BAB 17

5.3K 416 2
                                    

Malam...

"Panasnya weh" rungut Nazira sambil mengipaskan mukanya menggunakan kipas tangan yang dibawanya. "Bukan hutan patutnya sejuk ke?" soal Irin pelik. "Tengok keadaan lah. Sekarang ni kita dalam khemah yang sempit ni. Memang lah panas" balas Aqila perlahan sambil terus bermain telefonnya. "Betul jugak ye. Kadang-kadang otak kau ni boleh pakai jugak" kata Irin selamba. Aqila memandang Irin tidak berpuas hati.

"Esok kita ada aktiviti apa ye?" soal Maira tiba-tiba. "Tadi, rasanya abang Baim cakap esok ada aktiviti yang lasak sikit" jawab Izzati kurang yakin. "Aku malas lah nak buat benda yang lasak-lasak ni" kata Nazira perlahan. "Biar lah, seronok apa?" balas Irin. "Bagi kau seronok lah. Bagi aku tak langsung" balas Nazira malas. "Sebab kau tu lembut sangat" kata Irin selamba. "Dah, diam. Nak tidur luar khemah ke?" soal Maira sinis.

"Aku nak pergi tandas lah. Izzati jom teman aku?" Kata Aqila sambil menarik tangan Izzati keluar dari khemah. "Aaa...malaslah..." Izzati mengeluh. "Cepat lah" tarik Aqila lagi. Izzati bangun dan menyarungkan hoodienya. Sejuk dekat luar tu. Kalau pakai baju nipis je demam dia nanti. "Dah lah cepat sikit" balas Izzati lalu melangkah keluar dari khemah. Aqila berlari laju pergi ke tandas dan nasib baik Izzati dapat mengejarnya.

"Ajak aku temankan dia, tapi tinggalkan aku. Biadap punya perempuan" bebel Izzati perlahan. 5 minit berlalu. "Lamanya, minah ni buang air. Dia hidup lagi ke tak dekat dalam tu?" rungut Izzati dengan geram.

Sret...sret...

"Bunyi apa tu?" soal Izzati cuak. "Macam datang dari sana" kata Izzati sendiri. "Nak pergi tengok ke tak nak?" soal Izzati dalam keadaan takut. "Pergi je lah" putus Izzati. "Bismillah..." kata Izzati sebelum berjalan ke arah bunyi tadi. "Ya Allah, tolong lah aku ya Allah" kata Izzati perlahan. Izzati mencari-cari bunyi misteri itu. "Tak ada apa-apa pun" kata Izzati. "Dah lah, buat penat je aku cari. Baik aku balik khemah. Tinggal je lah Qila tu" bebel Izzati sendiri.

"Arghhh!!" jerit Izzati sebaik sahaja memusingkan badannya ke belakang. "Mak tolong!!" jeritnya lagi sambil menutup mukanya menggunakan tangan. "Woi! Kau ni dah kenapa jerit macam tu? Sakit telinga aku!" marah Aqila pada Izzati. Aqila rupanya. "Hah, siapa yang bercakap tu?" soal Izzati pelik. Izzati membuka perlahan-lahan tangannya untuk melihat siapa di hadapannya. "Aqila?" soal Izzati kehairanan. "Macam mana kau boleh ada dekat sini?" soal Izzati lagi. "Patutnya aku yang tanya kau, apa kau buat dekat belakang tandas ni? Bukannya nak tunggu aku. Aku panggil kau dari dalam kau tak jawab pun. Terus aku keluar, risau kau tinggalkan aku. Tak senang aku nak buang air" bebel Aqila pada Izzati.

"Sorry. Kita balik khemah dulu eh? Nanti aku cerita" balas Izzati lalu tersengih. "Ye lah" jawab Aqila mendatar. Izzati dan Aqila berjalan tanpa sebarang suara ke khemah mereka.

____________________

"Lamanya korang pergi tandas. Aku ingat kan korang nak tidur sekali dalam tandas tu" kata Nazira sinis sebaik sahaja Izzati dan Aqila melangkah masuk ke dalam khemah mereka. "Qila ni ha, lama sangat buang air dia. Dia suka agaknya dengan katak dalam tandas tu" balas Izzati selamba. "Sorry, aku ambil masa yang lama untuk cari kau. Tiba-tiba je hilang. Tak puas aku nak buang air" kata Aqila geram. Izzati hanya tersengih.

"Esok kan boleh sambung?" soal Irin selamba. "Ya, sambung wayar dalam otak kau" balas Aqila geram. "Esok tahi dia dah keras lah, mana boleh keluar lagi" kata Nazira pula. "Tak ada cerita lain ke? Kenapa perlu cerita pasal tahi?" soal Maira dengan muka menahan geli. "Topik terhangat Maira" jawab Nazira selamba.

"Tapikan sebenarnya tadi kitorang lambat sebab kitorang hampir masuk ke kawasan lelaki" kata Izzati perlahan. "What? Tapi macam mana? Cuba cerita?" soal Irin teruja.

"Macam ni...."

Flashback...

"Eh, apa tu Qila?" soal Izzati sambil menarik-narik tangan Aqila. "Apa kau ni? Alaa, kucing je tu. Biar je lah" jawab Aqila cuba untuk mengelak dari pergi ke tempat yang ditunjuk Izzati itu. "Tapi tak kan lah ada kucing dalam hutan?" soal Izzati pelik. "Mesti lah ada. Kucing hutan bukan kucing ke?" balas Aqila malas.

"Jom lah tengok" ajak Izzati. "Malas lah. Penat" Aqila beralasan. "Jom..." pujuk Izzati lagi. "Ni yang lemah ni" kata Aqila. "Ye lah, jom" putus Aqila pasrah. Izzati tersenyum gembira. Izzati jalan dahulu diikuti Aqila. "Tempat apa ni?" soal Aqila cuak. "Diam lah. Tu dekat sana tu macam ada sesuatu je" kata Izzati pada Aqila. "Pergi lah tengok" Aqila menyuruh Izzati. "Ye, nak tengok lah ni" balas Izzati.

"Woi, siapa tu?" suara seseorang bertanya dari arah bunyi tadi. "Siapa yang bercakap tu?" soal Izzati pada empunya suara tadi. Izzati menyelak sedikit dahan pokok untuk melihat siapa empunya suara tersebut. "Aiman? Adam? Rizz?" kata Izzati agak terkejut. "Izzati? Awak buat apa dekat sini?" soal Aiman pelik. "Saya pergi tandas dengan Qila tadi, lepastu nampak macam ada sesuatu dekat sini. Tu yang datang sini tu" jawab Izzati jujur. "Korang pulak buat apa dekat sini malam-malam buta ni?" soal Izzati pula. "Saja je, ambil angin. Dalam khemah tu panas" jawab Aiman.

"Tadi awak cakap awak dengan Aqila. Mana Qilanya?" soal Adam apabila dia tidak melihat Aqila bersama dengan Izzati. "Eh, tadi ada dekat belakang aku" jawab Izzati pelik. "Zati, mana kau? Aku takut ni" kedengaran suara Aqila perlahan di belakang Izzati. "Weh Qila, sini lah. Kau pergi mana?" Izzati memanggil Aqila ke arahnya. "Kau yang tinggalkan aku" kata Aqila geram. "Hehe, sorry" balas izzati tersengih.

Rizz memandang Aqila sebelum menariknya agak jauh dari yang lain. Hoodie yang dipakainya dibuka lalu diberikan pada Aqila. "Pakai. Dekat luar ni sejuk. Nanti kau selsema" kata Rizz lembut. Aqila hanya memandang hoodie di tangan Rizz tersebut. "Ambil" kata Rizz dengan nada memaksa. Aqila mengambil hoodie tersebut dan disarungkan ke tubuhnya.

Rizz mendekatkan merendahkan dirinya dekat pada Aqila. "Lain kali kalau nak keluar khemah pastikan pakai baju yang tebal. Kalau kau sakit siapa yang susah? Aku juga" kata Rizz sambil memandang mata Aqila. Aqila terdiam seketika. "Aku yang sakit. Apahal kau pula yang susah?" soal Aqila pelik. "Ye lah, kalau kau sakit aku yang susah hati. Tak ada sesiapa yang nak melawan cakap aku nanti. Dah aku sunyi" jawab rizz tersenyum manis. Aqila menjeling tajam Rizz. Bermacam kata makian berhambur di dalam hatinya.

"Dah lah, kau pergi balik khemah kau dengan Izzati. Dah malam ni, tak baik anak dara duduk dekat luar tengah-tengah malam. Dah lah kita berdua-duaan ni. Nanti kena tangkap basah, kita yang susah. Tak pasal-pasal dapat kahwin free" kata Rizz lembut dan ada berseloroh di akhir ayatnya. "Bagus jugak kahwin awal, boleh elak maksiat" balas Aqila selamba.

"Woi, kita muda lagi. Jangan nak mengada fikir pasal kahwin. Fokus belajar dulu" Rizz berkata tegas. "Ye lah... Eh, aku masih merajuk dengan kau kan? Dah lah, malas aku layan kau. Good night" kata Aqila lalu berjalan meninggalkan Rizz. "Lah, merajuk hari tu tak habis lagi ke?" soal Rizz pelik. "Tak kan kau jealous kot?" soal Rizz lagi sambil tersenyum. "Aqila!?" Rizz mengejar Aqila yang laju meninggalkannya.

____________________

"Mana Rizz nak bawak Qila pergi tu?" soal Izzati sedikit cuak. "Jangan risau lah. Kitorang tahu Rizz tu macam mana. Kalau dia buat macam-macam kitorang bunuh dia" jawab Adam selamba. "Okey. Kalau betul aku nak kau bunuh Rizz eh? " balas Izzati sinis. "Eh ini dah macam awak mendoakan Rizz buat yang bukan-bukan dekat Aqila je" sambung Aiman pula. Izzati memandang Aiman terkejut. "Jangan lah cakap macam tu" marah Izzati pada Aiman. Aiman tertawa kecil melihat reaksi Izzati.

"Awak, dah pukul berapa ni, awak tak nak balik khemah ke?" soal Aiman pada Izzati. "Saya nak balik, tapi Aqila ni tak muncul-muncul lagi. Tak kan saya nak tinggal dia. Nanti dia merajuk dengan saya" jawab Izzati sambil mencari-cari Aqila.

"Izzati, jom balik!" kata Aqila sedikit kuat pada Izzati lalu menarik tangan Izzati pergi dari situ. "Oh, okey. Bye korang" sempat lagi Izzati melambai Aiman.

"Kenapa bro?" soal Adam pelik pada Rizz. "Tak ada apa-apa" jawab Rizz lalu tergelak kecil. "Mustahil tak ada apa-apa" kata Aiman pula. "Nanti-nanti lah aku cerita" jawab Rizz lalu melarikan diri dari rakannya.

End flashback...

BERSAMBUNG...

Highschool Love [C]Where stories live. Discover now