Flashback...
"Takut betullah saya dengan kawan awak tu Hana. Semuanya macam gangster. Kasar semacam" kata Mikail sambil menggeleng perlahan dan tersenyum. Hana tertawa kecil mendengar rungutan Mikail. "Maaflah, saya tak boleh nak tolong awak tadi. Saya pun takut dengan diorang" balas Hana sambil tersenyum.
15 minit kemudian, kereta Mikail terpakir elok di petak parkir. Mikail melepaskan tali pinggang keselamatannya dan membuka pintu kereta. "Eh, sekejap. Awak jangan buka pintu dulu" kata Mikail pada Hana. "Kenapa?" soal Hana pelik. Mikail tidak menjawab lalu keluar dan membukakan pintu kereta kepada Hana.
"Ingatkan tak bagi saya keluar tadi" kata Hana sambil keluar dari kereta. Mikail tersengih memandang Hana. Pintu ditutup oleh Mikail sebelum dikunci. "Dah gerimis lah. Jom cepat masuk sebelum hujan lebat" ajak Mikail sambil mempersilakan Hana berjalan dahulu. Hana hanya menurut. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam shopping mall. Semasa di pintu masuk, Mikail berhenti berjalan secara tiba-tiba.
"Kenapa awak berhenti?" soal Hana pelik. "Saya tertinggal wallet dekat dalam kereta" jawab Mikail sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Oh, tu je ke? Jom lah pergi ambil" balas Hana lembut. Hana mahu berpatah balik namun dihalang Mikail. "Eh, awak tak payah pergi. Biar saya sorang je yang pergi. Awak tunggu saya dekat sini. Hujan dah mula lebat ni" kata Mikail laju. Hana mengangguk perlahan. Malas berdebat disebabkan perkara kecil.
Mikail berlari semula ke keretanya. Tidak lama kemudian Mikail kembali. Semasa dalam perjalanan ke arah Hana, matanya hanya tertumpu pada Hana. Hatinya senang melihat wajah wanita yang dicintainya itu. Hujan yang semakin lebat memaksa Mikail berlari anak ke arah shopping mall. Sehinggakan dia tidak menghiraukan keselamatan diri.
Mikail melintas jalan tanpa melihat ada kenderaan yang bergerak laju menuju ke arahnya. Mikail terdiam di tengah jalan sebelum dia merasa dirinya ditolak kuat dan kepalanya terhantuk di jalan tar. Matanya mula kabur. Sesaat kemudian pandangannya gelap. Dia tidak tahu apa yang terjadi berikutnya.
_____________________
"Kau dah bagi tahu daddy kau belum Aqila yang kau nak pergi sana?" soal Izzati pada Aqila. Aqila mengangguk perlahan. "Kau tu dah cakap ke belum dengan cousin kau yang dekat Korea tu? soal Maira pula pada Izzati. "Dah" jawab Izzati sambil mengangguk. "Irin, kau dah book tiket flight ke belum?" soal Maira pada Irin. "Dah, kita gerak pagi esok" jawab Irin sambil tersenyum.
"Laa... Flight korang pagi ke? Flight aku dengan Nazira petang" kata Izzati. "Tak apa lah. Boleh kau kemas rumah dulu sebelum pergi" balas Maira selamba. "Suka hati kau je suruh-suruh orang. Buat sendiri lah" kata Nazira sambil memandang Maira geram. Maira malas melayan dan hanya membuat tidak tahu. Tindakannya itu membuat Nazira naik angin dan berdiri untuk memukulnya. "Flight kau bila Qila?" soal Izzati pada Aqila semasa Nazira dan Maira sibuk bergaduh.
"Malam ni" jawab Aqila ringkas. Terhenti pergaduhan Maira dan Nazira. Mereka memandang Aqila. "Kenapa kau tak bagi tahu awal-awal kau nak pergi malam ni? Tak dapat lah kita nak enjoy dulu sebelum berpisah" soal Irin geram. "Aku... Aku nak cepat-cepat lari dari semua masalah ni. Lagi pun aku rindu dengan family aku" jawab Aqila perlahan.
Ice Girls berdiam diri mendengar jawapan Aqila. "Kalau macam tu kita buat majlis perpisahan kita ni sekarang lah. Nak tak?" soal Irin teruja. Ice Girls mengangguk laju dan mereka menghabiskan waktu petang mereka dengan banyak perkara yang mampu menghiburkan hati mereka yang terluka.
_____________________
"Aku dah nak pergi dah ni. Ada sesiapa boleh tolong hantarkan aku dekat airport?" soal Aqila yang tiba-tiba muncul. Tangan kanannya mengangkat sebuah beg roda untuk menuruni tangga. Ice Girls memandang Aqila namun tidak menjawab. Nazira berjalan ke arah Aqila dan mengambil beg dari tangan Aqila. "Siapa nak hantar aku angkat tangan" kata Aqila sekali lagi apabila soalannya tadi seperti dibiar sepi.
Ice Girls mengangkat tangan mereka laju. Izzati siap mengangkat kedua-dua belah tangan lagi. Irin sampai mengangkat kakinya sekali. "Kalau macam tu, jom lah gerak sekarang. Nanti aku terlepas flight" balas Aqila sambil berjalan laju ke arah pintu utama. Ice Girls bangun dari duduk mereka dan segera bersiap untuk pergi ke lapangan kapal terbang.
Izzati yang memandu menggunakan keretanya untuk menghantar Aqila. Sebaik sahaja tiba, Aqila segera keluar dari kereta Izzati dan membuka bonet kereta untuk mengambil begnya. Ice Girls masuk ke dalam lapangan terbang dan menunggu sehingga Aqila masuk ke dalam kapal terbang.
Setelah lama menunggu akhirnya tibalah masanya untuk Aqila pergi. "Jangan rindu aku tau nanti" kata Aqila pada Ice Girls. "Mana boleh tak rindu" balas Izzati sedikit geram dengan Aqila. Aqila hanya tersengih. "Aku pergi dulu" kata Aqila perlahan. Sebelum pergi dia bersalaman dan berpelukan dengam Ice Girls. Aqila berjalan sambil menarik begnya dan melambaikan tangan ke arah Ice Girls.
Seorang sudah pergi. Tinggal lagi empat orang. Perasaan sebak mulai hadir. Setelah sekian lama bersama, mereka terpaksa berpisah untuk sementara waktu. Demi kepentingan mereka sendiri. Ice Girls pulang ke rumah mereka dengan perlahan.
____________________
Keesokannya Fire Boys datang ke sekolah seperti biasa. Mereka merasa pelik apabila Ice Girls tidak masuk ke kelas pada pagi ini. Perasaan resah, bimbang, takut dan mungkin rindu mula menguasai diri mereka. Semasa dalam kelas mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada sesi pembelajaran. Banyak kali Fire Boys ditegur oleh guru yang mengajar.
Waktu rehat pun tiba. Fire Boys mengambil keputusan untuk berkumpul di bilik pengawas. Tiada selera untuk makan.
"Mana Ice Girls pergi eh? Kenapa diorang tak cakap dengan kita yang diorang tak datang hari ni? Diorang sakit ke?" Ikmal mengutarakan persoalan yang dari tadi bermain di fikirannya. "Tak kan kau dah lupa apa yang jadi sebelum ni?" kata Rizz sambil memandang Ikmal. "lupa apa?" soal Ikmal pelik. "Kan kita bergaduh dengan doirang hari tu. Tak mungkin lah diorang nak cakap dengan kita lagi" jawab Rizz mendatar.
"Jadi diorang tak datang sekolah sebab merajuk dengan kita ke?" soal Adam pula. "Mungkin jugak. Sebab kita tak jujur dengan diorang dah lama kan" jawab Aiman perlahan. "Aduh... Mengada-ngada lah diorang ni. Benda kecil pun nak merajuk ke. Ni lah perempuan" kata Haffiy geram.
"Kau tak boleh cakap macam tu Haffiy. Semua ni jadi salah kita juga. Kita yang tipu dari awal. Lagi pun diorang perempuan! hati diorang cepat terluka" balas Aiman lembut. Haffiy diam tidak membalas. "Huh, hati tisu" kata Rizz sambil tersenyum sinis. Aiman memandang Rizz sambil mengerutkan keningnya.
"Kalau macam tu balik ni kita pujuk diorang lah. Kita pergi rumah diorang minta maaf" cadang Ikmal. "Aku okey je" jawab Adam. "Memang tu pun yang kita kena buat" jawab Aiman pula. Rizz dan Haffiy hanya menganggukkan kepala mereka perlahan.
_______________________
"Semua dah siap Nazira?" soal Izzati pada Nazira. "Dah" jawab Nazira yakin. "Kalau dah jom lah kita gerak sekarang. Dah lambat dah ni" balas Izzati sedikit tegas. Nazira mengangguk dan menarik begnya keluar rumah. Izzati meletakkan begnya di dalam bonet kereta. Driver bapanya yang menghantar mereka ke lapangan terbang.
Nazira mengunci pintu dan berjalan ke arah kereta. "Eh, kamu nak pergi mana ni Izzati, Nazira?" soal Mak cik Zainab iaitu jiran mereka yang ketika itu sedang menyiram pokok bunganya. "Oh, mak cik. Kami nak pergi Korea. Ada urusan dekat sana" jawab Izzati lembut. "Apa!? Korea?" soal Mak cik Zainab terkejut. Basah baju Nazira terkena percikan air.
"Ya Allah mak cik... Basah baju saya.." kata Nazira geram namun wajahnya terap senyum. "Maaf Nazira cik Nab tak sengaja" kata Mak cik Zainab dengan rasa bersalah. "Err.. Mak cik tolong tengok-tengokkan rumah kitorang ye. Kitorang pergi lama lah jugak" kata Izzati lembut. "Boleh... Tapi mana kawan kamu yang lain?" soalnya lagi.
"Diorang pun dah pergi luar negara. Ada urusan juga" jawab Izzati perlahan. "Mak cik, kami pergi dulu. Dah lambat" kata Nazira kuat sambil menarik Izzati masuk ke dalam kereta. Makin dilayan, makin panjang boraknya. Ada yang terlepas penerbangan nanti baru tahu.
BERSAMBUNG...
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Jugendliteratur[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)