BAB 27

5.1K 340 3
                                    

"Sekarang ni kita semua berpecah ye? Tak kan nak gerak ramai-ramai macam ni" cadang Izzati. Semua mengangguk setuju. "Aku nak pergi main game" kata Irin lalu berlari pergi. "Novel... I'm coming" kata Aqila ceria lalu turut sama berlari pergi. "Aku tak tau nak pergi mana" kata Maira perlahan.

"Jom. Hari tu Haffiy ada janji sesuatu kan?" kata Haffiy mengajak Maira mengikutinya. Maira hanya menurut dan berjalan pergi bersama-sama Haffiy. "Tak ada idea lah" kata Nazira buntu. "Kau ikut aku je lah" cadang Ikmal teruja. Nazira senyap berfikir dan kemudiannya mengangguk setuju. Ikmal dan Nazira juga berlalu pergi.

"Izzati nak cari baju je kot" kata Izzati perlahan dan meninggalkan yang lain. Tinggallah Adam, Rizz dan Aiman yang terpinga-pinga. "Err... Aku pergi dulu lah" kata Adam sedikit janggal dengan keadaan mereka. "Aku... aku tak tahu nak pergi mana. Bye" ucap Aiman pada Rizz sebelum meninggalkan Rizz sendirian.

"What? Baik tak payah hangout sama-sama kalau macam ni. Akhirnya aku sorang-sorang jugak. Macam ni lah single" kata Rizz pasrah kemudian berjalan tanpa hala tuju.

IZZATI POV

"Cantiknya baju ni... warna pink lagi" kata Izzati sedikit teruja sambil membelek-belek baju blouse di kedai itu. "Tapi yang tu pun cantik jugak" kata Izzati serba salah sambil memandang baju yang lain. Setelah lama berfikir dan memilih, akhirnya Izzati mengambil kedua-dua helai baju tersebut. Izzati berjalan ke kaunter pembayaran dengan kedua baju tersebut di tangan.

"Miss, total this?" kata Izzati pada pekerja di kedai tersebut. "Semuanya RM 126" kata pekerja itu. "Izzati membuka beg tangannya dan mengeluarkan beg duitnya. Baru sahaja Izzati ingin membuka beg duitnya, ada tangan yang terlebih dahulu menghulurkan duit kepada pekerja tersebut. "Eh, kenapa kau bayarkan?" soal Izzati pelik pada Irfan yang tiba-tiba muncul membayarkan baju tersebut. Baki duit diberi semula pada Irfan.

"Ni sebagai tanda I nak minta maaf dekat You" kata Irfan lembut lalu turut mengambil beg kertas berisi baju yang dibeli Izzati tadi dan kemudiannya berjalan keluar dari kedai tersebut diikuti Izzati. "Kenapa perlu sekarang?" soal Izzati lagi.

"Kenapa? Salah ke?" soal Irfan kembali dengan senyuman yang manis dibibir. "Tak salah. Cuma macam mana kau boleh tahu aku ada dekat sini?" soal Izzati pelik. "Err... tadi I saja je jalan-jalan dekat mall ni. Lepas tu I ternampak you, so I pergi je lah dekat you" jawab Irfan dengan ragu-ragu. "Ye ke?" soal Izzati curiga sambil mengambil beg tersebut dari pegangan Irfan. Irfan mengangguk laju.

"Okey lah kalau macam tu aku pergi dulu. Terima kasih belanja" kata Izzati selamba meminta diri. "Eh, wait. You dah maafkan I ke belum?" soal Irfan perlahan. "Kenapa aku perlu maafkan kau? Kesalahan kau besar kot. Minta maaf dengan Allah dulu, baru aku maafkan kau" kata Izzati selamba dan ingin berlalu pergi.

"Izzati jangan lah macam ni. I rasa bersalah sangat-sangat. Please maafkan I" kata Irfan memujuk sambil menarik kuat lengan Izzati menahannya daripada pergi. "Kau kenapa tarik-tarik aku ni? Sakitlah!" marah Izzati pada Irfan sambil menarik lengannya dari pegangan Irfan. "No! You kena maafkan I dulu baru I lepaskan you" kata Irfan mengugut sambil menarik kasar tangan Izzati.

"Lepaslah!" Izzati memaksa Irfan melepaskan pegangannya. Tangannya ditarik kuat. "Woi!" jerit seseorang dari kejauhan. Aiman berlari ke arah mereka. "Lepaskan dia. Kau siapa nak pegang-pegang dia macam tu?" marah Aiman sambil menarik tangan Izzati dari pegangan Irfan.

"Wow... hero dah datang" kata Irfan belagak sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke atas. "Kau nak apa lagi ye?" soal Aiman geram. "Aku tak nak apa-apa. Aku cuma nak kan hak aku je" jawab Irfan selamba. "Hak apa?" soal Aiman geram. "Kau tahu kan?" soal Irfan mencabar.

"Aku blah dulu lah. Fikirkan lah ye?" kata Irfan sebelum berlalu pergi dengan senyuman sinis dibibirnya. Aiman memandang Irfan dengan pandangan yang penuh emosi. "Kau tak apa-apa?" soal Aiman prihatin pada Izzati. Izzati menggeleng lemah.

IRIN POV

"Hmm... nak main apa ye?" soal Irin sendirian. "Kalau ada geng kan best main sama-sama" sambungnya lagi.

Dari jauh ada yang memerhati Irin dengan senyuman penuh makna. Dia berjalan perlahan ke arah Irin. Namun... ada yang menegur Irin terlebih dahulu sebelum sempat dia tiba.

"Ish, kacau betul lah mamat ni" marah Firdaus sendirian sambil memandang Adam geram. "Kerja nak potong line aku je. Macam tak ada perempuan lain yang dia nak agaknya" sambungnya lagi sambil menggenggam tangannya geram.

"Hai, Irin. Boleh aku join kau?" soal Adam yang tiba-tiba berada di belakang Irin. "Eh, Adam. Kau buat apa dekat sini?" Irin tidak menjawab persoalan Adam, malah menyoalnya kembali. "Saja. Tadi aku ternampak kau. Ingat nak join sekali" jawab Adam sambil tersenyum. "Hmm... okey boleh. Aku pun rasa macam bosan je main sorang-sorang" balas Irin bersetuju.

"Kalau macam tu kita fight nak? Siapa kalah kena belanja ais krim" kata Adam memberi cadangan. "No hal lah. Setakat fight dengan kau, kacang je" kata Irin selamba. "Game on!" jerit Adam teruja lalu berlari masuk ke dalam kawasan game. Bermacam-macam game yang dimainkan oleh mereka dengan gembiranya. Selama hampir satu jam mereka habiskan untuk menentukan pemenang bagi pertandingan yang diciptakan oleh mereka sendiri.

"Aku menang!" jerit Irin gembira sambil terlompat-lompat kecil. Adam hanya memerhati sambil tersenyum nipis. "Okey aku kalah. Jom lah aku belanja kau ais krim" kata Adam pasrah. Mereka berjalan beriringan keluar dari kawasan game tersebut dengan gembira. "Thanks teman aku" kata Irin lembut pada Adam. Adam hanya membalas dengan senyuman ikhlas.

HAFFIY DAN MAIRA POV

"Kita nak pergi mana ni?" soal Maira pada Haffiy. "Aku nak belanja kau makan kek. Hari tu kan aku dah janji nak belanja kau. Tapi disebabkan tadi kita dah makan, so aku belanja kau kek je lah" jelas Haffiy tenang. "Kau makan kek tak?" soal Haffiy lagi. "Makan. red velvet favourite aku" jawab Maira ceria. "Kalau macam tu kita makan dekat situ lah" kata Haffiy sambil menunjuk ke arah sebuah cafe.

Haffiy dan Maira berjalan beriringan ke cafe tersebut. Mereka duduk di meja kosong yang boleh menempatkan dua orang. "Aku pergi order tau. Kau nak apa?" soal Haffiy setelah kembali berdiri. "Red velvet cake and choco shake" jawab Maira perlahan. Haffiy mengangguk sebelum berlalu untuk memesan makanan mereka.

Haffiy memberi tahu pekerja itu apa yang diinginkan olehnya. 5 minit menunggu akhirnya makanan tersebut siap disediakan oleh pekerja tadi. Haffiy membayar dahulu sebelum mengangkat dulang yang berisi makanannya itu pergi. Baru beberapa langkah, seseorang telah melanggar Haffiy dan menyebabkan makanan yang dibawanya itu jatuh ke lantai. Baju Haffiy juga basah terkena air yang dibawanya.

"Oh, what is this? Kau jalan guna mata ke tak?" soal orang yang melanggar Haffiy itu sinis. "Kau yang langgar. Kau nak salahkan aku?" soal Haffiy tidak mahu kalah. "Aku langgar kau? Apa yang aku dapat? Dah lah perampas. Tak sedar diri" kata jejaka tersebut kuat. Haffiy cuba menahan sabarnya.

Pandangan daripada orang sekeliling tidak dihiraukan. Belum sempat Haffiy menumbuk muka jejaka tersebut, seseorang menahannya dengan memanggil namanya kuat.

"Haffiy!" panggil Maira kuat. Maira berlari mendapatkan Haffiy. "Kenapa ni?" soal Maira cuak. "Naim, apa kau buat dekat sini?" soal Maira pada jejaka yang melanggar Haffiy itu. "Nothing Maira. I cuma nak bagi amaran dekat jantan ni" jawab Naim sambil merenung Haffiy tajam. "Eh, cermin lah diri sendiri tu dulu. Tengok apa yang kurang dekat diri kau, baru kau boleh nak halang aku" kata Haffiy dengan senyuman sinis.

"Kita tengok lah nanti macam mana ye? Aku ataupun kau yang menang" balas Naim tenang sebelum pergi meninggalkan mereka. "Kau tak apa-apa ke?" soal Maira risau dengan keadaan Haffiy. Baju Haffiy yang basah di lap sedikit menggunakan tisu yang dibawanya. Tanpa Maira sedari, dalam diam Haffiy merenung dalam dengan senyuman dibibirnya.

"Stop Maira" halang Haffiy sambil memegang lengan Maira untuk memberhentikannya. "Malu orang pandang" kata Haffiy perlahan sambil menundukkan kepalanya. Maira mengangkat wajahnya dan memandang sekeliling. Ya, ramai yang memandang mereka. Ada yang tersenyum-senyum, dan ada juga yang merenung sinis.

Maira menggenggam erat baju Haffiy yang masih dipegangnya. "Jom pergi tempat lain" ajak Haffiy lalu menarik tangan Maira pergi dari cafe itu.

BERSAMBUNG...

Highschool Love [C]Where stories live. Discover now