Fire Boys dan Ice Girls berjalan bersama-sama pulang ke kelas mereka kecuali Rizz yang telah hilangkan diri sebaik sahaja perhimpunan pagi tadi tamat "Kenapa dengan Rizz hari ni weh? Asyik nak tengking orang je. Korang ada buat dia marah ke?" soal Nazira pada Fire Boys. "Betul tu. Habis semua pelajar dia maki tadi. Terdiam semua" sambung Maira pula.
"Mana ada kitorang buat dia marah. Pagi tadi dia okey je. Cuma dia macam senyap sikit" jawab Ikmal yakin. "Tapi aku kesian dengan budak yang kena marah dengan dia. Buat kesalah kecil pun kena denda. Haih..." sambung Haffiy pula. "Ni mesti ada kaitan dengan Adam, Qila, Irin" kata Izzati sambil berpusing ke belakang memandang Adam dan Aqila.
Irin berada di hadapan sekali mengabaikan perbualan mereka. Manakala Adam dan Aqila pula di belakang sekali. Mereka terlambat sedikit kerana Aqila hendak memulangkan sapu tangan milik Adam.
"Why?" soal Adam pelik. Izzati mengendahkannya dan memandang Irin pula. Namun Irin tidak memandang belakang. "Kita kena buat sesuatu lah guys" kata Aiman pada Fire Boys dan Ice Girls. Fire Boys dan Ice Girls mengangguk setuju.
AQILA POV
"Err... Adam. Kau bawakan beg aku masuk kelas boleh?" soal Aqila tiba-tiba pada Adam. "Boleh. Tapi, kau nak pergi mana?" soal Adam pelik. "Aku nak ambil barang dekat bilik pengawas" jawab Aqila jujur. Adam mengangguk lalu mengambil beg daripada Aqila. Dengan itu, Aqila berjalan laju menuju ke bilik pengawas. Memang benar dia perlu mengambil sebuah fail di dalam bilik tersebut.
"Eh, kenapa tak kunci?" Aqila pelik apabila pintu bilik tersebut tidak berkunci. Aqila membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam. Matanya bertentangan dengan seseorang. "K..kau buat apa dekat sini?" soal Aqila sedikit takut. "Suka hati aku lah nak buat apa dekat sini. Bukannya ni bilik bapak kau pun" jawab Rizz kasar tanpa memandang Aqila. Rizz sedang berusaha membersihkan kesan coklat yang melekat pada bajunya dengan tisu.
Aqila menarik nafas panjang dan masuk ke dalam bilik itu untuk mencari fail yang berada di dalam almari. Puas dicarinya namun tidak juga dijumpai. "Kau cari apa ni? Bising lah" soal Rizz kasar. "Err... F..fail aku" jawab Aqila gugup. "Tu atas meja" kata Rizz sambil melihat ke arah meja. Aqila mengambil fail tersebut di atas meja. 'Nak tolong ke tak?' soal Aqila di dalam hatinya. 'Tapi, aku takut. Nanti kalau kena tengking lagi macam mana? Tapi, aku rasa bersalah dekat dia' Aqila masih lagi bersoal jawab di dalam hati.
'Tolonglah keluar cepat sikit dari sini Aqila. Aku tak nak sakitkan hati kau lagi. Aku tak sanggup berpura-pura benci dengan kau' kata Rizz pula di dalam hati. Tiba-tiba Aqila berpusing menghadap Rizz dan berjalan ke hadapan Rizz. "Kau nak apa?" soal Rizz kasar. Riak wajahnya dikawal supaya kekal dingin. Aqila tidak menjawab. "Buka baju kau" kata Aqila laju.
"Kau nak buat apa? Aku boleh uruskan sendiri benda ni" jawab Rizz sombong. "Kau nak buka sendiri atau aku yang bukakan?" soal Aqila tidak memperdulikan kata-kata Rizz. Rizz diam sambil memandang Aqila. "Buka lah kalau berani" kata Rizz mencabar Aqila sambil memainkan keningnya dan mendepakan tangannya. Aqila memandang Rizz geram.
Dengan keizinan Rizz, Aqila membuka butang kemeja Rizz satu per satu dan melepaskannya dari tubuh Rizz. Aip! Jangan fikir macam-macam eh. Rizz ada pakai baju t-shirt putih dekat dalam. Amboi... Mesti ada yang tersenyum sorang-sorang masa mula-mula baca kan?
Aqila membersihkan kotoran coklat tersebut di dalam tandas yang tersedia di bilik pengawas itu dengan sabun pencuci tangan. Sebaik sahaja selesai mencuci, baju tersebut dikeringkan dengan pengering rambut yang memang tersedia di bilik itu. Setelah siap mengeringkan, Aqila memberi semula baju itu pada Rizz.
"Nah" kata Aqila sambil menghulurkan baju tersebut pada Rizz. Rizz mengambilnya dan melihat kotoran coklat yang telah hilang dibersihkan oleh Aqila. Rizz tersenyum nipis. Baju tersebut disarungkan pada tubuhnya dan dibutang dengan rapi. "Thanks" ucap Rizz lembut pada Aqila. Aqila hanya memandang Rizz sekilas lalu mengambil failnya semula dan keluar dari bilik tersebut. Rizz mengeluh panjang dan mengambil begnya lalu keluar dari bilik itu.
____________________
"Mana Qila dengan Rizz pergi ye? Aku rasa macam Rizz dah balik kelas awal tadi. Qila pula, bukan ke belakang kita tadi?" soal Nazira apabila dia melihat tiada Rizz dan Aqila di dalam kelas tersebut. Fire Boys dan Ice Girls berkumpul di meja kumpulan Izzati. "Eh, haah lah. Aku baru perasan" balas Izzati lalu melihat sekeliling. "Qila pergi bilik pengawas. Katanya nak ambil barang. Barang apa tu aku tak tahu" jawab Adam.
"Rizz?" soal Maira pula. Adam menggelengkan kepalanya perlahan. Kelas yang tadinya riuh secara tiba-tiba menjadi sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi tapak kasut pemilik yang melangkah masuk ke kelas itu sahaja. "Kenapa senyap? Tadi bukan main bising lagi" soal Rizz mendatar. Rizz melangkah ke tempat duduknya dengan wajah yang kekal dingin. 'Eh, mana pulak minah ni pergi? Bukan ke tadi dia dah balik kelas dulu?' soal Rizz di dalam hati apabila dia melihat Aqila tiada di tempat duduknya.
Perlahan-lahan kelas tersebut mula bising kembali. Fire Boys dan Ice Girls kecuali Irin melangkah perlahan ke tempat Rizz. "Hai..." kata Ikmal perlahan sambil mengangkat sebelah tangannya. "Korang nak apa?" soal Rizz dingin. "Nak tanya?" jawab Aiman lembut sambil meletakkan satu jarinya pada lengan Rizz. "Aku lempang juga kau ni karang" kata Rizz sambil memandang Aiman tajam. Pantas Aiman menarik semula tangannya.
"Tanya apa?" soal Rizz kembali. "Mana kau pergi tadi? Tiba-tiba je hilang" soal Izzati lembut. "Bilik pengawas. Aku bersihkan baju aku" jawab Rizz sedikit lembut. "Kalau kau dari bilik pengawas. Maknanya kau ada jumpa dengan Qila lah? Mana dia?" soal Nazira pula. Rizz diam tidak menjawab lalu memandang Irin yang berada di tempatnya sendiri.
Rizz berdiri. "Irin. Ikut aku sekejap" kata Rizz pada Irin. "Nak pergi mana? Aku malas lah" soal Irin malas. "Ikut je lah" kata Rizz memaksa. Irin pasrah lalu bangun dan mengikuti langkah Rizz untuk keluar kelas. "Weh, korang nak pergi mana?" soal Haffiy. "Aku ada urusan sekejap. Adam aku pinjam Irin eh?" jawab Rizz. "Tak olehhh" balas Adam sambil menyilangkan tangannya dan memuncungkan bibirnya.
"Gedik lah kau" kata Haffiy lalu menarik muncung Adam. "Adudududuh!" Adam menepis tangan Haffiy dan memandangnya geram. Setelah itu Rizz dan Irin keluar dari kelas mereka menuju ke suatu tempat.
__________________
"Kita nak pergi mana ni Rizz?" soal Irin pada Adam. "Tak pergi mana-mana pun. Aku nak bagi kau lari dari diorang je" jawab Rizz selamba. Irin berhenti melangkah. "Aku tak perlu lari dari diorang. Aku boleh selesaikan masalah aku sendiri lah" kata Irin kasar pada Rizz. "Kau nak selesaikan masalah sendiri? Kau rasa kau boleh ke? Kau nak kawal muka depan diorang pun susah" balas Rizz sambil tersenyum sinis.
"Apa masalah kau ni eh? Hal aku boleh tak kau tak payah sibuk" soal Irin kasar. Mujur sahaja kawasan mereka itu tidak ada pelajar. Kalau tak, mahu kecoh dengan pergaduhan mereka. "Weh Irin, kau tak payah nak bohong diri kau lah. Aku tahu kau suka Adam dan kau jealous bila dapat tahu Adam dengan Aqila ada hubungan. Kau jangan nak guna alasan yang kau masih marahkan dia. Sebab kalau kau marahkan dia, kau tak akan ikut aku. Kau tak akan bercakap pun dengan aku" kata Rizz sambil memegang kedua-dua belah bahu Irin.
Irin mendiamkan dirinya. Semua yang Rizz cakap itu sedikit sebanyak menyedarkannya. 'Betul ke aku sukakan Adam?' soal Irin di dalam hatinya. Rizz melepaskan pegangannya dan berpaling dari Irin. "Sorry Rizz..." kata Irin perlahan. "Tak payah lah. Sekarang ni kau teman aku cari Aqila. Mesti kau tahu kan dia dekat mana. Kau kan kawan baik dia" kata Rizz tenang. "Bukan dia dengan kau ke dekat bilik pengawas?" soal Irin pelik. "Mula-mula memang lah ada. Tapi, dia dah keluar awal daripada aku. Tu yang aku pelik bila aku balik kelas tadi dia tak ada dekat tempat dia. Aku ingat dia terus balik kelas" jelas Rizz ada Irin. Irin diam mendengar.
Rizz dan Irin meneruskan perjalanan mereka mengelilingi sekolah. Bukan mencari Aqila, malahan sibuk bercerita.
"Minggu depan sekolah kita ada buat Night Dinner tau. Aku nak kau jadi partner aku boleh?" soal Rizz pada Irin. "Minggu depan? Wah! Mesti banyak makanan" balas Irin teruja. "Boleh tak?" soal Rizz lagi. "Boleh" jawab Irin yang masih lagi tersenyum.
BERSAMBUNG...
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)