BAB 5

7.2K 417 15
                                    

IZZATI DAN AIMAN POV

"Hai awak.. awak cari siapa tu?" tegur Aiman apabila dia terlihat Izzati seperti tercari-cari seseorang. "Eh, hai... Tak cari siapa-siapa pun lah" jawab Izzati malu sambil tersenyum kecil. Heh.. sebenarnya dia cari Aiman tu.

"Ohh.. kenapa awak lambat?" tanya Aiman lagi kepada Izzati. "Oh, tadi kat kantin Ice Girls tu ha merungut sebab dapat satu group korang, Fire Boys lah. Lepas tu diorang adalah gaduh-gaduh manja sikit. Ish, diorang tu kalau duduk satu meja tak sah lah kalau tak gaduh" Izzati mengadu pada Aiman pula. Hilang terus senyuman di bibir Aiman tadi bila tahu gadis yang disukainya tidak selesa sekumpulan dengannya.

"Jadi awak tak suka lah dapat satu group dengan saya ni?" soal Aiman seolah berkecil hati. "Eh tak.. tak.. tak.. Saya okey je lah. Dia orang je yang tak okey" Izzati menjawab sambil laju menggelengkan kepalanya. "Baguslah kalau awak suka" balas Aiman perlahan sambil tersenyum. "Apa dia awak...awak ada cakap sesuatu ke tadi?" soal Izzati hairan. Dia macam ada dengar si Aiman ni bercakap tadi tapi perlahan sangat dia cakap.

"Ehh tak ada apa-apa lah. Errr.. jom lah kita ronda sekali. Tak ada lah saya bosan jalan sorang-sorang" ajak Aiman sambil mengangkat-angkatkan keningnya. "Jom" jawab Izzati ringkas lalu berjalan laju meninggalkan Aiman di belakangnya. "Hey awak.. tunggulah" jerit Aiman sedikit kuat lalu mengejar Izzati yang berjalan meninggalkannya. Gila ke nak jerit kuat-kuat.

Izzati dan Aiman bersama-sama meronda di kawasan blok satu dan dua sambil mereka berbual-bual kosong dan bergelak-ketawa. Macam pasangan bercinta.

Namun, dari satu sudut yang lain ada sepasang mata yang memerhati mereka dengan perasaan marah dan benci.

MAIRA DAN HAFFIY POV

Maira dan Haffiy sedang meronda di kawasan blok tingkatan 1. Sambil itu mereka ada juga berbual-bual mengenai Ice Girls dan Fire Boys.

"Oi, kau ni memang jenis yang garang ke apa?" kata Haffiy kepada Maira yang berada di sebelahnya. "Apa oi..oi.. Kau ingat aku tak ada nama ke haa?" marah Maira kepada Haffiy. Suka hati dia je nak oi kan orang. Buat penat je papa aku bagi nama sedap-sedap dekat aku. "He..he.. Jawab je lah" Haffiy tersengih dan menyuruh Maira menjawab pertanyaan nya.

"Mana ada aku garang" jawab Maira ringkas dan perlahan. "Habis tu kenapa aku tengok, junior kat sini macam takut je dengan kau?" soal Haffiy lagi. "Mana lah aku tahu. Kalau kau nak tahu si Nazira tu lagi garang tau daripada aku" jawab Maira lagi. "Ooo...yang lain tak garang lah?" balas Haffiy sambil mengangguk-anggukkan kepalanya lalu bertanya. "Ice Girls yang lain pun garang jugak, tapi kurang sikit lah, sebab kepala diorang semua masuk air je lebih" jawab Maira sambil ketawa kecil . Haffiy tersenyum mendengar kata-kata Maira itu.

"Korang semua ni sebenarnya kawan je ke atau ada hubungan like cousin or what?" soal Haffiy lagi. "Kitorang kawan je. Tak ada apa-apa hubungan pun" jawab Maira ringkas. "Ohh... Jadi memang dari kecil lah korang rapat?" tanya Haffiy ingin tahu. "No.. Kitorang sebenarnya tak rapat sangat pun dulu. Kitorang mula rapat sejak masuk form 3. Tu pun sebab kitorang semua duduk satu kelas" jawab Maira panjang lebar.

Kring...kring...

"Eh, dah lah jom masuk kelas. Nanti bila ada masa kita sambung lah cerita lagi ye. Aku pun nak tau jugak macam mana wujudnya Fire Boys tu" kata Maira apabila terdengar bunyi loceng tamat waktu rehat. "Boleh je. Jom lah" balas Haffiy ringkas.

Maira dan Haffiy berjalan pulang ke kelas mereka bersama-sama.

IRIN DAN ADAM POV

"Woi!!"Adam menyergah Irin yang sedang berjalan di hadapannya. "Oh mak kau raver" latah Irin lalu melihat siapa di belakangnya. Adam tergelak besar sambil memegang perutnya apabila mendengar Irin melatah.

"Ish.. Kau ni kan tak boleh tengok orang senang ke?" marah Irin selepas melihat siapa yang memeranjatkan nya. "Hahaha...kau melatah ke?" tanya Adam bersama sisa tawanya.

"Orang yang tak melatah pun automatik akan jadi melatah kalau kena sergah macam tu.." jawab Irin membela diri lalu berjalan pergi meninggalkan Adam. Terdiam Adam apabila Irin meninggalkannya. Adam mengejar Irin yang kelihatan seperti marah.

"Kau marah aku ke?" soal Adam apabila dia sudah berada di sebelah Irin. "Tak lah" jawab Irin perlahan sambil terus berjalan. "Kalau kau marah, sorry tau" kata Adam lagi sambil memandang Irin. "Hmm.." jawab Irin malas. Adam dan Irin sama-sama meronda di kawasan blok tingkatan 4 dan tingkatan 5 sehinggalah waktu rehat tamat.

NAZIRA DAN IKMAL POV

Ikmal menyorok disebalik dinding untuk memerhatikan sekumpulan pelajar yang sedang merokok di belakang makmal. "Ehh perempuan, sini jap" kata Ikmal perlahan apabila dia terlihat Nazira sedang berjalan berdekatan dengannya. "Kau pahal doh terbongkok-bongkok kat situ" balas Nazira sedikit kuat. "Shuutt...." Ikmal meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Tak kan nak letak bibir Nazira pulak. "Slow lah sikit cakap tu" sambung Ikmal lagi juga secara perlahan.

"Hahh, kenapa? kenapa?" kata Nazira teruja lalu mendekatkan diri kepada Ikmal. "Tu..tengok tu" Ikmal menunjuk ke arah pelajar yang merokok tersebut. "Ishh...diorang ni tak habis-habis buat masalah kat sini" kata Nazira sendirian sambil bercekak pinggang. "Habis tu nak buat masalah kat mana?" soal Ikmal kepada Nazira. Nazira memandang Ikmal. "Buat lah masalah dekat kawasan mana pun. Janji bukan kawasan kita. Hi..hi..hi..Betul tak?" jawab Nazira lalu tergelak kecil.

"Ha..ha..Bongok lah. Dah lah jom halau diorang" kata Ikmal lalu menarik hujung lengan baju Nazira. Haram woi kalau pegang tangan terus. "Tak payah lah tarik-tarik" marah Nazira lalu menarik lengan bajunya semula. Ikmal dan Nazira menghalau sekumpulan pelajar tersebut dan juga merampas rokok milik mereka untuk diserahkan kepada guru disiplin. Pelajar form 2, senang lah sikit nak halau tu. Kalau form 5 tu yang susah.

AQILA DAN RIZZ POV

Aqila dan Rizz meronda di kawasan yang berbeza iaitu Aqila sekarang meronda di gelanggang manakala Rizz pula di padang. Mereka belum berjumpa antara satu sama lain lagi kerana Aqila lepas rehat terus pergi ke gelanggang dan Rizz pula terus pergi ke swimming pool kemudian ke padang.

Tidak lama selepas itu mereka akhirnya bertembung ketika hendak masuk ke kawasan blok bengkel.

"Kau ronda lah. Aku penat dah ni" kata Rizz sebaik sahaja melihat Aqila di depannya lalu pergi ke pondok yang berada berdekatan dengan mereka. "Mana boleh.. Aku pun penat" jawab Aqila dan mengejar Rizz. Alasan je tu... sebenarnya dia takut nak ronda sorang-sorang. "Aqila sayang... aku dah ronda kawasan swimming pool dengan padang tau. Kau ingat padang sekolah kita ni kecil ke?. Ni kau dah ronda belum kawasan gelanggang?" kata Rizz lembut lalu mendekatkan mukanya dengan Aqila. "Ishh...ye dah" jawab Aqila kasar selepas menolak bahu Rizz daripada terus dekat dengannya.

"Dah tu pergi lah ronda bengkel tu pulak" kata Rizz sambil menunjukkan kawasan bengkel menggunakan mulutnya. "Tak nak... Kau tahu kan aku takut nak pergi sana sorang-sorang" jawab Aqila perlahan sambil menundukkan kepala dan menguis-nguis tanah menggunakan kakinya. "Haa... mengaku pun yang kau takut. Lain kali cakap je lah terus" kata Rizz lalu berdiri. Aqila hanya tersengih.

"Dah jom" sambung Rizz lalu berjalan meninggalkan Aqila sendirian. Aqila terus sahaja mengejar Rizz dan mengikutnya dari belakang. Orang tak ajak tak kan nak duduk sebelah dia. "Cepat lah sikit jalan tu. Jalan sekali dengan aku" kata Rizz tegas kepada Aqila selepas melihat Aqila hanya berjalan perlahan di belakangnya. Dengar sahaja arahan Rizz, terus Aqila berlari anak pergi kesebelah Rizz.

Mereka bersama meronda kawasan bengkel sampai waktu rehat tamat. Namun tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka untuk dibualkan sepanjang mereka berdua meronda. Berbeza sekali dengan keadaan Izzati dan Maira.

____________________

"Argh!!" jerit seorang pelajar perempuan. "Geram betul aku dengan si Izzati tu" sambungnya lagi.

"Sabar lah yaya. Bukannya kau sorang je yang geram,aku pun geram jugak dengan si Irin tu. Suka hati dia je nak dekat- dekat dengan Adam aku" kata kawannya pula.

"It's okey girls. Ada peluang nanti kita balas lah. Malahan lebih teruk" kata leader mereka iaitu Misya sambil tersenyum penuh muslihat. Mereka semua kemudian bergelak-ketawa dengan puasnya di belakang stor sekolah itu. Mereka semua itu ialah Lovely Girls.

BERSAMBUNG...

Highschool Love [C]Where stories live. Discover now