Tin! Tin!
Bunyi hon kereta dari luar rumah Ice Girls. Maira membuka pintu rumah mereka sedikit untuk melihat siapa yang membunyikan hon kereta itu. "Fire Boys dah sampai!" jerit Maira pada Ice Girls lalu membuka pintu dan keluar dengan begnya. Pantas Ice Girls menarik beg mereka keluar rumah. Izzati mengunci pintu rumah mereka.
"Ni ke beg awak?" soal Aiman yang tiba-tiba berada di belakang Izzati. "Ye, kenapa? Banyak sangat ke?" balas Izzati serba salah. "Eh, tak ada lah" kata Aiman lalu mengangkat beg roda milik Izzati dan diletakkan di bonet keretanya. Izzati mengikuti Aiman ke keretanya.
"Dipersilakan masuk" kata Aiman sebaik sahaja membukakan pintu kereta kepada Izzati. "Thank you" ucap Izzati lembut lalu masuk ke dalam kereta. Aiman menutup pintu kereta itu perlahan dan berlari ke tempat pemandu.
Nazira pergi ke kereta milik Ikmal dengan membawa begnya. Ikmal yang tadi hanya bersandar di keretanya lantas pergi mendapatkan Nazira. Ikmal mengambil beg itu dari pegangan Nazira dan memasukkan ke dalam bonet kereta. Nazira memandang Ikmal lalu tersenyum dan Ikmal membalasnya dengan senyuman yang manis.
"Thanks" kata Nazira perlahan pada Ikmal. "Most welcome dear" balas Ikmal lembut. Nazira memandang Ikmal tidak percaya. "Tak nak masuk ke?" soal Ikmal pada Nazira yang masih lagi dengan muka terkejutnya. Pantas Nazira masuk ke dalam kereta Ikmal setelah kembali tersedar.
"Izinkan aku..." kata Haffiy lembut pada Maira. "Haa?" balas Maira dengan muka yang pelik. "Izinkan aku ambil beg kau" jawab Haffiy lalu tersenyum manis ke arah Maira. "Oh..." kata Maira setelah faham apa maksud Haffiy tadi. Haffiy mengambil beg dari pegangan Maira dan membawanya ke kereta. Bonet keretanya ditutup perlahan.
"Dipersilakan masuk tuan puteri" kata Haffiy lembut pada Maira. Maira masuk ke dalam kereta yang pintunya dibuka oleh Haffiy dengan muka yang menahan malu. Pintu ditutup perlahan oleh Haffiy. 'Kenapa dia gentle sangat pagi ni? Aaa!! Aku cair wei!' kata Maira di dalam hati. Jantungnya tidak berhenti berdegup laju.
"Tolonglah angkat. Tengok je buat apa?" kata Irin geram pada Adam yang hanya berpeluk tubuh disisi keretanya. "Kau ada tangan kan? Angkat je lah sendiri. Bukannya berat pun" balas Adam selamba. Irin membesarkan matanya memandang Adam. "Tak guna!" kata Irin geram lalu menarik begnya ke bonet kereta Adam.
Begnya dimasukkan ke dalam bonet dan ditutup kasar. "Woi, rosak kereta aku siap kau" kata Adam mengugut pada Irin. "Padan muka" balas Irin selamba lalu menjelirkan lidahnya ke arah Adam. "Ish... Dah, masuk kereta cepat" kata Adam menahan sabar lalu masuk ke dalam keretanya.
Rizz hanya menunggu di dalam kereta. Aqila menarik begnya ke kereta Rizz. Bonet kereta cuba untuk dibuka. "Bukalah bonet ni" kata Aqila kasar pada Rizz. "Laa kau tumpang aku ke? Kenapa tak cakap" balas Rizz selamba lalu membuka bonet keretanya. Aqila membuka dengan kasar lalu menyimpan begnya dan menutup kembali.
Aqila berjalan laju ke arah tempat duduk penumpang dan mencuba untuk membuka pintu kereta namun gagal. "Unlock pintu ni. Aku nak masuk macam mana? Tak kan nak guna tingkap pula" kata Aqila sinis sambil memandang Rizz geram. "Eh, kau masuk ikut pintu ye? Ingatkan kau masuk ikut tingkap tadi. Lupa pulak aku, kau manusia" balas Rizz selamba. Aqila memandang Rizz geram.
Pintu diunlock Rizz dan Aqila masuk dengan muka yang masam dan marah.
Perjalanan mereka dimulakan.
____________________
Kira-kira jam 2 petang mereka sampai ke negeri Terengganu. Mereka menaiki bot untuk pergi ke Pulau Perhentian. Tepat jam 3 petang mereka check in hotel. Ice Girls satu bilik. Fire Boys satu bilik. Family room, so besar sikit.
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)