Tok...tok...tok...
"Assalamualaikum, cikgu Hamzar nak berjumpa dengan Ice Girls dan Fire Boys di bilik disiplin" kata seorang junior yang berada di pintu kelas. Fire Boys dan Ice Girls memandang sesama mereka dengan muka yang penuh tanda tanya. Guru yang sedang mengajar mengangguk memberi keizinan. Mereka bangun dan segera menuju ke bilik disiplin.
Haffiy dan Ikmal di hadapan. Diikuti Adam, Rizz dan Aiman di belakang mereka. Diikuti Izzati, Irin dan Nazira dan di belakang sekali Maira dan Aqila.
"Kenapa cikgu nak jumpa kita ye?" soal Irin pelik. "Adalah benda yang nak di bincangkan tu" jawab Aiman. "Korang rasa bincang pasal apa?" soal Izzati ingin tahu. "Masalah budak-budak ni lah kot?" jawab Adam. "Masalah budak-budak ke masalah kita?" soal Aqila sinis sambil terus menunduk membaca novel yang di bawa bersamanya. Semua memandang Aqila dan mula menunjukkan reaksi risau dan panik. "Mungkin" sambung Haffiy pula.
Tok..tok..tok..
"Assalamualaikum, ini kami Fire Boys dan Ice Girls. Boleh kami masuk?" kata Ikmal selepas memberi salam. "Masuk" balas cikgu Hamzar dingin. Pintu dibuka oleh Ikmal dari luar. Fire Boys dan Ice Girls masuk dengan penuh tanda tanya.
"Kenapa cikgu nak jumpa kami ni?" soal Izzati takut-takut. "Saya ingatkan bila saya gabungkan kamu semua, kamu dapat bantu saya selesaikan masalah. Tapi makin banyak pulak masalah yang kamu yang timbulkan" kata Cikgu Hamzar tanpa menjawab soalan Izzati. "Apa semua ni?" soal Cikgu Hamzar tegas lalu berdiri dari duduknya. "Irin dan Adam, bergaduh dekat belakang bangunan. Irin... saya kenal awak sebagai seorang yang sentiasa cool. Tapi, apa yang awak dah buat? Mana Irin yang saya kenal?" marah Cikgu Hamzar pada Adam dan Irin.
"Aqila dan Rizz, apa hubungan kamu berdua sebenarnya? Saya dapat tahu kamu berdua sampai berkejar-kejar dekat tengah padang lagi. Aqila... setahu saya, awak seorang yang tak suka bercinta. Selama awak bersekolah di sini tak pernah saya dapat berita yang awak ada hubungan dengan mana-mana lelaki. Mana Aqila yang dulu?" marah Cikgu Hamzar lagi, namun pada Rizz dan Aqila pula.
"Yang lain-lain setakat ni saya nampak masih okey lagi" kata Cikgu Hamzar sambil memandang Ice Girls dan Fire Boys. "Cuma Izzati dan Aiman, saya ada dengar sikit cerita tentang kamu berdua. Tapi saya tak dapat apa-apa aduan. Jadi, kamu berdua masih selamat" sambung Cikgu Hamzar lagi.
Senyap seketika....
"Maafkan kami cikgu" kata Maira perlahan. "Kami janji akan betulkan balik kesalahan kami" sambung Adam. "Tapi, bagi kami masa sikit" sambung Nazira pula. Cikgu Hamzar berfikir sejenak. "Baiklah, saya bagi kamu semua masa selama seminggu untuk selesaikan masalah ni semua" putus Cikgu Hamzar. Fire Boys dan Ice Girls tersenyum kecil. "Kamu semua boleh masuk kelas" Cikgu Hamzar memberi keizinan untuk mereka masuk ke kelas. Fire Boys dan Ice Girls keluar dari bilik disiplin itu dengan penuh rasa kecewa. Kecewa dengan diri sendiri.
"Aqila, ikut aku" kata Rizz dingin tanpa memandang Aqila. "Nak pergi mana?" soal Aqila pelik. "Ikut je lah" kata Rizz tegas. "Ish, ye lah" jawab Aqila geram. "Aku ikut Rizz tau" pinta Aqila pada Ice Girls. Ice Girls mengangguk. "Aku gerak dengan Aqila dulu tau" kata Rizz pada Fire Boys. Fire Boys mengangguk dan tersenyum nakal pada Rizz. Rizz menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum. Rizz dan Aqila mula meninggalkan Fire Boys dan Ice Girls.
"Apa lah yang diorang nak buat tu?" soal Izzati curiga. "Jangan risau lah awak. Rizz tak bodoh lah nak buat benda tak elok dekat Aqila" jawab Aiman lembut. "Saya tak fikir sampai macam tu pun" balas Izzati. "Dah, jom masuk kelas" kata Maira memintas percakapan Izzati dan Aiman. Ice Girls dan Fire Boys mula bergerak ke kelas mereka.
RIZZ DAN AQILA POV
Aqila mengikuti langkah Rizz hingga ke sebuah pondok di kawasan sekolah mereka. "Duduk" arah Rizz dingin pada Aqila. Aqila hanya menurut sahaja. Rizz diam, Aqila pun diam. "Kau nak apa sebenarnya ni?" soal Aqila geram setelah sekian lama mendiamkan diri. "Nak kau" jawab Rizz spontan. "Err... Maksud aku, aku nak kita selesaikan masalah kita ni" cepat Rizz membetulkan semula apa yang di perkatakannya tadi. "Tapi macam mana?" soal Aqila sambil menongkat dagu. 'Nasib baik' bisik Rizz di dalam hati.
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...