalam Islam, biasanya lelaki dulu. So, kau nak ikut orang Islam ke orang putih?" balas Izzati selamba. "Err..." terpaku Aiman mendengar balasan Izzati. "Okey, saya kalah" kata Aiman pasrah.

"Sebenarnya, saya nak minta maaf dekat awak" kata Aiman perlahan. Izzati memandang Aiman kosong. Izzati meneruskan perjalanannya tanpa membalas kata-kata Aiman. Aiman mengejarnya. "Izzati... Tolonglah maafkan saya..." Rayu Aiman pada Izzati. "Kenapa ye nak memohon dekat perempuan murah macam saya? Tak rasa jijik ke?" soal Izzati sinis. Aiman terdiam. "Kan saya ni murah. Tak ada harga diri. Tak payah lah berkawan dengan saya" sambung Izzati lagi.

"Saya mengaku salah saya. Saya minta maaf sangat dekat awak. Tak sepatutnya saya cakap macam tu dekat awak. Saya marah sangat bila nampak awak pegang lelaki lain. Saya cemburu. Sebab tu saya tak mampu nak kawal apa yang keluar dari mulut saya" ucap Aiman panjang lebar. Wajah Izzati ditenung lembut. Mengharapkan simpati gadis itu.

Izzati berfikir seketika. Tangan disilangkan di dada. "Saya maafkan awak" balas Izzati singkat. "Betul ni awak dah maafkan saya? Walaupun saya dah tuduh awak macam-macam tau masa dekat hutan hari tu!? Saya kata awak macam-macam. Sampai saya rasa bersalah sangat masa tu. Saya rasa macam, tak boleh maafkan diri sendiri pun tau" balas Aiman panjang lebar.

"Habis sekarang ni awak nak saya maafkan awak me tak nak ni?" soal Izzati geram. Orang dah maafkan tu diam je lah. Banyak bunyi pulak mamat ni. "Jadi awak betul-betul dah maafkan saya?" soal Aiman tidak percaya. Izzati mengangguk sambil tersenyum nipis. "So petang ni boleh tak kita keluar ramai-ramai? Saya nak minta maaf dengan yang lain" kata Aiman laju.

"Boleh je. Kalau yang lain free lah" jawab Izzati. "Tadi awak nak cakap sesuatu dekat saya kan. Apa yang awak nak cakap tu?" soal Aiman tidak sabar. "Eh, tak ada apa lah" jawab Izzati. "Mustahil tak ada apa-apa. Tadi nampak macam penting" balas Aiman pelik. "Entahlah. Saya pun dah lupa nak cakap apa" jawab Izzati mengelak dari Aiman terus-terusan bertanya lagi.

"Nak peluk?" kata Aiman tiba-tiba dengan suara yang manja. Izzati menjeling tajam.

HAFFIY DAN MAIRA POV

"Sorry" kata Haffiy pada Maira. "Kau dah kenapa datang-datang tak bagi salam, tiba-tiba je minta maaf" balas Maira pelik. "Okey, assalamualaikum" kata Haffiy malas. "Waalaikumsalam" jawab Maira perlahan. "Sorry sebab aku tuduh kau tolak Laila dekat sungai hari tu" kata Haffiy laju.

"Oh, jadi sebab tu lah kau tiba-tiba minta maaf?" soal Maira. "Ye" jawab Haffiy ringkas. "Bukan ke hari tu kau beria salahkan aku? Dah berubah fikiran pula ke sekarang?" soal Maira sini. "Aku tahu aku salah. Tak sepatutnya aku tuduh kau tanpa usul periksa. Tapi setiap manusia pernah buat kesilapan kan? Jadi aku mohon sangat kau maafkan aku" rayu Haffiy pada Maira. Maira memandang Haffiy dengan ekor matanya. Kalau ikutkan hati tidak mahu memaafkan lelaki tersebut. Tapi apakan daya, hati Maira selembut bicaranya.

"Aku maafkan. Tapi dengan syarat kau kena belanja aku makan sampai lah aku puas" balas Maira sekadar bergurau. "Tak kesah lah. Asalkan kau maafkan aku" balas Haffiy selamba. Belanja makan je pun.

"Kalau macam tu aku dah maafkan kau. Tapi lain kali kalau kau buat lagi aku tak nak maafkan kau" kata Maira mengugut. "Itu aku tak janji aku boleh buat" balas Haffiy selamba. Maira memandang Haffiy geram. "Ye lah. Mana tahu masa tu kau betul-betul salah, aku kena lah marah" jawab Haffiy membela diri. "Fine" balas Maira pasrah.

RIZZ DAN AQILA POV

"Mana dia ni?" soal Rizz sendiri sambil mencari-cari kelibat Aqila. "Haa... tu pun dia" kata Rizz ceria apabila dia melihat Aqila yang berjalan sendirian tidak jauh darinya. Rizz berlari mendapatkan Aqila yang membelakanginya. "Aqila!" panggil Rizz kuat. Aqila menoleh ke belakang dan berhenti berjalan. "Kenapa?" soal Aqila dingin.

Rizz berhenti betul-betul di hadapan Aqila dan menyebabkan Aqila berundur sedikit ke belakang. "Err... Aku ada benda yang nak dicakapkan dengan kau" kata Rizz jujur. "Nak cakap apa?" soal Aqila tanpa senyuman. "A..aku... aku nak... aku nak..." percakapan dipotong Aqila. "Nak apa? Boleh cepat tak? Aku banyak lagi kerja belum selesai ni" kata Aqila yang sudah hilang sabarnya.

"Aku nak minta maaf" kata Rizz laju akibat terkejut dengan percakapan Aqila. "Sebab?" soal Aqila pelik. "Sebab aku dah salah anggap dekat kau masa dalam hutan hari tu" kata Rizz perlahan. "Oh... sebab tu je? Aku maafkan" balas Aqila kemudian berpaling dari Rizz.

"Tapi... kenapa kau nampak macam marah lagi dekat aku?" soal Rizz pelik. "Aku boleh memaafkan, tapi melupakan tu susah sangat" jawab Aqila perlahan. "Aku tahu aku salah. Sebab tu aku minta maaf dekat kau. Tapi... boleh tak kita lupakan semua yang terjadi dekat hutan hari tu. Aku nak sangat kita macam dulu" kata Rizz lembut.

"Sabar Qila... jangan cair please.." kata hati Aqila. Aqila diam tidak membalas. Mata dilarikan dari memandang Rizz. "Sebenarnya... aku rindu nak gaduh dengan kau" kata Rizz lalu tertawa kecil.

Laju Aqila memandang Rizz lalu tersenyum. "Rindu nak gaduh dengan aku je ke? Aku kau tak rindu?" soal Aqila mengusik. Rizz memandang Aqila tidak percaya lalu tersenyum. "Mestilah rindu. Kau dah tak marah aku kan?" balas Rizz. Aqila menggeleng laju sambil tersenyum.

BERSAMBUNG...

Highschool Love [C]Where stories live. Discover now