Pagi yang indah...
"Irin, kau masih bergaduh dengan Adam ke?" bisik Maira pada Irin yang duduk di sebelahnya. "Mana ada" jawab Irin ringkas. "Kau tak payah nak bohong aku lah. Tengok pun dah tahu korang masih gaduh" kata Maira sinis. "Dah tahu kenapa tanya?" balas Irin malas. "Kenapa tak berbaik lagi?" soal Maira. "Dia yang tak nak tegur aku. Bukan salah aku" jawab Irin selamba. "Kalau dia tak tegur kau, kenapa kau tak tegur dia?" soal Maira pelik. "Malas aku" jawab Irin ringkas. "Eii...egonya ya Allah" kata Maira sambil memandang Irin geram. Irin hanya membiarkan Maira membebel seorang diri.
__________________
"Wei, korang ada dengar tak tentang kem perkhemahan yang akan di buat dekat hutan tu?" soal Nazira teruja pada Ice Girls. "Kem yang mana satu?" soal Irin. "Ala, yang buat dekat hutan tu lah. Tingkatan 4 dengan 5 je yang boleh pergi, tapi kena bayar kalau tak salah" jawab Nazira. "Oh, kem tu. Aku ada dengar jugak. Macam best je" kata Aqila. "Dengar macam best. Tapi nak bagi nama dekat siapa ye?" soal Maira pula. "Dekat aku" jawab Izzati tiba-tiba. "Dekat kau?" soal Nazira pelik. Izzati mengangguk.
"Kenapa tak bagi tahu kitorang!?" soal Irin geram. "Aku tahu korang nak masuk. So, aku dah letak nama korang awal-awal lagi" jawab Izzati lalu tersenyum. "Bagus" balas Nazira sambil tersenyum. "Jom lah bertugas. Dah lambat ni" kata Maira sedikit tegas. Ice Girls mula bergerak ke tempat bertugas masing-masing.
________________
"Aiman, awak nak pergi tak kem yang dekat hutan tu?" soal Izzati pada Aiman di sebelahnya. "Kem yang minggu depan tu ke?" soal Aiman kembali. Izzati mengangguk perlahan. "Ermm, macam nak. Tapi awak pergi tak?" soal Aiman lagi. "Pergi" jawab Izzati sepatah. "Okey, kalau awak pergi saya pun pergi" balas Aiman tersenyum. "Mengadanya" kata Izzati pada Aiman. "Dengan awak je" jawab Aiman manja. Izzati hanya tersenyum dan menggeleng perlahan.
"Tanya kawan awak sekali. Kalau diorang nak pergi jugak bagi tahu saya. Saya nak masukkan nama korang semua" kata Izzati lagi. "Laa... Bagi nama dekat awak rupanya" balas Aiman sedikit terkejut. Izzati tersengih. "Okey, apa-apa hal saya call awak" kata Aiman lagi.
_________________
"Manalah Rizz ni pergi? Lagi tadi tak nampak pun" kata Aqila sendirian sambil melihat kiri kanan mencari kelibat Rizz. "Haa, tu pun dia!" kata Aqila sambil tersenyum riang. Baru sahaja Aqila hendak berjalan pergi ke tempat Rizz, ada seseorang telah memeluk Rizz secara tiba-tiba. Aqila diam membatu. 'Apa ni?' bisik hati Aqila dengan nada sedih. Terus sahaja Aqila melarikan diri sebelum sempat Rizz melihatnya. "Aqila!!" kedengaran Rizz memangginya. 'Jangan pandang Aqila. Lari terus. Biarkan je dia' kata hati Aqila dengan penuh rasa kecewa.
RIZZ POV
Sedang Rizz berjalan sendirian tiba-tiba dia dipeluk dari arah belakang. "Ehh, apa ni? Siapa kau woi?" soal Rizz sedikit bengang. "Misya, what are you doing!?" soal Rizz apabila dia melihat siapa yang memeluknya. Rizz cuba untuk melepaskan pelukan Misya itu. "Kau..." kata-kata Rizz terhenti apabila dia melihat Aqila berada tidak jauh darinya dan sedang melihat dirinya berpelukan.
"Aqila..." kata Rizz perlahan. Aqila terus sahaja melarikan diri apabila perasan kehadirannya disedari Rizz. "Aqila!!" Rizz memanggil Aqila dan melepaskan diri dari pelukan Misya dengan kasar. Terus sahaja dia mengejar Aqila namun gadis itu pantas menghilangkan diri.
"Mana pulak dia pergi ni?" soal Rizz risau. "Masalah betul lah Misya ni!" kata Rizz geram dan mencari Misya semula. Namun hampa, Misya juga sudah menghilang. "Aqila.. Mana kau?" soal Rizz perlahan. Kelas dituju untuk menenangkan fikiran. Lagi 5 minit je masa nak habis.
AQILA POV
Aqila berhenti berlari apabila dia sudah tidak melihat Rizz di belakangnya lagi. Tangga dinaiki menuju ke Roof top. "Dia dah gila ke apa!? Nak buat maksiat jangan buat dekat sekolah!" kata Aqila sedikit kuat melepaskan amarahnya apabila tiba di roof top. Aqila diam sebentar menenangkan diri.
"Kenapa kau nak marah dia Aqila? Dia bukan sesiapa. Kau pun bukan siapa-siapa dia" Aqila berkata pada diri sendiri. "Kau jealous ke?" soal Aqila sendirian. "No..no..no.. Kenapa aku nak jealous? Aku bukannya suka dia pun" sambung Aqila lagi. "Aku benci kau Rizz" kata Aqila perlahan. Air mata cuba ditahan.
Kring... Kring...
"Malas aku masuk kelas" kata Aqila perlahan lalu duduk di lantai roof top itu dengan perlahan.
_____________
"Mana Qila ye? Kelas dah nak mula ni" soal Maira pada Ice Girls. "Entah, dari tadi aku tak nampak dia" jawab Nazira. "Cuba tanya Rizz. Dia kan ronda sekali dengan Qila" kata Irin sambil menunjuk ke arah Rizz yang meletakkan kepalanya di atas tangan. Tempat Rizz dituju Izzati. "Rizz..." Izzati mencuit Rizz perlahan. "Apa?" soal Rizz dingin. "Mana Qila? Kau dengan dia kan tadi" soal Izzati pada Rizz. "Tak tahu" jawab Rizz malas. Izzati memandang Rizz geram. 'Lantak kau lah' kata hati Izzati pada Rizz. "Rizz tak tahu" kata Izzati pada Ice Girls. Ice Girls terdiam.
"Morning class..." kata guru mereka sebaik sahaja masuk ke kelas mereka. Ice Girls bergegas ke tempat duduk masing-masing. "Morning teacher..." jawab seisi kelas.
Setelah 30 minit pembelajaran dimulakan Aqila muncul di pintu kelas.
"Assalamualaikum teacher, sorry lambat. Saya ada hal sikit tadi, kena jumpa dengan cikgu" kata Aqila perlahan sebelum duduk di tempatnya. Pembelajaran diteruskan selepas itu.
______________
"Mana kau pergi tadi Aqila? Kenapa tak cakap dengan kitorang?" soal Izzati geram. "Ada hal sikit. Tak sempat nak bagi tahu korang" jawab Aqila malas. "Dah lah, aku nak masuk bilik. Penat" Aqila berjalan dengan malas ke biliknya.
Ice Girls menghantar pemergian Aqila dengan ekor mata. "Kau Irin dah settle ke belum masalah kau?" soal Izzati pada Irin pula. Irin hanya menggeleng malas. "Aku tak jumpa dia pun tadi" jawab Irin ringkas. "Kau tak cari dia kenapa?" soal Maira geram. "Tak ada masa" jawab Irin selamba. "Okey lah, aku pun nak masuk bilik. Penat ni" Irin melarikan diri sebelum disoal lebih banyak oleh Ice Girls. "Ish, tak guna. Semua nak lari" kata Izzati geram.
"Korang berdua tak ada apa-apa masalah kan?" soal Izzati pada Maira dan Nazira. Maira menggeleng. "Tak ada" jawab Nazira lalu tersenyum. "Bagus" balas Izzati. Nazira dan Maira juga masuk ke bilik mereka. Tinggallah Izzati keseorangan. Baru sahaja Izzati mahu bergerak ke bilik telefonnya berbunyi.
Ring.... Ring... Ring..
"Siapa pulak call aku ni?" soal Izzati sendirian. "Unknown number?" soal Izzati pelik. "Hello? Siapa ni?" kata Izzati sebaik sahaja mengangkat call itu. "Someone..." jawab orang itu di talian. "Cakap betul-betul lah. Kalau tak aku letak" balas Izzati mengugut. "Okey...okey... Ni saya lah. Aiman" jawab Aiman lembut. "Aiman?" soal Izzati perlahan sambil cuba mengingat siapa Aiman. "Oh Aiman, sorry saya tak tahu tadi. Tu yang kasar sikit tu" kata Izzati memohon maaf. "It's okay" balas Aiman lembut. "Kenapa awak call saya?" soal Izzati.
"Nak bagi tahu ni yang Fire Boys semua nak pergi kem tu" jawab Aiman. "Oh, tentang kem tu. Okey nanti saya isikan nama korang semua" jawab Izzati mesra. "Sekejap. Mana awak dapat nombor saya!?" soal Izzati sedikit cuak. "He... Kawan awak bagi" jawab Aiman tersengih. "Kawan mana?" soal Izzati pelik. "Ice Girls lah. Siapa lagi kawan awak yang saya kenal dekat sekolah tu?" jawab Aiman lembut. "Oh, Ice Girls" kata Izzati lega. "Okey lah. Saya nak bagi tahu tu je" kata Aiman di hujung talian. "Haa ye lah. Saya pun nak letak ni. Bye" balas Izzati. "Assalamualaikum" kata Aiman sebelum meletakkan panggilan. "Waalaikumsalam" jawab Izzati malu. Izzati masuk ke bilik dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...