Lima buah kereta milik Ice Girls memasuki perkarangan Smark Highschool. Ice Girls keluar dari kereta mereka dengan muka yang dingin dan tidak berperasaan selepas memakirkan kereta mereka di parking yang memang disediakan khas untuk mereka.
"Aku dengar cerita Ice Girls dengan Fire Boys bergaduh besar masa kem dekat hutan hari tu"
"Muka je cantik, tapi perangai hancur"
"Rupanya selama ni diorang berlakon baik je depan kita"
"Kesian Lovely Girls kena teruk dengan diorang"
Antara kata-kata yang kurang senang dapat didengari Ice Girls sepanjang perjalanan mereka ke kelas. Ice Girls hanya mengendahkan sahaja. Kalau dilayan nanti kecoh pula.
"Panas je telinga aku ni dengar budak-budak ni mengumpat pasal kita" kata Nazira geram lalu menghempaskan begnya di atas mejanya. "Diorang tak takut dosa ke? Suka hati diorang je fitnah kita. Tak tahu apa-apa diam je lah" rungut Irin pula. "Nak buat macam mana? Kita diam je lah dulu. Nanti kita dah bagi bukti yang kita tak bersalah dekat cikgu, diorang tahu lah macam mana nak melutut dekat kita" kata Izzati selamba. "Bila kita nak jumpa cikgu?" soal Maira tiba-tiba. "Secepatnya" jawab Aqila sepatah.
____________________
"Ice Girls, nanti jumpa saya di bilik disiplin lepas rehat?" kata Cikgu Hamzar yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka. Ice Girls hanya mengangguk dan menyambung memakan makanan mereka. Setelah itu Cikgu Hamzar beredar dari situ.
"Kenapa cikgu nak jumpa ye?" soal Irin pelik. "Nak cakap pasal masalah dekat hutan hari tu lah kot" jawab Maira malas. "Haih... Bila lah masalah ni nak selesai?" soal Izzati pasrah. "Sabar ye, sikit je lagi" balas Nazira memujuk. "Aku ada lagi satu persoalan yang melekat dekat fikiran aku ni" kata Aqila sambil bermain dengan strawnya. "Apa dia?" soal Izzati pelik. "Apa kita nak buat masa bertugas ni nanti? Aku dapat rasakan aura kejanggalan" Aqila menyatakan persoalannya. "Buat tak tahu je lah. Kita buat hal kita, diorang buat hal diorang" jawab Maira spontan.
"Dah lah wei, jom bertugas. Nanti lambat kita yang kena" kata Nazira tiba-tiba. "Jom" balas Izzati lalu Ice Girls bangun dari tempat duduk mereka untuk pergi bertugas di tempat masing-masing. "Bye, good luck" ucap Maira sebelum mereka berpisah.
MAIRA POV
'Apa salah aku? Bukannya aku yang tolak dia pun. Kenapa dia kejam sangat? Kenapa dia tak percaya aku? Jahat sangat ke aku selama ni?' Maira berjalan sendirian sambil berbicara sendirian di dalam hati. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.
"Oh, sorry" Maira meminta maaf perlahan. "Lain kali jalan tu pakai lah mata" kata orang yang dilanggar Maira itu sinis. Suara yang cukup dikenalinya. Pantas Maira mendongakkan kepalanya untuk melihat siapa orang di depannya itu. Haffiy. "Sorry" kata Maira lagi. "Tu je lah yang kau tahu, asal buat salah je minta maaf" balas Haffiy sinis. "Suka hati kau lah nak cakap apa. Aku malas nak layan perangai kau" kata Maira geram sebelum beredar meninggalkan Haffiy. Orang cakap baik-baik, dia balas macam tu.
"Lantak kau lah perempuan. Kau ingat aku kesah kau nak merajuk ke apa? Bukan Haffiy lah kalau aku tunduk dengan perempuan" kata Haffiy sendirian dengan sombongnya. Kemudian mereka meneruskan tugas mereka seperti biasa.
"Siapa tu?" Maira melihat seperti ada seorang lelaki dan seorang perempuan mahu bergaduh di hadapan kelas tingkatan 1. "Macam Irin je?" kata Maira lagi. "Ye, tu memang Irin. Dia ni dah kenapa? Nak bertumbuk ke dengan Adam?" soal Maira pelik. "Ishh, nak kena Irin ni. Geram betul aku" kata Maira geram sebelum berjalan ke arah Irin. "Irin!!?" Maira menjerit nama Irin kuat.
IRIN POV
"Aman sikit hidup aku tanpa jembalang sekor tu" kata Irin selamba. Dia sorang-sorang sekarang ni, jadi suka hati dia lah nak kutuk siapa pun. "Budak-budak hari ni pun macam baik sikit. Tak buat masalah dekat sini. Kalau tak jenuh jugak lah aku nak settle kan sorang-sorang" sambungnya lagi. Itin berjalan di bangunan tingkatan 5 dengan senyuman di bibir. Namun tak lama selepas itu senyumannya mati.
"Bala datang dah..." keluh Irin perlahan apabila dia melihat Adam yang berada tidak jauh darinya. Adam datang kepadanya dengan muka yang tidak berperasaan. "Kau dah ronda belum blok form 4?" soal Adam kasar. "Dah" jawab Irin Malas. "Bagus, tak payah aku suruh baru nak buat" kata Adam. "Kau ingat aku ni malas sangat ke?" soal Irin geram. "Biasanya perempuan macam tu" jawab Adam selamba. "Tapi kau ni perempuan ke?" soal Adam dengan senyuman sinis.
"Suka hati kau lah nak fikir apa" balas Irin malas sambil berjalan sehinggalah sampai di blok tingkatan 1. "Buat apa aku membazir air liur aku dengan bertekak dengan kau? Daripada kita bergaduh mulut, lebih baik kita bertumbuk" balas Irin tenang dan cuba mencabar kesabaran Adam. "Kau nak sangat bertumbuk ke? Jom lah" sahut Adam yakin. Setakat perempuan senang je lah. "Aku tak kesah. Jom lah" jawab Irin sambil bersedia hendak bertumbuk. Baru sahaja Irin mengangkat tangannya, seseorang memanggil namanya kuat.
"Irin!?" jerit Maira kuat. "Oh no..." kata Irin perlahan sambil memandang Maira dengan muka terkejut. Adam juga terkejut dengan panggilan Maira itu. Maira berjalan laju ke arah Adam dan Irin dengan muka yang menahan marah. "Kau buat apa ni? Otak kau dah senget ke sampai nak bertumbuk dengan si Adam ni?" kata Maira geram sambil menarik telinga Irin. "Aduh... Sakit... Sakit... Maira ampun" balas Irin menahan sakit. "Tahu pun sakit? Habis tu bertumbuk tu tak sakit lah?" soal Maira sinis. "Kalau ya pun nak bergaduh, jangan lah bergaduh dekat sini. Gaduh lah dekat tempat Zati ke tempat Zira ke. Kalau kau gaduh dekat tempat aku, nanti aku yang kena marah dengan cikgu" bebel Maira pada Irin dan Adam.
"Ye lah, Irin janji tak buat lagi dekat tempat Maira. Nanti Irin bertumbuk dekat tempat Izzati je" jawab Irin sambil mengusap telinganya yang sudah dilepaskan Maira. "Bagus" balas Maira. "Err... Aku pergi dulu" kata Adam takut-takut. "Kau pun sama! kalau nak bergaduh tu jangan dekat tempat aku" kata Maira pada Adam. Adam mengangguk laju sebelum berlari untuk mengelak daripada menjadi mangsa bebelan Maira lagi.
NAZIRA POV
"Hai baby" tegur seseorang pada Nazira. Nazira memandang orang yang memanggilnya dengan gelaran 'baby' itu geram. "Kau nak apa Iman?" soal Nazira geram. "Nak you lah" jawab Iman selamba. Nazira membalas dengan membuat muka menyampahnya. "Boleh tak jangan kacau aku? Aku tengah bertugas ni" kata Nazira geram. "Tak boleh. I nak teman you" jawab Iman lalu tersenyum. "Suka hati kau lah. Malas aku layan kau" Nazira hanya membiarkan Iman mengikutinya.
"Wow, berjalan berduaan di tempat yang sunyi" kata Ikmal yang tiba-tiba mucul. "Biar lah. Kau jealous ke?" soal Iman pada Ikmal. "No, cuma aku nak nasihat sikit. Kalau nak buat maksiat tu jangan lah buat dalam kawasan sekolah. Tunjuk contoh yang baik-baik sikit dekat junior-junior kita" balas Ikmal sambil memandang Nazira sinis. "Kau boleh tak jangan jadi macam kawan-kawan kau? Suka buat tuduhan sebelum usul periksa" kata Nazira geram. "Benda dah jelas, buat apa nak sisasat lagi?" soal Ikmal selamba. "Apa yang jelas? Kau tak tahu keadaan sebenar kan? Tiba-tiba serang orang macam tu" soal Nazira geram. Panas sunggguh dia melihat senyuman sinis Ikmal itu.
"Teruskan lah hidup dengan andaian kau tu. Bawak sampai mati terus. And kau Iman jangan nak ikut aku lagi!" sambung Nazira lagi kemudian berlalu pergi dengan perasaan yang membuak-buak.
"Kau ikut dia ke?" soal Ikmal pada Iman. "Biarlah. Dia girlfriend aku" jawab Iman yakin. "Err... So what? Lantak kau lah" kata Ikmal sebelum berjalan meninggalkan Iman sendirian. "Aku nak pergi mana ni? Ikmal pergi kiri, Nazira pergi kanan. Aku nak ikut yang mana?" soal Iman sendirian. "Eh, buat apa aku ikut Ikmal? Baik aku ikut my baby" putus Iman lalu meikuti jalan yang dilalui Nazira tadi. "Baby!?" panggil Iman pada Nazira yang berada jauh di hadapannya. "Siapa baby kau!? Sejak bila aku jadi anak kau!?" balas Nazira selamba juga dalam keadaan menjerit tanpa memandang ke belakang.
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Novela Juvenil[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...