Semua pelajar dan tetamu yang berada di dalam dewan itu memandang Fire Boys dan Ice Girls yang baru sahaja masuk ke dalam dewan. Perhatian yang diraih itu tidak dihiraukan oleh mereka sama sekali. Fire Boys dan Ice Girls duduk di tempat mereka masing-masing tetapi Rizz dan Adam bertukar tempat. Mereka meneruskan kembali santapan mereka yang tadinya tergendala.
Banyak aktiviti dan persembahan yang dipersembahkan di atas pentas. Fire Boys dan Ice Girls mengambil keputusan untuk berkumpul di tepi dewan. Mereka berdiri sambil berbual. Tiba-tiba datang sekumpulan gadis yang berpakaian agak kurang sopan ke arah mereka. Pakaian Love Girls itu agak mencolok mata. Mereka masing-masing berjalan ke arah Fire Boys.
"Sayang... Dah lama ke you tunggu I?" soal Adriana sambil merangkul lengan Ikmal. "Buat apa aku nak tunggu kau. Kau siapa?" balas Ikmal selamba lalu mencuba melepaskan pegangan Adriana. Namun Adriana memegangnya agak kuat. "Lepaskan aku lah Adriana. Kau tak tahu halal haram ke?" soal Ikmal selamba. Nazira yang berada di sisi Ikmal menahan tawanya. Adriana tidak mempedulikan kata-kata Ikmal dan tetap memegangnya.
"Baby, you mesti rindu I kan? Kita kan dah lama tak rapat macam ni" kata Laila pula pada Haffiy. Laila memeluk pinggang Haffiy. Haffiy tidak membalas kata-kata Laila lalu memandang Maira yang berada di sebelah kanannya. Maira kelihatan agak marah kerana tiada secalit senyuman pun pada wajahnya. Tiba-tiba Haffiy menggenggam tangan Maira kuat. Maira mengangkat wajahnya memandang Haffiy lalu tersenyum. "Lelaki boleh kahwin empat kan?" soal Haffiy selamba sambil tersenyum. Hilang senyuman Maira tadi. Maira mencubit lengan Haffiy kuat.
"Kalau awak nak kahwin empat, saya tak nak jadi salah satu dari tu!" kata Maira geram dan mencuba menarik tangannya yang digenggam Haffiy. "Jangan lah serius sangat. Orang gurau je" balas Haffiy memujuk Maira. Tangan Laila yang dari tadi melingkar di pinggangnya itu di tepis. "Hei, kau pahal nak peluk-peluk aku ni? Aku milik orang tau" kata Haffiy kasar pada Laila. Tersenyum Maira dengan kata-kata Haffiy itu.
Fatiya berjalan perlahan ke arah Aiman dan Izzati. Wajahnya tenang menatap mereka berdua. Ditangannya pula terdapat gelas yang berisi air. "Dah cukup dah masa yang I bagi you?" soal Fatiya perlahan. Aiman memandang Fatiya pelik. "Aku rasa kau dah boleh berambus kot perempuan" kata Fatiya kasar pada Izzati sambil menolak Izzati dengan tangannya yang memegang gelas tadi. Baju Izzati sedikit basah dengan air yang tumpah itu. Aqila ingin mendapatkan Fatiya namun pantas ditahan oleh Rizz. "Jangan buat kecoh dekat sini" bisik Rizz pada Aqila.
"Apa kau buat ni Fatiya. Kau boleh tak sekali je jangan ganggu hidup aku?" soal Aiman kasar sambil menolak Fatiya. Tolakannya tidaklah terlalu kuat. Dia masih lagi punya hati dan perasaan. Izzati mengipas-ngipas bajunya yang basah. Kerana bajunya berwarna terang, jadi kesan air itu terlihat jelas. Aiman pantas membuka kot bajunya dan disarungkan ke badan Izzati. Izzati memandang Aiman dan tersenyum manis.
"Hello geng. Kitorang lambat ke?" soal Iskandar yang tiba-tiba ada di situ. Hot Guys juga ada di belakangnya. "Oh my baby, cantiknya you malam ni. You memang sengaja nak goda I ke apa?" soal Iskandar sambil memegang dagu Aqila. Aqila menepis tangan Iskandar itu dan meminta Rizz untuk mengelapnya. "Rizz... Lap kan. Dia pegang tadi" kata Aqila manja. "Alalala... Kesian dia. Kotor ye?" Rizz pantas mengelap dagu Aqila menggunakan tangannya sambil tersenyum manis memandang Aqila.
Aqila membalas senyuman Rizz lalu memandang Iskandar semula. "Tak serik lagi kau rupanya. Ingat kena gantung sekolah dua bulan dah insaf" balas Aqila selamba. "Mesti you rindu I sangat-sangat kan?" soal Iskandar sambil tersenyum manis. "Yucks! Jijik lah aku dengan kau" balas Aqila sambil tersenyum sinis. Iskandar cuba menahan sabarnya. Rizz tersenyum nipis. Suka dia bila Aqila berkata kasar kepada Iskandar.
"I dah cakap kan Irin yang Adam ni kaki curang. Tapi you tak percaya. Tengok sekarang ni you yang sakit hati" kata Firdaus sambil tersenyum sinis pada Adam. "Apa Adam? You curang? Sampai hati you" kata Irin dengan nada sedih. Irin menutup mukanya dengan tangan. "Huhuhu" kata Irin sambil bersandar pada bahu Adam. Adam pada mulanya agak terkejut namun selepas itu Adam mengusap perlahan bahu Irin. "Tak apa Irin. I ada untuk you. Nanti I bunuh Adam tak guna tu" kata Adam selamba.
"Terima kasih awak" kata Irin sambil memandang Adam. Adan hanya tersenyum membalas. "Dah settle bro" kata Adam ada Firdaus. Firdaus kelihatan bingung. Apa ni? "Kau ni ketinggalan zaman lah. Lain kali ikut lah perkembangan isu semasa" kata Irin selamba lalu menjeling Firdaus.
Keadaan senyap secara tiba-tiba. Perhatian semua pelajar dan tetamu tertumpu pada pengacara majlis yang sedang bercakap di atas pentas.
"Baiklah. Sekarang ini waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar dan juga para tetamu yang hadir sudah pun tiba. Iaitu saya akan mengumumkan siapakah yang bakal menjadi King dan Queen kita pada malam ini!" kata pengacara di majlis itu bersemangat. Semua pelajar bersorak gembira termasuk Fire Boys dan Ice Girls. Macam budak-budak.
"Tapi sebelum itu, saya diberitahu bahawa malam ini juga akan ada anugerah Best Couple! Korang excited tak!?" kata pengacara itu lagi. Dan sekali lagi para pelajar bersorak riang. Tidak lama kemudian keadaan kembali tenang. Hanya kedengaran suara pelajar yang berbual dengan rakan mereka. "Dekat pintu utama tu ada kotak undian yang korang dah masukkan nama pelajar yang bakal menjadi King dan Queen serta pasangan terbaik kan? Jadi, kami dah tengok hasil undian dia. Dan agak sengit lah juga" kata pengacara itu sambil menunjukkan kotak undian yang terletak di hadapan pintu masuk utama.
Fire Boys dan Ice Girls tidak serta membuat undian itu kerana mereka terus sahaja pergi ke bilik pengawas sebaik sahaja sampai dan turun semula apabila majlis sudah pun bermula. "Baiklah. Kita akan mulakan dengan anugerah pasangan pilihan!" katanya sambil membuka sampul yang berisi nama pemenang pasangan pilihan. "Dan pemenangnya adalah.... The most sweet couple Adam and Irin!" jeritnya kuat. Gamat dewan itu dengan suara sorakan dan tepukan para pelajar. Adam dan Irin berpandangan sesama sendiri dengan wajah yang terkejut.
"Weh kau menang Irin!" kata Nazira sambil menggoncang lengan Irin. "Argh!!" jerit Ice Girls gembira. Fire boys pula tersenyum lebar melihat rakan mereka menang. Puas hati mereka melihat riak wajah Love Girls dan Hot Guys yang masam mencuka. "Tunggu apa lagi? Pergilah naik cepat!" kata Aiman sambil menolak Adam untuk naik ke atas pentas. Adam dan Irin berlari untuk naik ke atas pentas.
Melihat Irin yang berada sedikit di belakangnya agak susah berlari dengan bajunya yang agak labuh, Adam menghulurkan tangannya pada Irin. Irin memandang tangan Adam lalu mengangkat wajahnya memandang Adam pula. Senyuman terukir di bibir Irin lalu menyambut huluran tangan Adam. Tangan Adam digenggam erat. "Aaa... Sweetnya korang... I jealous lah..." kata pengacara itu mencetuskan tawa para pelajar. Mereka meneruskan berlari sehingga di atas pentas.
"Pengacara tu pondan eh?" soal Aqila selamba. "Kau ni tak baik lah" marah Maira sambil memukul bahu Aqila. "Alaa you ni... Relax lah" kata Ikmal dengan lembutnya. "Eii... Gelilah" marah Nazira pula pada Ikmal dan menjauhkan dirinya dari Ikmal. Mereka semua tergelak dengan reaksi Nazira.
Adam dan Irin disarungka selempang yang bertulis 'Best Couple' lalu mereka diberikan hadiah yang merupakan satu set cincin pasangan yang dibuat khas. Selesai mengambil gambar, Adam dan Irin dibenarkan untuk turun semula. "Tak sangka kita boleh menang kan? Walaupun kita baru je berbaik" kata Adam lembut pada Irin. "Ye, aku masih terkejut ni. Tak sangka ramai suka bila kita bersama" balas Irin sambil tersenyum memandang Adam. Mereka berjalan semula ke tempat Fire Boys dan Ice Girls.
"Tahniah bro!" kata Haffiy sambil bersentuhan bahu dengan Adam. "Ada tips tak?" soal Izzati tiba-tiba. "Banyakkan bergaduh" jawab Irin selamba. Izzati tertawa mendengar jawapan Irin. Happy je. Ni belum lagi tahu siapa yang dapat King dan Queen.
BERSAMBUNG...
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Roman pour Adolescents[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)