Semasa Aiman dan Izzati berjalan-jalan. Mereka secara tidak sengaja berjalan ke arah bahagian barangan bayi.
"Comelnya..." kata Izzati dengan senyuman sambil memegang sepasang baju bayi perempuan yang berwarna merah jambu. Matanya ibarat bersinar-sinar. "Nanti kalau kita dah kahwin. Kita dah dapat anak. Awak beli lah banyak mana pun baju yang awak nak. Saya tak kesah. Biarlah duit saya habis dekat awak dengan anak saya je" kata Aiman selama sambil tersenyum memandang Izzati.
Izzati tidak sanggup hendak memandang wajah Aiman. Dia sedang menahan malu yang mula menebal. Nafas ditarik dalam. Kekuatan cuba dicari untuk tidak membiarkan Aiman bercakap seorang diri.
"Tak sabarnya..." kata Izzati perlahan namun didengari Aiman. "Apa? Tak sabar nak dapat anak? Kalau macam tu jom lah kita pergi kahwin sekarang" balas Aiman selamba lalu ingin berlalu. "Eh bukan...bukan..." Izzati menahan Aiman dari pergi. "Saya tak sabar nak beli barang baby ni semua" Izzati mengubah tanggapan Aiman.
"Saya anggap jawapan tu sama je lah" kata Aiman lalu tersenyum. Izzati hanya tersenyum paksa. "Nasib baik saya ni orang yang penyabar" sambung Aiman memuji dirinya sendiri. Izzati menjeling Aiman geram. Langah dibawa menjauh dari Aiman. "Jangan lah lari. Betullah kan apa yang saya cakap tu" kata Aiman sambil mengejar Izzati bersama dengan troli mereka.
HAFFIY DAN MAIRA POV
"Kau nak beli apa je ni?" soal Maira pada Haffiy. Dari tadi belum ada satu barang pun yang mereka ambil. "Aku mana tahu nak beli apa" balas Haffiy sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Habis tu kalau selalunya korang pergi pasar, korang beli apa je?" soal Maira pelik.
"Kitorang main ambil je mana-mana barang yang kitorang rasa perlu" jawab Haffiy jujur. "Haih... Teruk betullah korang ni" kutuk Maira selamba. Haffiy diam tidak membalas. Mereka meneruskan perjalanan dengan senyap. Seperti tiada apa yang berubah. "So, kita nak beli apa je ni?" soal Haffiy perlahan pada Maira. "Manalah aku tahu apa yang korang nak" jawab Maira geram.
"Kau ambil je lah barang apa yang kau rasa perlu ada dekat dapur. Lagi pun dapur kitorang memang kosong betul sekarang ni" cadang Haffiy. "Hmm... Ye lah" Maira hanya mengikut kehendak Haffiy. Beberapa sayur-sayuran dan buah buahan diambil oleh Maira dan diletakkan ke dalam troli.
Melihat Haffiy yang kebosanan, Maira menyuruhnya membantu. "Haffiy, kau pergi ambil sayur sawi dekat sana" kata Maira sambil menunjuk ke arah sayur-sayuran. "Okey. Kacang je ni" jawab Haffiy yakin. Maira tersenyum sinis. Kita tengok sekacang mana dia pilih. Jangan dia ambil kacang sudahlah.
Haffiy melihat banyak jenis sayur di hadapannya. "Mana satu sawi ni? Semua nampak sama je" kata Haffiy bingung. Tangannya mengusik-usik sayur di hadapannya. "Aduh... Menyesal dulu aku tak tolong Umi dekat dapur" kata Haffiy sambil menggaru kepalanya.
"Woi, dapat ke tak sawinya?" soal Maira yang tiba-tiba berada di belakang Haffiy. "Haa? Err... Dapat" jawab Haffiy kalut lalu terus laju mencapai sayur yang berada di hadapannya tadi. Sayur tersebut ditunjuk kepada Maira. "Dapat apa? Kau ambil sayur apa tu?" soal Maira kepada Haffiy. Senyumnya cuba ditahan.
"Sawi lah" jawab Haffiy yakin. "Ni bukan sawi lah mangkuk. Ni kangkung" kata Maira sambil mengambil sayur tersebut dari pegangan Haffiy. Haffiy terdiam. Sayur tadi diletak semula Maira ke tempat asalnya dan dia mengambil sawi yang berada di sebelahnya. "Ni baru betul sawi" kata Maira sambil menunjukkan sayur di tangannya. Haffiy tersengih menampakkan giginya.
"Lain kali kalau tak tahu tu cakap je lah. Tadi bukan main belagak lagi" kata Maira menyindir. Wajah Haffiy merah menahan malu. "Dah. Jom cari barang lain" ajak Maira dengan senyuman yang sudah tidak dapat ditahan. Haffiy hanya mengangguk dan menurut.
AQILA POV
Aqila berjalan sambil memandang ke kiri dan ke kanan. "Aku nak pergi mana dulu ye?" soalnya sendiri. "Beli kasut dulu ke cap dulu? Ke baju?" Aqila terus bersoal jawab sendiri. Jari mengetuk perlahan dagunya.
"Beli kasut dulu lah" putus Aqila lalu tersenyum dan berjalan ke kedai yang menjual kasut. Kalau orang lain tengok dah macam orang gila bercakap sorang-sorang. Aqila masuk ke dalam sebuah kedai menjual kasut. Banyak yang menarik minatnya. "Wah... Cantiknya..." kata Aqila teruja. Matanya tiba-tiba tertangkap satu kasut yang berwarna hitam yang sangat cantik di pandangan matanya.
Namun, kasut tersebut jauh di atas. Boleh jika dia hendak ambil. Tapi, perlu melompat sedikit. Aqila cuba mencari pekerja di kedai tersebut dengan menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiada siapa yang berada di berdekatan dengannya. Kena pula kedai tersebut memang sedikit sunyi kawasannya.
"Mana pulak perkerja dekat kedai ni? Tak kan tak ada sorang pun? Pelik. Belum lagi masuk waktu lunch" Aqila bersoal jawab sendiri. Penat menunggu, dia cuba untuk mengambil kasut tersebut sendiri. Aqila terpaksa meloncat sedikit untuk mendapatkan kasut tersebut. Namun gagal.
Baru sahaja Aqila ingin melompat untuk kali kedua, tiba-tiba ada satu tangan yang mencapai kasut tersebut dari belakangnya. Aqila memusingkan badannya untuk melihat siapa yang mangambil kasut tersebut.
"Kan aku dah cakap kalau nak ambil barang dekat tempat tinggi tu lain kali minta tolong dekat orang" kata Rizz mendatar. "Rizz?" kata Aqila pelik. "Yes dear..." jawab Rizz lembut sambil mendekatkan wajahnya dengan Aqila. "A..Aku tak jumpa siapa-siapa tadi nak minta tolong. Sebab tu lah aku cuba ambil sendiri" jawab Aqila jujur. Sedikit gugup.
"Kau buat aku tergoda kali kedua. Nasib baik iman aku masih kukuh" kata Rizz dengan suara yang lembut. Wajanya sudah dijauhkan sedikit. "Err... Pervert" kata Aqila sambil memandang Rizz geram. "Dah rezeki. Aku terima je lah" jawab Rizz selamba dengan senyuman nipis. Aqila masih memandang Rizz geram. "Tolong jangan goda aku lagi" kata Rizz sambil menutup mukanya dari pandangan Aqila.
"Gediklah kau ni. Bagi sini kasut tu" kata Aqila lalu menolak sedikit badan Rizz yang rapat dengannya. Rizz mengangkat tinggi kasut tersebut. "Kalau nak, cubalah ambil" kata Rizz dengan senyuman manis. Aqila cuba mengambil kasut tersebut dari pegangan Rizz. Makin Aqila hampir dapat, makin Rizz meninggikan pegangannya.
"Rizz... Jangan main-main lah" kata Aqila mengugut. "Cuba lah lagi" Rizz terus meninggikan pegangannya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. "Ehem" suara seseorang kedengaran tidak jauh dari mereka. Aqila dan Rizz sama-sama memusingkan kepala mereka memandang siapa yang menegur mereka itu.
"Kalau ye pun nak bermesra, tengoklah kiri kanan dulu. Dah lah aku ni single" kata Adam sambil tersenyum sinis. "Jealous lah tu" balas Rizz selamba. Rizz tidak sedar dia menurunkan tangannya yang memegang kasut tadi. Kesempatan itu Aqila gunakan dengan merampas kasut tersebut dari tangan Rizz. Rizz memandang Aqila terkejut.
"Hey, main tipu" kata Rizz geram. "Siapa yang cari pasal dulu?" soal Aqila pada Rizz sambil memandangnya tajam. Rizz terdiam. "Aku pergi dulu lah. Duduk sini pun korang bukannya layan aku. Macam tunggul aku ni cakap sorang-sorang" kata Adam pasrah sebelum meninggalkan Rizz dan Aqila.
"Dah jangan kacau aku. Aku nak pergi bayar" Aqila memberi amaran kepada Rizz supaya jangan mengikutinya. Rizz mengangkat kedua-dua belah tangan separa dengan dadanya.
____________________
"Apa lagi cara yang kita kena gunakan untuk pisahkan diorang ye? Semua yang kita rancang tak pernah nak menjadi" soal Fatiya pada Misya di sebelahnya. Misya diam tanpa reaksi. "Aku tengok sekarang diorang macam makin rapat. Selalu je ada bersama. Entah-entah diorang dah ada apa-apa hubungan tak?" soal Laila sambil membesarkan matanya.
"Ish, jangan merepek lah" marah Sara pada Laila sambil memukul perlahan bahu Laila. "Aku akan pastikan hubungan diorang tak akan berkekalan lama" kata Misya mendatar. Matanya merenung tajam ke suatu tempat. "Kita kena rancang something special untuk diorang. Biar sampai diorang melutut dekat kaki kita" sambung Misya lagi.
"Kau nak buat apa?" soal Adriana tidak sabar. "Belum ada idea lagi. Tapi aku akan pastikan diorang menyesal" jawab Misya yakin. Senyuman sinis terukir dibibirnya. "Kita nak ajak Hot Guys join sekali ke?" soal Fatiya pula. Misya mengangguk perlahan. "Kita akan jadikan diorang kambing hitam kita" jawab Misya. Love Girls memandang sesama mereka dan tersenyum penuh makna.
"Bila kita nak mulakan?" soal Sara. "Anytime" jawab Misya ringkas.
BERSAMBUNG...
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)